Tanggal 13 November 2005, abah telah dijemput Allah. Maka terputuslah segala amal abah di dunia ini. Hanya amal yang telah abah kumpul itulah menjadi bekalan. Moga segala amal itu diterima dan dirahmati Allah ta'ala.Kami anak-anakmu akan sentiasa mendoakanmu........
Masih jelas terbayang di ingatan, sewaktu abah memberi pengajaran kepada kami adik beradik setiap malam jumaat dulu2 kala, kita sekeluarga berkumpul anak-beranak, masa tu umurku dalam 7 atau 8 tahun, abah mengajarkan kepada kami ilmu2 fiqah (yang mula2 sekali abah terangkan adalah bab taharah, solat sehinggalah kepada mandi wajib....) Along dan angah pula masa tu entah concentrate entah tidak....ye lah asyik cuit sana cuit sini, kejap2 tengok jam bila nak habis.......bila abah tanya faham ke tidak semua pasti mengangguk .....tanda faham.
Abah, engkau memang sangat menitik beratkan soal agama kepada kami anak-anakmu...solat biarlah berjemaah, aurat mesti dijaga.......aku masih teringat kalau dulu2 malas pakai stokin, pasti abah tegur....jazakallah abah, kerana sentiasa memelihara anak perempuanmu yang seorang ini.....walaupun sorang perempuan, tp banyak sangat karenah ye bah.....jazakallah abah.........Masa balik raya ni memang aku amat terasa bila abah dah kurang menjadi imam (kerana tidak larat).. Adik2 pula silih berganti menjadi imam solat 5 waktu......Masa tu mula terbayang di saat2 hampir kewafatan Rasulullah s.a.w, Abu Bakar r.a mula mengambil tempat mengimami solat..Memang janggal rasanya bila dulu abah selalu menjadi imam. tp kemudian tidak lagi
Masih jelas kedengaran di telingaku, tika malam raya kita anak-beranak bertakbir bersama,,abah bertakbir dengan sebak dan titisan air mata. Aku sudah merasakan sesuatu....tp ku pendam saja dalam hati....doaku moga umur abah dipanjangkan lagi oleh Allah......biar dapat jumpa angah yang jauh di yaman (insyaAllah tahun depan angah akan balik......)...namun ku pasrah ketentuan Ilahi...apatah lagi kita semua pun akan mengikut jejak yang sama.......
'irdina nabihah, satu-satunya cucu abah yang sempat abah tatapi....Moga along mendidiknya sebagaimana abah mendidik kami........
Abah, akan ku pastikan anak2 abah semua terjaga, tidak sekali melakukan perkara maksiat...setakat ini, apa yang ada dalam pengetahuanku....akan ku tegur , akan ku nasihati...selebihnya ku mohon pemeliharaan Allah ke atas adik2 ku, abang2ku dan diriku sendiri............moga roh abah tenang bersemadi.....al fatihah.....
***********************************************************************************************
Buat semua sahabat-sahabat yang datang menziarah dan sms semasa pemergian arwah, thanks a lot......memang penat sikit masa tu....tp bila sahabat-sahabat datang n bg sms, memang terubat la.....akhawati.....aufa,asma' z n muallimah jasmin, nuha,suhaila, nabihah, kak jihan, ida, kak ta, fatimah khayat dan ikhwah...(kalau ada nama yg tak tersebut mohon maaf....takut terlupa.....)...sahabat2 yg dulu sama di jaipetra..ramai yg telefon..... terima kasih banyak..jazakumullahu khairan kathira....tak lupa juga akhawat mesir....asytaqqu ilaikunna jiddan ya akhawatie fi misr........Hidup biar mulia mati biar syaheed!!!
p/s:buat angah yang berada di yemen, if terbaca email ni,,,,org nak pesan jgn lupa balik tahun depan yer.....if nak sambung MA, di malaysia sj....tak payah la ke syria...ok!
al faqeerah ila robbiha......."Munirah bt Md Hakim"
Atok...
Patutlah belakangan ini seringkali rasa tak sedap hati..
rupanya kau akan pergi meninggalkan kami..
Patutlah belakangan ini tiada senyuman terukir di wajahmu..
rupanya kau menahan sakit badanmu..
Patutlah belakangan ini kau banyak mendiamkan diri..
rupanya kau mahu mendengar suara cucumu..
Patutlah belakangan ini kau seringkali merenung rumahmu,
rupanya kau tahu kau akan meninggalkannya..
Patutlah belakangan ini..kau banyak menjaga keretamu
rupanya kau tahu itu adalah kali terakhir..
Atuk..
Pemergianmu tidak kami duga..
Kami tangisi dengan air mata..
Kami kesali kerana tidak sempat menjagamu..
Terkilan kerana tidak sempat bercakap denganmu..
Tidak sempat memohon maaf darimu buat kali terakhir..
Anak cucumu amat merinduimu kini..
Tiada lagi senyumanmu untuk kami tatapi..
Tiada lagi nasihatmu untuk kami dengari..
Tiada lagi teguranmu untuk kami hayati...
Maafkanlah kesalahan kami atuk..
Jika tanpa sedar kami melukai hatimu..
Jika tanpa sedar kami kecewakanmu..
Jika tanpa sedar kami tidak mendengar nasihatmu...
Semoga kau tenang di
sana..
Aidilfitri lalu kenangan abadi dan terakhir kita bersama..
Kami sentiasa mendoakan kesejahteraanmu..
Walau kini kau tiada lagi..
Atuk..baru kini kusedar...kami amat menyayangimu...
AL FATIHAH...
ALLAHYARHAM HJ BAHARUDDIN BIN SAGAR
-
5 June 1927--- 19 November 2005
Dari kami cucumu..
Hafiz,Jaja,Kim,Yaya,Ajim,Farah,Mira,Nurul,Arif,Afiq,Aiman,Akmal,Ijat,Husna,Tikah,Duya,
Maisarah,Aliya,Naya,Iwan,Abg Mus,Masrul,Che An,Nabilah,Nurin,Kak Ngah, Aisyah,Haykal
No comments:
Post a Comment