Sunday, June 10, 2007

AL- FATIHAH

Assalamualaikum...

Dari tengahari aku keluar...
Berjalan dengan ayahanda menghadiri kenduri-kenduri kahwin...
Dan menziarahi pakcik dan makcikku yang dah lama tak ketemu...
Malamnya, badanku terasa penat...
Aku mahu melelapkan mata...
Tiba-tiba saja mataku berair...
Bantalku basah dengan tangisan...
Aku terasa sedih yang amat...
Terus, aku bangun dan bersolat hajat...
Menghayati maksud surah Al Fatihah...

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Sama2 lah kita hayati maksud Al Fatihah...
Jangan berputus asa denganNya...
Dia Maha Mengetahui...Maha Pemurah...Maha Mengasihani...

No comments: