Badan tengah penat ni... K k baik citer cepat2. Sat gi bleh tidoq! hehe. Esok kena balik pepagi... :(
Study MidsemThe 1st 3 days study break was still able to studylah... Since only 1 paper, Medicine je and I actually asked for it... Syukur lah dapat jugak membelek2 the notes and also my new books... Tapi tu lah, bila baca rasa macam best sebab banyak jugak sebenarnya yang dah tau. So, bila baca tu macam flip through jerk... Tapi ada gaks part2 yang baper kali baca pun susah nak ingat. Dah lah favorite questions... isk isk...
Cuti Raya CinaRabu tu, still dapat study siang tu walaupun distracted dengan plan2 mak. Lagi satu kena ajaq
Mek Ajin punya homework. Dia kena buat soalan/ayat tunggal dengan ayat majmuk. Aduhai... kakak dia dah lah tak gheti bab2 BM ni. Tapi, kira ok jugak lah lagi dari dia. hehe. Tapi ayat2 Ajin buat kira ok gak ler... :D
The guys yang ada kat rumah ni kena kemas baju2 terpakai nak bagi kat Nenek ke Tsunami ke. Nasib baik kita ni tak terlibat... :)
Malam tu plak ada tahlil kat rumah Allahyarhamah Nyang. Tahlil untuk
Allahyarhamah Nuriah, Maksu isteri kepada Cik Uu. Dia meninggal last Monday with several episodes of fits before she passed away. Don't actually know the real reason because tak sempat nak buat CT Scan. Post mortem pun tak buat, tapi query
rupture of aneurysm. WaLlahua'lam.
Esan bawak kereta comel n cute dari UIA. So, kepoh gak ler masa nak balik...
"Waaa... Plet Melaka, dapat orang sana ke?" hehe. Nak jawab apa ek???
"Alaa... Dapat orang mana2 pun dah tak kisah dah!" kuikui... gud answer huh??? :D
Salam Ma'al Hijrah 1426HNak ikutkan hari Khamis lepas macam hari raya lah pulak. Pagi tu kemas stor belakang rumah sebabnya, rumah ni jadi nak perbesaq lah pulak. Punyalah Abangalong nak kawin, time ni gak ler nak
perbesaq rumah. hehe. Tapi, insyaAllah, lifelong... Anyhow memang dah lama Mak n Ayah berhajat nak besarkan bilik2 kat atas. So, alang2 buat lah la ni. InsyaAllah siap bulan 5 lah. Harap2nya la... Dah lah nak kenduri kawin pulak lepas tu... ;)
Nenek n Atok sampai lepas kitorang habis mengemas. Tak lama lepas tu Cik Non pun sampai dengan kereta baru dia... Jazz Honda...
Lawa betui Nenek... Pakai tudung pink + baju hitam bunga2 pink kecik2 mengerlip2. hehe. Semua menegur Nenek. Last2 Nenek kata,
"Lepas ni Nenek nak pakai baju2 koyak je, baru takde orang tegur!" Plak dah! hehe. Orang tegur sebab selama ni tak pernah nengok Nenek pakai color orang muda... ;)
So, bermula lah ziarah di Awal Muharram ke rumah sedara Tok Ayah dekat2 dengan rumah. Makan nasi beriyani + nasi dagang.
Kek coklat dia lah yang tak boleh lupa... Sedapnye mak ai! :)
Teringat lak kek coklat Maya... Bila nak wat semula Maya?? Bday just around the corner!!! heheNext house, rumah Yong. Buat tahlil untuk Allayarhamah Maksu jugak. Beriyani jugak... High cholesterol... Dah lah ada family history IHD, bahaya betul! :
Anak Mami TanjungBakal kakak ipar datang hari ni. Ayah telah mengadakan satu
sessi menguji bakal menantu. AlhamduliLlah, bakal menantu ayah dah lulus. Lulus memasak
Nasi Beriyani + Daging kicap + Ayam tikka + Acar timun/carrot + Dalcar. hehe. Takut gaks time kita nanti kena masak nasi apa plak ek?? hehe.
Haa... cuma nak share satu lawak la... Lawak tak lawak tak tahu la. :D Ayah memula duk risau jugak, kalau2 la kan bakal menantu ayah buat hal macam dalam cerita Anak Mami. Suruh si Aniq beli nasi beriyani dari kedai mamak memana, lepas tu mengaku dia yang masak. hehe. Nasib si Aniq dalam cerita Anak Mami Tanjung ni tak buat perangai macam tu. hehe.
p/s: Nama Anak Mami Tanjung diberi oleh Mak kepada Cik Wan... hehe.Destinasi CintaPagi tadi hantar Apis pi tuition kat Klang. Since Federal Hi-Way kosong, bagi chance Apis bawak kereta cute n comel sampai Klang... Seronok lah adik kecik kita sorang tu. :) Nenek pun ikut. So, adalah jugak bual2 pasal
"life partner" ni. Sejak berserah pada Allah akan ketentuan jodoh ni, ramai pulak yang nak mengenankan dengan sesiapa je ntah... Ada yang anak Dato' lah, kawan la, schoolmate la, classmate la... :) So, Nenek pun tetiba cakap...
"Nenek rasa elok Nor cari sama2 kerja doktor. Senang nanti 2 2 faham.""Huda takkan cari sendiri dah. Lepas Mak Ayah kata tak nak dengan pilihan Huda, Huda dah memang berserah pada Mak Ayah. Terpulang pada diorang. Tapi Nenek, Mak Ayah pun pernah cakap, tak semestinya doktor dengan doktor akan berjaya perkahwinannya. Yelah, Allah tu Maha Adil. Dia nak tunjukkan yang Maha Kuasanya Dia pada hamba2Nya, yang tak semestinya yang manusia rancang tu akan menjadi. Semuanya memang ketentuan Allah. Kena redha la kalau jadi macam tu." Eceh... Tadi rasanya time cakap dengan Nenek takde lah pepanjang lebaq camni. hehe. Tapi tulis camni bagi sedap sikit lah bahasa dalam blog ni.. hehe.
Hari tu pun, cakap dengan Apis dengan Esan...
"Tak berani dah nak cari sendiri, berharap pada sesiapa, lepas tu tiba2 mak ayah kata tak nak... Dah tak larat dah. Hati ni dah pecah Seribu." hehe. Esan ngan Apis pun gelak... Apesal ek? :D
Hanya berharap pada Destinasi Cinta yang hakiki dan kekal abadi... :) Erti La ilaha illaLlah...
Wokes... Esok nak balik Melaka pagi2. Harap2 dapat study kat sana, last touch up. Doakan kejayaan Dr NEHAR nak exam
Medicine Selasa 2-5ptg. Then, maybe balik rumah kemas2 apa yang patut and monitor tukang buat rumah. Maybe nak pi ronda2 hospital dengan one of Mak's friend to build up my confidence... Care to join??? hehe...
Ok. gtg. Apa2 yang ditulis tu sesaje je tu. Biasalah blog ni dah jadi diari hati + nak citer kat cik Maya n Cik Wan senang sikit. Nak sms dah tak larat nak picit2 butang tepon tu. hehe. k. Wassalam.