Sunday, December 18, 2005

COUNTING THE DAYS

Nenek di salah sebuah kedai cadar di Jeddah

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... hari ini diberi kesempatan untuk memblog sikit. :) Sikit je.. Post call.. Semalam oncall, not so bad Alhamdulillah. Boleh nak tido 4 jam. :)

I lost a patient last Thursday... Post op day 3 Total gastrectomy for cancer of stomach, with pleural effusion and ascites. Cancer yang dah merebak ke lungs and peritoneum. That day, she was complaining of pain. So, we changed o give her a powerful painkiller where she can press the button for the painkiller to run... But then, her BP keep on increasing... Malam tu, she was OK. sakit je picit button. At night, oxygen saturation dia drop sikit tapi still ok.. Changed her oxygen to high flow oxygen. Then ok. The following day, morning, wanted to take her blood.. Just said to her "Nak amik darah ye Auntie..." After I took her blood, she was not responding to me. She was still breathing though... Then, I saw her pupils were dilated and fixed... On examination, she fitted on the right side and the right half of the body was paralyse... Maybe it could be metastasis to the brain... :( Finally, when we were doing rounds, her oxygen drop, her BP drop and finally, she was breathless... When they wanted to take the patient away... Imagined Mak when she saw Nenek was lying alone and not breathing.... :( :( :(

Nenek passed away on Friday, 2 December 2005, 30 Syawal 1426H. Got a sms from Mak, "Something wrong with Nenek. Try call rumah, tak dapat." I was busy clerking a case... Then, came another sms from Abangalong, "Nenek dah meninggal." Ya Allah! It was really shocking and I really can't stand my eyes from tearing... in front of my patient.. :( It was hard to accept at first, but Alhamdulillah, we managed to go through the saddest moments... Kesiyan kat Mak... She had to handle things on her own. Ayah was not around, in Australia. Came back that same day, but arrived in KL the following day... Syukur, ramai yang datang menolong... And so glad that the small family that Nenek has, all of us contributed... mandikan, kapankan, usungkan, and masukkan ke dalam kubur... Cucu lelaki 6 and 3 cucu perempuan. 2 anak, Mak and arwah Puksu Yan. Syukur Muksu Ni was around... Helped to calm Mak... Alhamdulillah...

Semuga Nenek ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan bertaqwa. Muga kubur Nenek dilapangkan dan sentiasa di terangi dengan cahaya Al Quran. Semuga Nenek masuk syurga...

Terima kasih Nenek sebab menjaga Huda masa Huda umur 4 bulan sampai 1 tahun. Tak sempat nak jaga Nenek, tapi Alhamdulillah, dapat bawa Nenek pergi umrah... kepit tangan Nenek masa tawaf dan sa'i. Umrah kita bersama takkan dilupakan selamanya... Terima kasih atas segala doa Nenek... Alhamdulillah, antaranya telah dimakbulkan. Dan akan dimakbulkan insyaAllah... Sedih kerana Nenek takkan ada bersama, tapi Huda takkan lupakan Nenek.. segala harapan dan nasihat Nenek. Terima kasih kerana telah meredhai dan merestuinya terlebih dahulu.... Semuga Huda akan mendapat barakahnya... Terima kasih atas segalanya....

I miss Nenek....
:(

Al Fatihah

Tuesday, December 06, 2005

DARI HIRA' MAILING LIST

Tanggal 13 November 2005, abah telah dijemput Allah. Maka terputuslah segala amal abah di dunia ini. Hanya amal yang telah abah kumpul itulah menjadi bekalan. Moga segala amal itu diterima dan dirahmati Allah ta'ala.Kami anak-anakmu akan sentiasa mendoakanmu........

Masih jelas terbayang di ingatan, sewaktu abah memberi pengajaran kepada kami adik beradik setiap malam jumaat dulu2 kala, kita sekeluarga berkumpul anak-beranak, masa tu umurku dalam 7 atau 8 tahun, abah mengajarkan kepada kami ilmu2 fiqah (yang mula2 sekali abah terangkan adalah bab taharah, solat sehinggalah kepada mandi wajib....) Along dan angah pula masa tu entah concentrate entah tidak....ye lah asyik cuit sana cuit sini, kejap2 tengok jam bila nak habis.......bila abah tanya faham ke tidak semua pasti mengangguk .....tanda faham.

Abah, engkau memang sangat menitik beratkan soal agama kepada kami anak-anakmu...solat biarlah berjemaah, aurat mesti dijaga.......aku masih teringat kalau dulu2 malas pakai stokin, pasti abah tegur....jazakallah abah, kerana sentiasa memelihara anak perempuanmu yang seorang ini.....walaupun sorang perempuan, tp banyak sangat karenah ye bah.....jazakallah abah.........Masa balik raya ni memang aku amat terasa bila abah dah kurang menjadi imam (kerana tidak larat).. Adik2 pula silih berganti menjadi imam solat 5 waktu......Masa tu mula terbayang di saat2 hampir kewafatan Rasulullah s.a.w, Abu Bakar r.a mula mengambil tempat mengimami solat..Memang janggal rasanya bila dulu abah selalu menjadi imam. tp kemudian tidak lagi

Masih jelas kedengaran di telingaku, tika malam raya kita anak-beranak bertakbir bersama,,abah bertakbir dengan sebak dan titisan air mata. Aku sudah merasakan sesuatu....tp ku pendam saja dalam hati....doaku moga umur abah dipanjangkan lagi oleh Allah......biar dapat jumpa angah yang jauh di yaman (insyaAllah tahun depan angah akan balik......)...namun ku pasrah ketentuan Ilahi...apatah lagi kita semua pun akan mengikut jejak yang sama.......

