Showing posts with label phddrnehar. Show all posts
Showing posts with label phddrnehar. Show all posts

Tuesday, May 17, 2016

PECAHKAN TEMBOK KEMALASAN

Setelah hampir 2 minggu berperang dengan perasaan malas, akhirnya aku berjaya memecahkan tembok kemalasan untuk menyusun semua data yang banyak dengan nombor-nombor. Ni semua disebabkan masalah tak plan betul-betul masa awal-awal start labwork. Tapi, disebabkan labwork dibuat dengan kawan se-lab yang terlebih rajin (setahun dia dah siap labwork dengan submit thesis!!!!), jadi aku ikut aje. Tak susah, cuma berpinar mata tengok data banyak sangat dan terpaksa menyusun semula data yang ada supaya memudahkan analisis.

Alhamdulillah, dari 4 file MS Excel yang dah disusun, beberapa masalah dapat dikenalpasti. InsyaAllah lepas ni, akan buat statistic dan tengok kalau ada masalah lain lagi. 

Apakah tips kali ini yang menyebabkan aku berjaya memecahkan tembok kemalasanku?

1. Dengar lagi Harris J, Maher Zain, Raef, Humood Kun Anta. Sambil tekan-tekan keyboard, gerak-gerakkan mouse, aku pun berjoget! Haha, mana boleh... Aku gerak-gerakkan badan supaya semangat nak duduk kat atas kerusi ni sampai melekat kat kerusi tak boleh nak cabut! haha

2. Kemas tempat nak study aku. Oleh kerana aku sibuk menengok gambar-gambar dalam Kelab Dekorasi IKEA Malaysia, aku pun kemas la tempat kerja ni supaya nampak ala-ala IKEA. Tak pun!! haha. Cuma kemas la. Baru la rasa perfect meja aku dengan lampu meja IKEA! Nak jugak IKEA tu, tak tahannn!!

3. Dekat whiteboard aku pun dah clear dari segala kertas. Aku tampal gambar aku pergi Cameron kat tepi supaya gambar tu mengingatkan aku "Dreams Become Reality in Its Finest Way!". Tak boleh imagine macam mana Allah makbulkan doa aku dapat pergi Cameron dan duduk dekat bungalow 4 tingkat berlif!!! For free. Thanks Ainul! hehe. K.. k.. Back to whiteboard, aku tulis besar-besar apa yang nak disiapkan hari ni. Alhamdulilla dari 4, aku dah siapkan 2. Tinggal lagi 2 kerja aku kena siapkan sebelum budak 2 orang tu balik. 

4. Aku buat Timetable macam budak sekolah. Tulis setiap jam apa aktiviti harian aku. Yelah, kena masukkan basuh/sidai/lipat baju, masak.. Masa sekolah dulu tak payah buat semua tu. Ni aku tulis ni time BREAKY aku. Bukan budak-budak aje yang perlu buat timetable. Aku pun sama aku rasa. Baru rasa hari tu teratur sikit.

5. Tutup facebook. FOCUS! Cuma time break aku dah buka facebook dah... 
Dan Jazli Hassan post kat newsfeed, 
"Kunci kekuatan manusia bukan pada fizikal semata-mata tapi berapa kuat mental dan akal untuk mencapai satu matlamat..letakkan matlamat itu sebagai punca kejayaan ,baru hidup ini akan lebih bermakna.jangan mengambil jalan mudah untuk capai kejayaan kerana setiap perjalanan menuju kejayaan ada pembelajaran yang tak mampu di beli bernama pengalaman..selamat berjaya buat semua sahabat alam maya..hanya diri sendiri mampu mengubah dunia menjadi lebih baik.."

6. Poin aku seterusnya berkait dengan apa yang Encik Jazli tulis. Memang kepala otak benda nombor satu yang kena betulkan. Kena fokus. Kuatkan mental. Walaupun mulut nak makan, perut lapar la, sakit nak gi toilet la, nak tengok cerita Korea la. Tapi teringat masa IMKK, Dr Azizan pun cakap, keladak dalam kepala ni memang susah nak jernihkan melainkan kita memang set minda yang kita nak berubah ke arah yang lebih baik. Doc ada sebut, nak pastikan kita ni jadi betul-betul berubah kena buat benda yang sama selama 21 hari. ke 40 hari. Baru la habit baru tu melekat kat kita. I wonder, will all the tips and habits yang aku tulis ni aku berjaya menyiapkan kerja-kerja aku sebelum deadline yang aku dah set???

Aku rasa setakat tu je dulu. oh ye...

7. Tulis dalam blog apa yang aku buat hari ni supaya menjadi pedoman aku di kemudian hari. 

OK. Berhenti untuk ke toilet, solat zohor, makan, lipat baju dan masak!


Tuesday, March 29, 2016

SWITCH STRESS TO SWEAT!!!

Alhamdulillah, last week I had research methodology course for academic training at IIUM Gombak, It was really good in the sense of boosting up my motivation to write the thesis. One of the lectures mentioned to write in a journal or a blog. So, I am back to writing in the blog to record this last 1 and half years of my PhD Journey.. 

Since 1 month ago, to my surprise on my 36th birthday, I have started on exercising. Getting my body to work out, trying to achieve fit and healthy body. The main reason that I am doing the exercise is to release stress. I think I was not as stress as I am now. Meeting the deadlines for my progress report, repeating the labworks that I had done faults in my previous experiment, assisting MyLab grant, helping the kids to  do their homeworks.. And the list will just go on. So, before the stress gets over me, I am fighting the stress by doing squat, jumping jacks, be it cardio exercise or weight training. There's also a second aim actually... That is, I want to wear baju kurung that I bought at RM50! Hopefully I'll get the shape that I want and fit the baju kurung beautifully! Hewhew. 

Exercise makes me feel satisfied. Thanks to this Polar watch, a gift from my husband. Alhamdulillah. It gives me the feeling of satisfaction when I sweat a lot. It shows the data like heart rate and the calories burned. I like it, eventhough, wearing the belt around the chest (to detect the heart rate on the watch) is a bit uncomfortable. Perhaps, I'll ask my husband to buy a new Garmin watch for my next year birthday. Hehe

I also feel happy doing the exercise because I am doing it myself and for myself. Penat toksah kata, but, the result, insyaAllah we'll see this year's Raya! Yey! Dapat pakai baju raya.. 😂

Will continue writing insyaAllah. Not only Switch Stress to Sweat but, Forget Stress with Writing.. 😉