Saturday, February 19, 2005

1 HARI DI PUTRAJAYA

Assalamualaikum...

Ward Rounds di Hospital Putrajaya
7:50 dah kuar rumah takut jem. Alhamdulillah sampai hospital 8:30am. Start ward round dengan doktor yang tak dikenali. She's in charge kat ward tu. Doktor kawan mak yang semalam tu will join later.

Putrajaya Hospital is I.T Hospital. So, case sheets no more written but typed in a laptop. No files like in Melaka. Tapi ada file nipis to put all the ECG, and medication chart. In the laptop, it contains lab datas, medications and of course lah history and examination. To me it's really canggih... tapi part laptop habis battery kena sambung kat wayar tu, macam tak canggih sangat la. hehe.

Then I was asked few questions. I managed to answer but tak lah pandai sangat jawab semua sekali soalan2 dia. The doctor also asked me to examine the patient. He had right supraclavicular lymph node enlarged.

Actually tak nak pi pun, tapi mak dah duk suruh pi. Dia suruh boost up my confidence. Well, dunno lah. Susah jugak nak boost confidence ni. Well, she knows what's best for me. That's why lah I just go and satisfy her. Yelah, she was pregnant for 9 months during her study period. Then, gave birth to me and raised me to become a beautiful lady… as Ikram and Momad said. Ntah, depa dua suka cakap I’m beautiful… hehe. Perasan sekejap jerk!! Adik beradik cakap, tak kisah je… hehe.

Well, thank you Mak and the doctors who let me join their rounds and taught me how to be so nice to the patient… I wish to become like you guys some day… InsyaAllah…

(Aku dah banyak tulis citer ni la. Dah tak larat nak tulis the same thing each time… the comp suddenly hang… so dia dah delete la. Sorri lah tak tulis sedetail as I did just now… hehe. Geram!)

Dating Lunch
After the rounds, mak asked me to take her out to ALAMANDA Putrajaya for lunch because Ayah used the car to go to the Friday prayer. So, we went to Pizza Hut. 2 2 orang dah lapar. Makan sup, salad, minum air, dah kenyang. Bila pizza datang, makan 1 slice jerk. Hehe

So, after the lunch, mak asked me to buy ROTIBOY. Tak penah ku beli. Kena beratur panjang nak beli roti tu. Punyalah laku n sedap! Yang tak larat, ada yang kena amik nombor giliran sebab roti tak siap lagi. Isk… mengalahkan JPN lak aku rasa. JPN pun tak delah sampai beratur panjang2 and nombor giliran dia takdelah banyak sangat. Hehe. When I asked Mak,” Is it worth it to queue up just for this 4 rotiboy???” She answered lah… “YESSSS!! Awak rasa dulu!” hehe. Memang sedap pun. Ayah pun dah jatuh cinta dengan ROTIBOY. Esok2, dia mesti pi beli situ gak. Tapi kan, tadi semua yang beli perempuan jerk.. Oh ye… lupa lak, orang laki pi solat Jumaat! ;)

Tak Senonoh
After lunch, mata ngantuk la. Mak plan nak pi tengok kedai nak tempah baju pengantin dengan bakal kaki par at 4pm. So, I waited for her la. Sementara menunggu, tidoq lah kat sofa kat dalam bilik mak. Tibe2, pukul berapa ntah, dengar suara laki masuk ofis mak. Staff dia lah… Aduhaiii… malu seyyy… tapi buat2 tidoq jugak la. Hehe.

Suddenly, at 4:15pm, Mak cakap dia ada keje lagi. Lerrr… So, cancellah nak pi tadi. Maybe esok kut nak pi sana… Mak mak! :D

Geram 1 Jam
Oleh kerana nak jadi kakak yang baik, pi lah tunggu Ajin kat sekolah dia. Tunggu dari pukul 5:50 sampailah pukul 6:45pm. Tak ke geram 1 jam tu ha! Ish!!! Dah lah bila dia masuk2 kereta ada ke patut dia cakap, “Ajin tak suruh pun kakak amik. Siapa suruh kakak amik?” Lerrrr… patut tinggalkan je dia kat situ. Hehe. Lawak betul changjin adik akak sorang ni! Hehe Yang geram tu bukan sebab apa… geram sebab tak dapat tengok cina. Ish… tak dapat pahala dah amik adik tadi. Astaghfirullah…

The Light of Direction
AlhamduliLlah, today I managed to find some of the light for my direction. Apis always adviced me to believe in Allah no matter what. Maybe the things that I want won’t happen right away, but if niat, and do’a always, insyaAllah it will happen somehow. Allah will always help and guide to the right path and whoever wants the sirathol mustaqim… He will show you the way… biizniLlah...

