Monday, April 14, 2008

INSAAN

Assalmualaikum...

Dah lama rasanya tak berceloteh dalam blog buruk lama ni... Hmm, bila la agaknya ada masa nak menukar blogskin ni ek? hehe. Tulis dalamnya pun tak seberapa kerap, sibuk nak menukar skin nya... hehe

Apa2pun, Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup di atas muka bumiNya... dan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW junjungan kita...

Rasanya masih tak terlewat nak mengucapkan Salam Maulidur Rasul...??? :

Anyways, sejak akhir-akhir ni, seringkali bertemu dengan pesakit yang bermasalah sosial. Sedih juga rasanya kerana terpaksa berdepan dengan mereka ini. Rasanya mahu dimarah saja mereka ini. Meminum Clorox, Ubat-ubatan hanya kerana STRESS WITH LIFE...

Kalau minum sebotol terus, lain juga ceritanya kerana, kebarangkalian untuk mati, tinggi....

Tapi, setakat 2-3 teguk, terpaksalah mereka berpuasa kerana kesan dari ubat dan racun tersebut yang boleh menghakis perut... Jadinya, meraka terdampar di dalam wad untuk pemerhatian dan rawatan di hospital...

......


Tetapi, di dalam kekusutan kepala melihat mereka ini, aku bersyukur kerana dapat bertemu dengan seorang makcik, pesakitku yang lama... Dulunya dia sakit, tidak mahu makan dan bila diberi ubat, katanya mahu diracuni... Pada mulanya aku hanya memberi dia drip/masuk air, tapi tiba-tiba aku kesan, dia menghadapi sakit jantung... Oleh kerana keadaanya yang teruk, aku terpaksa hantar dia ke Hospital Besar KB. 3 hari selepas aku hantar dia ke sana, mereka menghantarnya kembali ke dalam wad aku. Keadaan makcik memang uzur. Aku tak ingat apa masalah dia tika itu. Selepas aku bincang dengan pakar, beliau suruh hantar makcik tersebut semula ke Hospital KB... Selepas itu, makcik itu sudah tidak pulang ke hospital ku...

Tiba-tiba, kelmarin, aku dapat bertemu mata dengan dia. SubhanalLah, dia sedang menunaikan Solat Asar. Bila lihati mukanya, mukanya bersih, putih, berseri dan tersenyum manis... Aku terkejut melihat keadaannya yang sekarang... Dalam hati, aku bersyukur kerana keadaannya sudah pulih setelah aku dan staffnurseku pening menjaga dan merawat dia suatu ketika dulu... Alhamdulillah... Dia masuk untuk Bone Scan di Hospital KB kerana osteoporosis. Semuga makcik akan sihat selalu...

......

Buat adik-adikku yang bermasalah sosial... aku memohon semuga kalian akan dipulihkan dan diberi hidayah oleh Allah... Amin...

Assalamualaikum...

Thursday, April 03, 2008

HUZAIFAH'S NEW LOOK

Assalamualaikum,
Dah lama tak mengupdate... Nak "mengepek" dalam ni sebenarnya. Tapi malas la sebabnya nak "ngepek" banyak2 pun, buat sakit hati je... :(
Tau ke ngepek tu apa??? hehe. Cari dalam kamus dewan ah... Wokes.
Ni beberapa gambar mamat hensem Wan Muhammad Huzaifah 8-9 bulan
When Huzaifah still had his handsome hair....




"Huzaifah muka kartun" Pakcik sedara dia komen.. hehe




Not sure if you can see Huzaifah's little tooth on his lower gum... hehe....
He can already sit on his own...
He also has a new hair style... Like father, like son... ;)