Wednesday, June 29, 2005

IN THE MIDST OF EXAMS

Assalamualaikum...

"Rezeki memang Allah akan beri, tapi keyakinan pada Allah yang akan diuji."

Syukur dapat berusrah semalam selepas tamatnya peperiksaan bahagian pertama, THEORY PAPER. Bila orang tanya How's Exam? Biasalah exam ada susah senang. Tapi boleh dikatakan Paper 1 so-so. Paper 2, Alhamdulillah. Semuga paper 2 dapat compensate untuk Paper 1 dalam kedua-dua subjek. Semuga Allah berikan petunjuk pada pemeriksa2 untuk memberikan markah yang terbaik untuk setiap soalan. Ameen.

Masih ada cerita-cerita tertangguh. Selain daripada perkahwinan abangalong, selepas majlis tersebut, ada program JOM LEPAK bersama Wardina n UNIC. Citer sikit2 dulula... :D Mula-mula datang jadi tetamu. After awhile, jadi bidan terjun... menjemput orang2 di Mahkota Parade untuk join program... yang bercouple, yang tak bertudung, yang rambut tercacak pun dijemput! :) Satu pengalaman yang amat bermakna. Syukur Alhamdulillah. Peringatan dari Allah 1 hari sebelum JOM LEPAK... "Sekiranya kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu." hehe. Macam terkena je masa belek2 tafsir Quran. :)

Usrah tetap berjalan seperti biasa walaupun tengah exam. 2 orang sekali exam dalam rumah tu. So, yang sorang lagi menjaga kebajikan kami berdua la. :) Jazakillahu khayran kathiraa ye Jannah! :) Usrah semalam, Cik Siti telah membuat special request untuk Ustaz bawakan topik hangat, "Munakahat." :) Kami pun kursus kahwin dah... :)

Satu lagi benda yang dishare adalah... Dalam majalah ANIS July 2005, ada satu ayat tu best... lebih kurang maknanya, "Jangan mengharapkan kasih sayang daripada orang yang kita hendaki tetapi pandanglah kepada kasih sayang yang kita dapat daripada sekeliling kita." Thanks to all my friends who sms, wished, motivated and sharing the uneasy feelings of repeating the exams. Thank you also for the wake up calls!! :)

Last but not least...
Tiada siapa yang dapat menolongku pada saat ini. Hanya pengharapan pada Allah. Hanya tawakkal dan du'a. Semuga Allah berikan "el-huda" untuk berserah dan bertawakkal kepadaNya kerana, bak kata ustaz,

"Rezeki memang Allah akan beri, tapi keyakinan kepada Allah akan diuji."

Wallahua'lam.

"Dunia adalah perhiasan dan seindah2 perhiasan adalah Wanita yang Solehah." (hadith)

Thursday, June 16, 2005

MY FINAL JIHAD FOR MY FINAL M.B.B.S

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukrilLah, hari ni ada kesempatan nak menulis dalam blog ni KEJAAAAPPP!!! (",)

Tak sempat rasanya nak menghuraikan butir-butiran pengalaman yang telah dicekup semasa persiapan dan setelah berlangsungnya majlis perkahwinan abang sulungku pada 29 Mei 2005 (Hari Nikah) dan Walimahnya pada 5 Jun 2005. Terlalu banyak perkara yang tersingkap di sebalik pengalaman tersebut setelah dikaji semula. Mungkin adik perempuannya yang seorang ini hendak berkenduri selepas adik ketiga langkah bendul kakaknya. (",) Kini, barulah mengakui segala cerita-cerita yang dikongsi bersama Muksu Rin suatu ketika dulu....

Ku cari
Mana dia Al-Ghazali
Ku cari
mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci

..... Pakcik Kak Mali cakap: "Ada orang mencari-cari Al Ghazali, tak jumpa-jumpa. Akhirnya, untung Wan Mazlina dapat jumpa dulu dengan Al-Ghazali." :D

eceh... buat2 suspen lah pulak! hehe

Anyways, balik Melaka 1 hari selepas majlis kenduri sebelah kitorang. Balik dengan KAKAK. Sepupu dari Perlis. Demam masa KAKAK ada kat sini. Lebih kurang 4 hari, pagi-pagi memulakan hari dengan bersin yang tak henti-henti. ;( Hari terakhir KAKAK di Melaka, barulah bawak KAKAK jalan2 pi Melaka. Kak Wan... jangan jeles... Bawak KAKAK pi jalan2 kat Bandar Hilir. Siap masuk dalam Istana Kesultanan Melaka. Tapi nak naik beca, RM10. So, tangkap gambar ajelah... ;)

Prog JOM LEPAK di Mahkota Parade Sabtu n Ahad ni. UNIC + Wardina!!! JOM JOM LEPAK! :)

Lastly...
Pantun 2 kerat dari Ayah:

"Satu suka simpan Satu suka buang,
Wahai Huda kenalah pulon Agar Najjah hati senang."

Najjah - Berjaya

Doakan kejayaan kami...
InsyaAllah 23+24 Medicine. 27+28 Surgery. Osce + clinicals bermula 12 July.
WALLAHUA'LAM.
This is the real finalllll... for the final MBBS! Doakan... (Takut n kecut perut, the panic attack comes and goes...)
Wslm

Wednesday, June 01, 2005

PENING

Assalamualaikum,

Pening kepala.
Tengah upload gambar kawin. Visit http://missapple.fotopages.com
Veil yang pengantin pakai Ahad ni bukan yang kita jahit.
Nak balik Melaka Isnin depan.

Exam 23 Jun 2005.......