AlhamduliLlah…

(Lepas publish, dia ada banyak lah pulak AE, janggut2 kat tulisan tu sebab tulis dalam wordpad, cut n paste.. ish la.. tak larat dah. nak tidoq. Esok pi PD. Tidoq semalam n off to Melaka on Sunday... Monday Surgeryyy!!! ;) )

Friday, February 18, 2005

MID SEM + CUTI BZ

Assalamualaikum,
Sat ni dah tulis panjang dah tapi komp ni biasalah hang tak tentu pasal... :P

3 Blogs 2005
Nak tergelak sorang2 bila hari ni rasa 3 blogs sekali nak di update...
http://missapple.sodeeq.com <--- Blog tontonan Umum.

http://drnehar.blogspot.com <--- Blog Asrar (Rahsiaaa...)

http://mizzketeers.blogspirit.com <--- 3 mizzketeers bercurhat.... (muahs!) hehe

Macam melepas geram tak dapat tulis blog selama duduk kat Melaka je. hehe.

Biasalah curhat mencurhattt...

3 Hari Pre-Exam Diarrhea
La haula wala quwwata illa biLlah... Allah jelah yang tau. It was really severe. Every time nak exam, biasalah my Irritable Bowel Syndrome. I better get antispasmodic drug for it or else I will become a batang lidi... Tak lawa batang lidi naik kete cute n comel... hehe. However, I was really tensed up for the exam. Eventhough it was only 1 paper, but I found it very difficult to study... I was really scared. When you were once there... You are just so afraid to be there again... SERIOUS! And I don't want the others to ever come near my place... Allah knows me best... :)

Paper Medicine

Ok.. Finally hari yang ditunggu2 tiba jua.. AlhamduliLlah, the paper was ok. Well, I think I could have done better. However, I think I still lack memory power. Kena hafaz Qur'an dulu baru leh jadi doktor pe... :)
K lah... saje nak share soalan2 dia... senanggg je... :) Antaranya lahh... coz tak leh nak ingat semua ah...

1. 65 years old came with acute breathlessness. What are the differential diagnosis? If patient had history of cough + breathlessness, what is the probable diagnosis? Write the investigations and treatment.
2. What are the common causes of CCF? Compensatory mechanisms of CCF. Treatment.
3. What are the causes of stroke? C/F of Embolic stroke. Management of unconscious patient.
4. Malabsorption syndromes. Causes. Management.
5. Investigations in AGN
6. Hypokalemia
7. Musocal Candidiasis
8. Clinical implications of JVP
9. DMARDs
10. Hypersplenism

Tu je yang teringat. Lelain macam tak ingat lah plaks.. Soalan2 yang glamer je yang kuar tapi tak ingat. Oleh kerana soalan2 di atas tak se glamer yang glamer, jadi senang nak ingat la sebab jawapan dalam kertas pun seciput jerk...

I did try my best... Screwed my head during the exams... tapi... Dah tawakkal dah... Harapnya dapat apa yang terbaik... InsyaAllah Amin...

Cuti MidSem
Refer to : http://mizzketeers.blogspirit.com

Ujian Allah
Refer to http://amizakhusyri.blogspot.com.

I'm also reading a book, Siri Motivasi Islam: Mengubat Duka Lara written by Safwan Fathy. Tak kenal pun siapa dia ni, tapi just look thro the cupboard dalam rumah ni...

Dalam bab: Buntu Menyelesaikan Problem Hidup, ada beberapa perkara disebutkan:
1. Bertenang dan Beristirehat
2. Mohon Pertolongan Allah
3. Membaca Al Quran
4. Melakukan Qiyamullail - Solat Tahajud, Solat Tasbih, Solat Witr.

