Monday, April 18, 2005

STUDY BREAK OR HOLIDAYS???

Assalamualaikum....

As usual la... Study break pada nama, tapi buat benda lain. From 8 morning today till just now, busy typing out Minit Mesyuarat Perkahwinan AbangAlong!!! Nasib baik ada pengalaman jadi setiausaha. Tambah pulak si Penolong Setiausaha, Esan, hmmm... Macam2 cik adik tu duk ngomel! hehe. Kira kitorang ni menyambut Hari Setiausaha jugak ler!!! ;)

Mesyuarat Tergempar
Malam tadi, kami bermesyuarat di Kg. Batu. Rumah arwah Nyang. Sekali dengan semua sepupu-sepupu Mak. Oleh kerana Mak adik beradik dah takde, jadi mintak tolong dengan saudara mara terdekat la... :)

They were so helpful!!! Really!!! Semua pakat nak offer perkhidmatan masing2. Siap ada saudara yang offer rumah untuk transit sekali dengan dapat makan breakfast!! :) Indah sungguh ukhuwwah silaturrahim ni.... :)

Berkumpul di Rumah Arwah Nyang sebelum Maghrib dan solat berjemaah Maghrib di sana. Kemudian, makan malam yang disediakan oleh Mak Ngah. Lepas Solat Isya' berjemaah, mesyuarat diteruskan.... It was so formal.... Yelah kan... hehe. I was the secretary!! ehem ehem! Setiap perkataan dicatit. Last2, Penolong S/U duk kata, tok sah duk catit semua. Buat point2 ajek macam contoh yang diberikan. Lerrr... Bukan nak habaq awai2!!! :p

Isi-isi mesyuarat memang detail sangat2. Sentuh pasal kenderaan pengantin, pengapit, dan bermacam2 lagi lah. Dah penat dah type pasal benda2 tu tadi. :D Tak nak ah type lagi. Nanti bila ada 2nd meeting, lepas dah buat semua perubahan kat minit mesyuarat, nanti kita post entry kat sini.... wokey no??? :)

AlhamduliLlah, majlis bersurai pada pukul 12:00am!!! Dahsyat2!!! Baru AbangAlong yang kawin.... Kalau... ehehe, takde lah kalau2! :p

Terima kasih pada semua yang hadir dan di atas kerjasama semua....
Minta maaf banyak kalau ada salah dan silap dari keluarga kami... ;)

Perkahwinan Hira' & Al Amin
:) Finally, pecah rekod ex Hira' kahwin dengan ex Al Amin!!! Tahniah buat Ukht Mardhiyyah Sahri dan Akh Munawwar Hatta yang telah selamat diijabkabul pada Hari Sabtu lepas. Walimatul Urus Mardhiyyah, kita tak dapat hadir. Tapi semalam, Walimatul Urus Munawwar dapat pergi. Walaupun lambat sampai tapi dapat jumpa Irishah kat situ.

Irishah tanya bila nak join Selayang??? hehe. Dia bagitahu budak Manipal dah bertapak kat Selayang. Ramai Melayu pulak tu. Membuktikan bahawa Manipal bukan sahaja terdiri daripada pelajar2 India sahaja tapi ramai juga pelajar2 Melayu. :) Dia tinggal 2 posting lagi, dan mungkin lepas ni dia nak sambung belajar in Ortho/ONG. Good luck Doctor! hehe

2 Mizzketeers Online
Sabtu lepas, cik Wanda kite suruh online. Last2, dia duk buat benda lain. Kite ni macam duk chat sorang2. Apa taknya, lepas satu citer, satu lagi citer... Siap citer kat dia pasal macam mana nak buat singgang! hehe. Dia ngomel apesal kita tak rajin masak time duk sama2 dulu??? Lerrr... nak masak cemana takdak dapur. Nak harap hotplate kat hostel tu, tak yah la. Makan luar dulu pun best pe?? :D hehe. Dengar cik Wanda makin kurus, ambui, dah sama kurus dengan kite ke??? Baguslah tu! Tapi nanti kalau kite keje, kita jadi kurus macam saper plak eh? hehe. Harap2, kite keje lah tak lama lagi... Amin.

Baju Pengantin
Akhirnya, baju pengantin perempuan untuk walimatul urus sebelah kitorang dah siap, tak siap lah jugak Sabtu lepas. Mak bawak balik dulu sebab nak jahit sequins/labuci2 dengan beads/manik2 kat kain plain. Hmmm, harapnya Mak adalah masa nak jahit2. Kita boleh nak tolong tapi lepas exam, insyaAllah. La ni, tok leh lagi lah. :) It's really nice.

Kitorang pun dah ada baju untuk dipakai masa wedding nanti. Lain2 hijau tapinya. Ada yang kilat, yang tak kilat. eheh... Nak tahu cemana rupanya, kena datang tengok sendiri la. ;)

p/s: Kak Wan, Maya! Adeke patut mak suruh aku pakai baju pengantin??? Isk... Buat malu aku aje! Hangpa tahu2 jelah kan aku ni "kurus" cemana... :D

Father's and Mother's Instinct
Somehow, I will always think that whatever my parents think and feel are always right. Maybe it's bad for me because I don't decide myself and most of the things I will ask my parents' opinions. Some more, I don't know how to defend myself when the thing I was saying was right... ;) But, few days back, when Mak shared something not related to me, I think she has her own reasons. Moreover, when I talked to Ayah, he had more good points to reason out. And then in reality, whatever they sensed was true....??? Hmmm.... That's why lah we call them Father and Mother, ye tak? hehe. So jangan nak duk main2 dengan depa! Depa lagi tau! Hang pi mai pi mai, tang tu jugak laa... ehehe

Di Hati
Nasyid Oleh : DeHearty

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selamaini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

?????

No comments: