Friday, September 22, 2006

LAGU JIWANG

Assalamualaikum...

Semalam oncall. Hari ni suami pulak oncall.
Boring sangat rasanya hari ni.
Telefon berbunyi.
Panggilan dari suami.
Nampaknya sibuk oncall dia hari ni.
"Kenapa senyap? Ok ke? Sedih je? Ke suka?"
Tiada jawapan.
"Tengah buat apa? Blog? Dengar lagu tu?"

http://www.bluehikari.com/

Ingatkan bluehikari dah senyap.
Tapi, tadi terjumpa blog bluehikari.
Lagu background...
Memang best!
Memang jiwang!

Hatiku pilu.
Rindu...
Bosan...
Teringat sebelum kawin dulu...
Rasa tak mungkin aku akan berkahwin...
Tapi, tanpa ku sedari...
Jodoh Pertemuannya...

Sekarang, persoalan "orang ketiga"
Aku berserah hanya padaNya...
Seronok tengok baca blog sahabat2 blog
Sudah mempunyai putera puteri
Rakan sekerjaku sudah mula loya, muntah...
Perasaan yang ku rasai bukan aku sengaja...
Tetapi,
Entahlah...
Hanya kepadaMu aku serahkan segalanya...


Terima kasih bluehikari... Tumpang dengar lagu sambil tulis blog...

Friday, September 15, 2006

JODOH PERTEMUANNYA

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni feel much better... Dah takde diarrhea dah. Syukur sangat! :)

Tadi ada kawan bgtau, kawan baik dia nak kawin. Bila ditanya, sedih ke? Dia jawab sedih sikit2 sebab dia belum berjumpa dengan jodohnya... Rilekla wahai sahabatku... InsyaAllah akan tiba masanya... ok?

Bila belum kawin, ditanya bila nak kawin?
Tapi... bila dah kawin, ditanya bila nak ada anak?

Biasalah manusia. Buat tak tau ajelah. Rezeki anak, rezeki jodoh di tanganNya... Dia lebih berhak menentukannya... Berdoa dan berharap, selebihnya, berserah dan bertawakkal. Kalau kawin tu mudah, awal2 lagi lah kita kawin ye tak? Nak dapat anak pun sama jugak... Yang penting, jangan jadikan kedua2nya tu penghalang untuk kita hidup bahagia dan gembira... ;)

Antara el dengan suami, kami tak pernah bercinta sebelum kawin. Jadi peluang yang ada sekarang, kami berkenal-kenalan dulu la... :) Perasaan malu pun ada lagi... hehe. Apa2pun, yang penting, percaya pada qada' dan qadarNya... :)

Wokes...




11 SYAWAL 1426H
Alhamdulillah... Pertemuan meleraikan persoalan yang selama ini digeruni... Segalanya dipermudahkan di siang hari tadi. Pada mulanya, tidak mahu menzahirkan diri untuk pertemuan yang dirancang setelah sekian lama... Akhirnya, bertemu... namun tidak berbicara sekehendaknya... Masih mendengar bicara dari orang tua... Mereka makan sambil berbincang... Mata terlalu mengantuk... Bukan sengaja... Tetapi... Hikmahnya, Allah menutupkan pendengaranku ketika perbincangan tersebut... Allah Maha Mendengar... Allah Mengkabulkan hajat... Allah Maha Mengetahui siapa yang terbaik... Bila sudah tiba masanya... Bila sudah bertemu dengan orangnya... Bila sudah hadir jodohnya... Semuanya berlaku tanpa disedari... Terima Kasih Ya Allah... Alhamdulillah... Sebuah penantian akan berakhir... Ameen...

Thursday, September 14, 2006

EMCEE

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Dah lama tak update blog ek? :D
Hari ni, emcee 1 hari sebab sakit perut, severe diarrhea... So, amik chance tulis blog la...

DIARRHEA/ ACUTE GASTROENTERITIS
Sejak 4 hari lepas, asyik diarrhea, tapi paling maksimum, 3-4 kali satu hari. Semalam, lebih dari 10 kali pergi tandas. Masa tu selepas makan nasi yang dibeli di warung. Dari 1430H, tak berhenti ke tandas. Malu juga, sebab masa tu specialist tengah buat round dalam ward. Sepatutnya ikut dia round, tapi perut tak mengizinkan. Terpaksa beritahu specialist sakit perut. Ada kalanya dalam tandas tertidur sebab postcall... Tapi tak tidur lama la... hehe

Petang semalam, dengan air yang sudah banyak keluar dari badan, badan terasa amat letih. Nasib jalanraya tak sibuk dengan jam. Alhamdulillah, sampai di rumah, terus melelapkan mata... Suami telefon pun tak dengar. Runsing dia kerana dia berkursus sekarang di Pantai Cahaya Bulan. Tiada kereta untuk pulang ke rumah. Pada asalnya, dia menyuruh untuk mengambil dia. Tapi dalam keadaan tak sampai 15-20 minit hendak ke tandas, bagaimana mahu pergi?