"Mohonlah pertolongan dengan cara bersabar dan mendirikan solat; dan sesungguhnya solat itu terasa berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah Al Baqarah : 45)

Tiba2 startla ternangis bila baca doa untuk solat tahajud...
...."Ya Allah, kepadaMu aku berserah, kepadaMu aku beriman, kepadaMu aku bertawakkal dan kepadaMu aku kembali. Engkaulah yang aku rindu, kepadaMu aku berhukum, maka ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan yang kemudian, yang aku sembunyikan atau yang aku dedahkan. Engkaulah Yang Terdahulu dan Yang Terkemudian. Tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Engkau. Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah..."

5. Minta nasihat
6. Solat Istikharah


Wallahua'lam. Ada sedikit konflik dalam diri kut.. tapi boleh di atasi dengan sendiri and with the help of Allah insyaAllah. Hope I will find the best way... and the best The Light of Direction! hehe

Friday, February 11, 2005

Study Break Mid Sem

Badan tengah penat ni... K k baik citer cepat2. Sat gi bleh tidoq! hehe. Esok kena balik pepagi... :(

Study Midsem
The 1st 3 days study break was still able to studylah... Since only 1 paper, Medicine je and I actually asked for it... Syukur lah dapat jugak membelek2 the notes and also my new books... Tapi tu lah, bila baca rasa macam best sebab banyak jugak sebenarnya yang dah tau. So, bila baca tu macam flip through jerk... Tapi ada gaks part2 yang baper kali baca pun susah nak ingat. Dah lah favorite questions... isk isk...

Cuti Raya Cina
Rabu tu, still dapat study siang tu walaupun distracted dengan plan2 mak. Lagi satu kena ajaq Mek Ajin punya homework. Dia kena buat soalan/ayat tunggal dengan ayat majmuk. Aduhai... kakak dia dah lah tak gheti bab2 BM ni. Tapi, kira ok jugak lah lagi dari dia. hehe. Tapi ayat2 Ajin buat kira ok gak ler... :D The guys yang ada kat rumah ni kena kemas baju2 terpakai nak bagi kat Nenek ke Tsunami ke. Nasib baik kita ni tak terlibat... :)

Malam tu plak ada tahlil kat rumah Allahyarhamah Nyang. Tahlil untuk Allahyarhamah Nuriah, Maksu isteri kepada Cik Uu. Dia meninggal last Monday with several episodes of fits before she passed away. Don't actually know the real reason because tak sempat nak buat CT Scan. Post mortem pun tak buat, tapi query rupture of aneurysm. WaLlahua'lam.

Esan bawak kereta comel n cute dari UIA. So, kepoh gak ler masa nak balik... "Waaa... Plet Melaka, dapat orang sana ke?" hehe. Nak jawab apa ek???
"Alaa... Dapat orang mana2 pun dah tak kisah dah!" kuikui... gud answer huh??? :D

Salam Ma'al Hijrah 1426H
Nak ikutkan hari Khamis lepas macam hari raya lah pulak. Pagi tu kemas stor belakang rumah sebabnya, rumah ni jadi nak perbesaq lah pulak. Punyalah Abangalong nak kawin, time ni gak ler nak perbesaq rumah. hehe. Tapi, insyaAllah, lifelong... Anyhow memang dah lama Mak n Ayah berhajat nak besarkan bilik2 kat atas. So, alang2 buat lah la ni. InsyaAllah siap bulan 5 lah. Harap2nya la... Dah lah nak kenduri kawin pulak lepas tu... ;)

Nenek n Atok sampai lepas kitorang habis mengemas. Tak lama lepas tu Cik Non pun sampai dengan kereta baru dia... Jazz Honda... Lawa betui Nenek... Pakai tudung pink + baju hitam bunga2 pink kecik2 mengerlip2. hehe. Semua menegur Nenek. Last2 Nenek kata, "Lepas ni Nenek nak pakai baju2 koyak je, baru takde orang tegur!" Plak dah! hehe. Orang tegur sebab selama ni tak pernah nengok Nenek pakai color orang muda... ;)

So, bermula lah ziarah di Awal Muharram ke rumah sedara Tok Ayah dekat2 dengan rumah. Makan nasi beriyani + nasi dagang. Kek coklat dia lah yang tak boleh lupa... Sedapnye mak ai! :) Teringat lak kek coklat Maya... Bila nak wat semula Maya?? Bday just around the corner!!! hehe

Next house, rumah Yong. Buat tahlil untuk Allayarhamah Maksu jugak. Beriyani jugak... High cholesterol... Dah lah ada family history IHD, bahaya betul! :

Anak Mami Tanjung
Bakal kakak ipar datang hari ni. Ayah telah mengadakan satu sessi menguji bakal menantu. AlhamduliLlah, bakal menantu ayah dah lulus. Lulus memasak Nasi Beriyani + Daging kicap + Ayam tikka + Acar timun/carrot + Dalcar. hehe. Takut gaks time kita nanti kena masak nasi apa plak ek?? hehe.