'irdina nabihah, satu-satunya cucu abah yang sempat abah tatapi....Moga along mendidiknya sebagaimana abah mendidik kami........

Abah, akan ku pastikan anak2 abah semua terjaga, tidak sekali melakukan perkara maksiat...setakat ini, apa yang ada dalam pengetahuanku....akan ku tegur , akan ku nasihati...selebihnya ku mohon pemeliharaan Allah ke atas adik2 ku, abang2ku dan diriku sendiri............moga roh abah tenang bersemadi.....al fatihah.....

***********************************************************************************************
Buat semua sahabat-sahabat yang datang menziarah dan sms semasa pemergian arwah, thanks a lot......memang penat sikit masa tu....tp bila sahabat-sahabat datang n bg sms, memang terubat la.....akhawati.....aufa,asma' z n muallimah jasmin, nuha,suhaila, nabihah, kak jihan, ida, kak ta, fatimah khayat dan ikhwah...(kalau ada nama yg tak tersebut mohon maaf....takut terlupa.....)...sahabat2 yg dulu sama di jaipetra..ramai yg telefon..... terima kasih banyak..jazakumullahu khairan kathira....tak lupa juga akhawat mesir....asytaqqu ilaikunna jiddan ya akhawatie fi misr........Hidup biar mulia mati biar syaheed!!!

p/s:buat angah yang berada di yemen, if terbaca email ni,,,,org nak pesan jgn lupa balik tahun depan yer.....if nak sambung MA, di malaysia sj....tak payah la ke syria...ok!

al faqeerah ila robbiha......."Munirah bt Md Hakim"


Atok...

Patutlah belakangan ini seringkali rasa tak sedap hati..
rupanya kau akan pergi meninggalkan kami..

Patutlah belakangan ini tiada senyuman terukir di wajahmu..
rupanya kau menahan sakit badanmu..

Patutlah belakangan ini kau banyak mendiamkan diri..
rupanya kau mahu mendengar suara cucumu..

Patutlah belakangan ini kau seringkali merenung rumahmu,
rupanya kau tahu kau akan meninggalkannya..

Patutlah belakangan ini..kau banyak menjaga keretamu
rupanya kau tahu itu adalah kali terakhir..

Atuk..

Pemergianmu tidak kami duga..
Kami tangisi dengan air mata..
Kami kesali kerana tidak sempat menjagamu..
Terkilan kerana tidak sempat bercakap denganmu..
Tidak sempat memohon maaf darimu buat kali terakhir..

Anak cucumu amat merinduimu kini..
Tiada lagi senyumanmu untuk kami tatapi..
Tiada lagi nasihatmu untuk kami dengari..
Tiada lagi teguranmu untuk kami hayati...

Maafkanlah kesalahan kami atuk..
Jika tanpa sedar kami melukai hatimu..
Jika tanpa sedar kami kecewakanmu..
Jika tanpa sedar kami tidak mendengar nasihatmu...
Semoga kau tenang di
sana..
Aidilfitri lalu kenangan abadi dan terakhir kita bersama..
Kami sentiasa mendoakan kesejahteraanmu..
Walau kini kau tiada lagi..

Atuk..baru kini kusedar...kami amat menyayangimu...

AL FATIHAH...
ALLAHYARHAM HJ BAHARUDDIN BIN SAGAR
-
5 June 1927--- 19 November 2005

Dari kami cucumu..
Hafiz,Jaja,Kim,Yaya,Ajim,Farah,Mira,Nurul,Arif,Afiq,Aiman,Akmal,Ijat,Husna,Tikah,Duya,
Maisarah,Aliya,Naya,Iwan,Abg Mus,Masrul,Che An,Nabilah,Nurin,Kak Ngah, Aisyah,Haykal

Thursday, December 01, 2005

LAMANYA TAK UPDATE

Assalamualaikum...
Salam Jumu'ah Sa'eedah! :)

Lama jugak tak menulis dalam blog... Busy la dikatakan. :) Awal bulan lepas duk sibuk dengan EOD. La ni dah free sikit. Tapi end of this month start EOD balik. EOD means, keje alternate days... Memang penat... tapi alhamdulillah, hari ni dapat gaji... Mak happy je dengar my earnings! :) My 1st gaji woooo... ;) My 1st oncall pun I will never forget. Pi langgaq kete owang tak pasai2.. isk isk. KELISA dah tak lawa dah... Last week I realised, wiper belakang kete dah hilang... Apa nak jadi dengan kete aku???:(

Anyways, so far ok lah jugak surgery.. Memang la ada mehnahnya kat HKL la dikatakan. Tapi, kena banyak sabar la... :) I just hope I can learn fast.. reallly! That's my doa. :)

Oklah.. tak tau nak story mory apa.. tapi, tadi saja belek2 blog mizzketeers, coz hari tu maya ada sms quote what I told in the mizzketeers. :) Masa tu deny I said that... tapi tadi bila bukak... hehe... betul pulak apa yang dia cakp. *malu malu*

Take care people. Doakan kita n semua.. :) Miss blogging! ;) Esok oncall....

Bak kata2 novel NATASYA - Abu Hassan Morad:
"Jodoh tu memang ketentuan Ilahi tetapi usaha ikhtiar kita juga perlu. Buah yg dah masak, kalau tidak dikait, dijolok belum tentu masuk mulut kita."