Akhirnya, suami sampai juga di rumah. Sahabat baiknya hantar ke rumah. Kami terus ke Emergency Department Hospital. Doktor menyuruh masuk drip, 1 botol. Memang masa tu, rasa badan dah tak bermaya... Suami mencucuk masukkan jarum. Sakit!! Tapi buat diam aje... Teringat kat budak2 yang selalu saya cucuk di ward Pediatrik. Mesti mereka lagi tak tahan sakit kena cucuk banyak kali... :( Selepas 1/2 jam, 1 botol air sudah masuk dalam badan. Alhamdulillah, rasa lebih segar. Balik rumah, terus terasa lapar. Makan biskut, kemudian ke tandas semula... :D

Tapi, hari ini, diarrhea sudah berkurang. Makan nasi air dengan ikan bakar + roti. Maklumla, orang kuat makan. Tiba2, nikmat makannya ditarik, Subhanallah! susah nak kata... hehe.

Apapun, buat suami yang tersayang, TERIMA KASIH kerana terlalu mengambil berat akan diri ini... Mahu tergelak, suami rasakan perasaan runsing terhadap bininya sakit suatu yang abnormal.. ditanya pada kawannya... "Kalau binimu sakit, mu runsing tak? Kawan dia jawab, "Mestilah, bini sakit! Bini!" hehe.

:) Terima kasih suamiku...

BLOG NENEK MODEN
Semalam dalam sakit perut, sempat chat dengan Mak. Mak di Canada buat masa ni sehinggalah akhir bulan ni, insyaAllah. Akan mula berpuasa di Canada la pulak. Tahun lepas, kami mula berpuasa di Madinah... Terasa baru saje ke Madinah, Mekah... :) Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi... :)

Mak nak blog untuk hantar gambar buat tatapan kaum keluarganya dia rumah... :) Jadi, sementara cuti ni, belajar2 semula macam mana nak buat blog, walaupun dah banyak lupa...

:)

4 BULAN + 2 BULAN
Alhamdulillah, nak masuk 4 bulan berkahwin. Setakat ni, masih lagi duduk di rumah mertua. Tetapi sudah dapat kuarters Hospital. Besar ruang rumahnya. Fully furnished! :) Dah pindah barang sikit2, tetapi belum kemas sepenuhnya kerana suami sibuk berkursus.InsyaAllah selepas ni akan duduk di sana...

2 bulan di Pediatrik, Alhamdulillah, selama 2 bulan ditempatkan di wad neonate/newborn. Seronok bekerja di situ, tapi ada kalanya tension. Tapi banyak yang dah belajar. Satu pengalaman oncall yang paling tak boleh dilupakan...

Oncall neonate dengan junior MO yang baru di neonate. Semasa tengah buat kerja di ward, tiba2, junior MO dapat call untuk pergi tengok baby di Dewan Bedah. Sementara itu, Senior MO datang. Dapat call, baby flat di Labor Room. Dia menyuruh el ke sana. Berlari ke Labor Room. Bila tengok baby memang teruk. Tak bernafas dengan elok... Akhirnya, saya suruh staffnurse telefon Senior MO. Sementara itu, el bagingg patient.. Bila Senior MO sampai, dia suruh el intubate baby. Masa tu kali kedua dapat intubate baby. Alhamdulillah... Tak lama kemudian, kaki baby mengayuh basikal. Staffnurse kata, aktif budak. Sebenarnya baby tersebut telah fit/sawan.

Kemudian, kami bawa baby ke ward Neonate ICU (NICU). Di sana, diberi ubat... Dan kemudian, el terpaksa memasukkan line darah ke dalam tali pusatnya. Alhamdulillah, dapat juga buat Umbilical Artery Catheterization/Umbilical Vein Catheterization.

Hampir selesai dengan UAC/UVC, dapat call dari ward Special Care for Neonate (SCN), baby premature tak comel. Setelah selesai kerja di NICU, el ke sana pula. Mula2 ok bagi oxygen, tapi tak comel jugak. Jadi, junior MO + senior MO handle. Mereka intubate baby dan di bawa ke NICU.

El pula sibuk nak buat Exchange Transfusion untuk Severe Neonatal Jaundice baby. Baby kuning, hari ke4 selepas lahir, kuningnya tinggi 510. Specialist suruh buat ET. Darah bayi ditukar dengan darah orang lain. Jadi terpaksa buat UVC juga. Alhamdulillah, dapat buat kemudian, terus proceed dengan ET. Satu malam tak dapat tidur... Selesai ET pukul 5pagi...

Sementara di NICU, baby premature yang di intubate, memang tak comel walaupun disambung kepada mesin. Akhirnya, tiada degupan jantung. Tiada pernafasan. Selama 45 minit cuba buat CPR... Bila sudah berhenti CPR, sudah di katakan mati dan hendak mengambil darah jantungnya untuk hantar ke lab... Baby tersebut bernafas semula.. Jadi disambung semula mesin pernafasan dan memang ajaib, baby tersebut masih lagi hidup sampai hari ini dan aktif! :) "Miracles do happen" kata HOD kami...

Satu malam dapat buat macam2. Seronok walaupun penat. Tapi belajar banyak benda. Alhamdulillah.. :)




Setakat ini dulu... Katil dah panggil. Tandas tak panggil lagi. hehe
Ok la...

"Sudah banyak kali aku katakan padanya, jangan terlalu risau akan diriku, tapi dia masih runsing akan diriku. Aku terharu. Aku sedih. Aku berterima kasih padanya. Aku berterima kasih pada Tuhan kerana mengurniakan dirinya padaku... Syukur Ya Allah kerana dia adalah suamiku..."