Haa... cuma nak share satu lawak la... Lawak tak lawak tak tahu la. :D Ayah memula duk risau jugak, kalau2 la kan bakal menantu ayah buat hal macam dalam cerita Anak Mami. Suruh si Aniq beli nasi beriyani dari kedai mamak memana, lepas tu mengaku dia yang masak. hehe. Nasib si Aniq dalam cerita Anak Mami Tanjung ni tak buat perangai macam tu. hehe.

p/s: Nama Anak Mami Tanjung diberi oleh Mak kepada Cik Wan... hehe.

Destinasi Cinta
Pagi tadi hantar Apis pi tuition kat Klang. Since Federal Hi-Way kosong, bagi chance Apis bawak kereta cute n comel sampai Klang... Seronok lah adik kecik kita sorang tu. :) Nenek pun ikut. So, adalah jugak bual2 pasal "life partner" ni. Sejak berserah pada Allah akan ketentuan jodoh ni, ramai pulak yang nak mengenankan dengan sesiapa je ntah... Ada yang anak Dato' lah, kawan la, schoolmate la, classmate la... :) So, Nenek pun tetiba cakap... "Nenek rasa elok Nor cari sama2 kerja doktor. Senang nanti 2 2 faham."

"Huda takkan cari sendiri dah. Lepas Mak Ayah kata tak nak dengan pilihan Huda, Huda dah memang berserah pada Mak Ayah. Terpulang pada diorang. Tapi Nenek, Mak Ayah pun pernah cakap, tak semestinya doktor dengan doktor akan berjaya perkahwinannya. Yelah, Allah tu Maha Adil. Dia nak tunjukkan yang Maha Kuasanya Dia pada hamba2Nya, yang tak semestinya yang manusia rancang tu akan menjadi. Semuanya memang ketentuan Allah. Kena redha la kalau jadi macam tu." Eceh... Tadi rasanya time cakap dengan Nenek takde lah pepanjang lebaq camni. hehe. Tapi tulis camni bagi sedap sikit lah bahasa dalam blog ni.. hehe.

Hari tu pun, cakap dengan Apis dengan Esan...
"Tak berani dah nak cari sendiri, berharap pada sesiapa, lepas tu tiba2 mak ayah kata tak nak... Dah tak larat dah. Hati ni dah pecah Seribu." hehe. Esan ngan Apis pun gelak... Apesal ek? :D

Hanya berharap pada Destinasi Cinta yang hakiki dan kekal abadi... :) Erti La ilaha illaLlah...

Wokes... Esok nak balik Melaka pagi2. Harap2 dapat study kat sana, last touch up. Doakan kejayaan Dr NEHAR nak exam Medicine Selasa 2-5ptg. Then, maybe balik rumah kemas2 apa yang patut and monitor tukang buat rumah. Maybe nak pi ronda2 hospital dengan one of Mak's friend to build up my confidence... Care to join??? hehe...

Ok. gtg. Apa2 yang ditulis tu sesaje je tu. Biasalah blog ni dah jadi diari hati + nak citer kat cik Maya n Cik Wan senang sikit. Nak sms dah tak larat nak picit2 butang tepon tu. hehe. k. Wassalam.

Monday, February 07, 2005

Saja Melepak... Kejap jekkk!!!

Today dapat juga study walaupun penat semalam tak habis2 lagi. Straight 3 hari tak dapat rehat langsung. Hari ni dapat jugak qadha' tidoq n luruskan pinggang. Trapezius pun dah spasm semacam. Apa taknya... 2 hari bawak kereta comel n cute jalan2. Semalam berjalan pusing2 cari idea, barang2 kawin abangalong dgn bakal kaklong, mak n ajin.

