Friday, August 19, 2005

KEMBALI KE KAMPUNG HALAMAN - MELAKA!

Assalamualaikum,

HOTEL EMPEROR
Alhamdulillah, baru balik dari Melaka. Mak kerja workshop kat Emperor Hotel. Sorry to say, the hotel is so old!!! Nenek cakap, "Ni hotel tahun alip ni!" hehe. Bila masuk2 hotel pun ada bau macam bau lama. hehe. Naik lif dia, lagi lah! Macam naik keretapi! Bergoyang macam dalam train hari tu! Lawok lah! Dah lah tingkat 19. Tawakkal biaq lah tak jatuh. Masa tunggu lif, ada gak yang citer, sekali tu dia naik, lif tak bergerak sebab overload. Siap dah tekan loceng semua. hehe. Alhamdulillah, tak kena macam tu. Kalau tak mesti panic semacam! :)

JALAN-JALAN MELAKA
Dulu2, pagi2 Ahad, breakfast kat kedai mamak roti canai. Memang sedap ah! Suruh Mak n Nenek makan kat situ. Mak kata SEDAPPPP!! Sebab kuah dia masam2 sikit. :) Pastu, sementara Mak kerja, me and Nenek pi jalan2. Mula2, pi amik gambar passport sebab nak hantar borang BMD/MOH kat kolej. Since MOH baru nak pindah tempat dari KL ke Putrajaya, so, that's why la depa suruh hantaq ke Kolej. After that, went ronda2 kat Ocean. Ada la beli barang2 sikit. Nenek suruh beli sebab nanti dah keje, susah nak shopping. :) Pastu beli fud kat depan Ocean tu.

The next day, pagi2, dah pi Pos Ofis sebab hantar surat iklan jawatan kosong kat Raiyan. Since surat tu sampai lambat kat Mak, so, Mak pun tak check bila date line dia. I went thro the surat, 20 Ogos ni dah kena submit. So, kenala pos laju. Raiyan cakap dia dah terima. Tapi tu lah, kena hantar hari ni la sebab esok dah 20 Ogos. Hope Allah mudahkan urusan Raiyan. Then, I renewed my car license. Lesen mati bulan 9 ni. Sementara duk ingat, I did la. Dah naik RM1/year. Dulu RM30. La ni RM31.

Pastu, went to Kolej and settlekan borang. Kebetulan pergi situ, dapat Provisional Pass Certificate. Kena photostate the Cert. So, kira rezeki la pi Melaka. So, dah fotostat kena cop diakui sah. So, mak mintak tolong dengan kawan dia. Went to Hosp Melaka and get it sign. Alhamdulillah. Berpusing2 jugak la kat Melaka. Then, me and Nenek lunch kat TESCO. Makan kat fud court. Kena guna kad nak beli fud. Nenek duk bising la pelik semacam kedai ni pakai2 kad pulak. hehe.

Alhamdulillah, dah hantar borang BMD. Pasni kena hantar borang untuk robe graduation and also MMMC.

Petang, Mak ajak pergi Mahkota Parade. So, Mak beli handbag dengan kasut. Kita pun dapat lah sandal baru and also baju kurung. :) Boleh la nak pakai time interview nanti... Smart2, sopan2!! :)

MEDAN IKAN BAKAR UMBAI
Best pi Umbai! Mula2, tak nak pi. Tapi last2, Mak ajak pi la sebab kita kena bawak kete. Pi makan kat Kedai Parameswara. Kedai kat hujung, betul2 menghadap laut. Dulu kitorang tak pernah pi kat situ sebab selalu pi kat kedai no 1. Rupa2nya kedai yang last tu memang sedap sangat2! Lenkali kak wan maya, kita pi situ nak? Haa.. apa kata 9hb nanti kite dinner kat situ? :)

PASSPORT RENEWAL
Alhamdulillah, pagi tadi pi Pusat Bandar Damansara renew passport. Actually semalam dah pi Jab Imigresen Negara kat Putrajaya. Dah parking semua. Actually Mak suruh pi Jab Pendaftaran Negara. So, kita pun pi lah. Sampai situ tanya orang, dia kata kena pi bangunan seberang jalan. Jalan dia mak ai... beh kurang 4+4 lanes!! Punya luas nak berjalan. hehe. Pastu, sampai situ, nampak signboard, Jab. Audit Negara n Jab Perdagangan n Komoditi. Tanya orang lagi, dia kata kat bangunan belakang. Aduhaiii... Puas jalan2 kat Putrajaya semalam. hehe. Naik tingkat satu, tetiba dia kata kena pi Damansara. Mak aiii! Puas jalan2 jelah kita semalam! hehe.

Anyways, Alhamdulillah, pagi tadi, pi PBD, dah park kereta, pi la Jab Imigresen. Pastu, nampak la ada macam ver attractive advertisement cakap pasal renew passport. Pastu, masuk dalam tu nasib ada orang. Dia org Imigresen. Dia yang ajar cemana nak buat. So, mula2, bagi passport yang ada cip. Pastu Mykad. Pastu, gambar sekeping n RM300. It was so quick! Memang syok la. :) Macam ATM machine je. :) So, will get my passport monday insyaAllah. :) BiizniLlah, sampai la ke satu destinasi... ;)

PI UTAGHA ESOK!!!
InsyaAllah, esok nak pi Perlis dengan Nenek Atok. Ada kenduri kawin. Kitorang tido rumah Kakak la. :D Pastu Ahad plan nak pi Penang, rumah keluarga kak ipar. Since segan nak tido rumah depa, so, cakap kat kak wan nak tido kat kondo dia! :) Yeye! Dapat gak jumpa kak wan! :)


Wokes... Ingat nak tulis something else, tapi last2, tulis citer2 lak! ;) Lenkali la... InsyaAllah.

No comments: