"Apa jua ilham yang terlintas tak kira bila datang waktunya, tuliskannya!" itulah pesan Editor Tertinggi Kanan PTS sewaktu aku menghadiri Kursus Penulisan di Lembah Klang seminggu yang lepas.
Dua hari selepas kursus, aku melayari facebook dan terlihat olehku gambar diriku yang sedang tekun mendengar ceramah. Tak lama kemudian terlihat pula video aku sedang bercakap. hehe. Kelakar bila tengok muka sendiri dalam video. :)
Apa-apa pun, aku bersyukur sangat kerana dapat menghadiri kursus tersebut. Pada mulanya aku malas. Tetapi atas desakan dan suruhan suamiku, aku turuti. Berkat mentaati perintah suamiku, aku berasa amat seronok dan sungguh bersyukur dengan pengisian kursus tersebut yang me"release"kan tension ku dan juga, aku mendapat banyak ilmu baru yang boleh diaplikasikan dalam penulisan thesisku, insyaAllah.
Pada hari tersebut juga, terlintas olehku akan ayat ini:
"Amanah menjadi suatu Tanggungjawab yang memerlukan Komitmen yang tinggi supaya sesuatu Tugasan Terlaksana dengan jayanya dan Merealisasikan Pengharapan dan Mendapatkan KeredhaanNya Yang Satu.... :)"
ni memang ayat kow kow aku. nanti aku nak masukkan dalam thesis aku nanti!!! yey)
Semuga segala pengharapanku kan menjadi realiti dalam sedikit waktu lagi...
Ameen Ya Rabb...
0 comments:
Post a Comment