PLEASE SIGN THIS PETITION FOR ALL MOTHERS!!!
THANK YOU!!!
Solehah women SMILE in trouble, gather strength from DOA, and grow brave by ISTIGHFAR and SOLAT.
Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 9 Mac 2010 telah mengumumkan landasan kerjaya yang komprehensif untuk Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memberi ruang peningkatan kerjaya yang lebih menarik dalam tempoh yang lebih pendek.
2. Selaras dengan pengumuman Y.A.B. Perdana Menteri, seramai 8,521 Pegawai Perubatan Klinikal/Pentadbiran, 650 Pegawai Pergigian dan 527 Pegawai Farmasi akan mendapat faedah daripada landasan kerjaya tersebut. Pelaksanaan kenaikan pangkat bagi ketiga-tiga perkhidmatan untuk kenaikan pangkat daripada Gred 44 hingga ke Gred 54 sedang dilaksanakan sepenuhnya mulai 9 Mac 2010. Menerusi laluan kerjaya baru ini, kenaikan pangkat Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi sehingga Gred 54 di KKM adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan dan tidak lagi berasaskan kekosongan jawatan.
3. Sebagai permulaan, seramai 2,554 Pegawai Perubatan Gred UD44 telah menikmati faedah ini dengan dinaikkan pangkat ke Gred UD48 sehingga ke Gred UD54 berkuatkuasa mulai 9 Mac 2010. Pecahan pegawai yang terlibat adalah seperti berikut:
(i) Pegawai Perubatan (Pakar):
Daripada seramai 401 Pegawai Perubatan Pakar UD44 yang ditimbang, 12 dinaikkan pangkat ke UD48, 68 ke UD52 dan 321 ke UD54.
(ii) Pegawai Perubatan (Bukan Pakar) :
Daripada seramai 2,153 Pegawai Perubatan Bukan Pakar UD44 yang ditimbang, 1,751 akan dinaikkan pangkat ke UD48, 312 ke UD52 dan seramai 90 ke UD54.
4. Dalam hubungan ini, urusan kenaikan pangkat bagi semua Pegawai Perubatan di Gred UD44 ke Gred berkenaan yang layak akan dilaksanakan sebelum 31 Mac 2010. Urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perubatan di Gred UD48 dan UD52 serta semua Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi yang layak akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut landasan kerjaya yang diperkenalkan ini.
5. Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi Pegawai Perubatan yang terlibat boleh menyemak landasan kerjaya yang diumumkan ini dengan melayari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, www.moh.gov.my.
6. Keputusan kerajaan ini adalah sebagai pengiktirafan kepada sumbangan Pegawai perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan negara ini serta bagi meningkatkan motivasi pegawai agar terus menyumbangkan perkhidmatan yang berkualiti. Di samping itu, ia dapat mengekalkan minat pegawai untuk memberikan perkhidmatan dalam sektor awam untuk tempoh yang panjang.
7. Sehubungan itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi terlibat dan seterusnya berharap peluang kenaikan pangkat yang lebih baik akan mendorong pegawai untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi dan terus menyumbangkan bakti kepada masyarakat dan negara.
( TAN SRI SIDEK HASSAN )
Ketua Setiausaha Negara
11 Mac 2010