Travel dari Melaka sorang2 naik kereta cute n comel, kata bakal kaklong best. (Dia pun kereta ikan kelisa gaks, tapi kaler ikan putih. hehe) Tapi, dah biasa naik kereta dulu2 dari Melaka ke KL mesti singgah McD drive thro reramai, tak gheti lagi nak jalan2 naik kereta jejauh ni sorang2. Radio pasang pun takde lagu best. CD plak tak beli lagi... isk isk... Boleh tertidoq pulak tu bawak kereta sorang2 ni. Isk isk, bahaya sungguh!!!

Anyways, had fun on Saturday 5/2/05. Went jalan2 with Maya. Fetched her at her house. Then, went to Laila's wedding. Arrived there around 1:30pm. Jumpa Jah, Cik Yam, Bash, Debam, n Kak Da. Gamat kenduri kawin orang dibuatnya. hehe. Lawak tul! Maya mesti cultural shock! hehe. Tu lah... cemana nak kawin, perangai sorang2, YA RABBI! Sabaq jelah! Lela nampak happy dengan Faidz. AlhamduliLlah, selamat lagi sorang budak pompuan kelas kitorang kawin. Kitorang ni ramai lagi tak lepas. Budak laki haaa... tinggal 3 orang je lagi yang tak kawin lagi. Kronik2... hehe

Oklah, pastu pi amik Didie kat rumah dia and off to Aiza's house. Anak dia, Nor Fatimah, comelnyeee.. Ajin apa lagi, start lah dia mengendeng2 kat baby tu. hehe. Sabaq na Ajin, tak lama kita dapat lah anak buah abangalong! We had great time and I really laughed that day. Memang seronok sangat tengok Cik Mek Patimah duk gelak2 serak2 basah dia. Dah la putih melepak, rambut kerinting. Nanti rupa anak aku cemana ek? hehe. Haaa... dia ada nappy rash. Harap2 dah baik dah la... InsyaAllah.

Balik tu, hantar Maya kat Sungai Buloh. Time nak balik rumah Cheras, ha, biasalah kalau tak sesat tak sah kita ni. So, tau2, ikut Damansara, Kerinchi Link. Nasib baik dah biasa lalu jalan kat situ... sebab dulu rajin gak gi area tu... (rumah orang tuuuuuttttt) Sampai rumah 7:50pm. Nasib baik mak takde. hehe.

Actually Mak ajak ikut nak tempah baju kawin bakal kaklong. Tapi, malas nak pi. So, last2, mak ajak jugak the next day. So, Ahad 6/2/05, pergi lah SEMUA HOUSE tengok2 manik2 yang akan dijahitkan pada kain. Then, termasuk lah pulak dalam kedai HYDEE'S DESIGN (kut, tak ingat dah nama kedai tu). So, mak tanya2lah pakej kawin. Mahal betoi! Tapi nak buat cemana, kalau boleh nak tolong time kawin nanti, boleh gak nak cut budget. Tapi drnehar got big exam nooo... So, cannot do anything. Have to eat nasi minyak only. The rest have to ask the others to do. :D

Apa2pun tak decide lagi. Tapi baju bakal kaklong tu memang lawa la. Semua yang pi kedai HYDEE masa tertengok kain yang mak beli kat S'pore, memang depa kata lawa... Kembang mak! hehe. Kedai tu Fauziah Latiff, Liza Hanim n adalah few other celebrities yang amik pakej kawin kat situ. Mak mana lah kenal... hehe. Tapi, offer dia quite ok. So, she's still considering.

Waaaaaaaaaaaaa.... Dah lama dah melepak2 ni. Gotta go! (Dah lama tak menulis daaa... sekali datang mood, macam banyak laks citer! hehe.)

I'm Happy!

Buah Hati Ku

Be earliered birthday present!

Plet dia sengettttttt!!!! :(


Payung BARBIE kaler pink. Pinjam dari housemate. hehe


Kereta Cute N Comel!!!! Comel kan comel kan??? hehe

Tak tahu lah apa pasai dia nye pler senget kat depan. Dah tanya dah kat "Abang" PERODUA tu, tapi dia kata memang cenggitu. Tengok kereta ikan Kelisa orang lain on the road... depa tak guna PERODUA punya plet tapi beli yang jenis lain kut. Macam nak jatuh je plet dia. hehe. Tapi kereta tu tetap comel sebab tuan punya kereta pun ehem ehem.. hehehe

Source pictures from : http://drmaya.fotopages.com