Sunday, September 30, 2007

CUTI NUZUL QUR'AN

Assalamualaikum...


Apa khabar semua? Dah lama blog ni tak berupdate.. hehe. Sori la kat makcik2 pakcik2 yang nak tahu perkembangan Huzaifah sekarang ni... :)

HUZAIFAH

Alhamdulillah, Huzaifah dah 3 bulan 2 minggu.

Besar panjang dah si kenit teme'ot ni (nickname Nenek panggil).

Pandai nangis, kuat minum susu and hisap ibu jari kanan dan kiri.

Kalau di agah, suka senyum. Tak kena cara diagah, kena marah lah kita.

Tak suka meniarap. Tapi dah boleh meniarap sikit2. Kena tolong tolak buntut dia.

Paras rupa banyak ikut Ayahnya... :)

DR NEHAR

Cerita Ummi plak, hari tu banyak idea nak citer, tapi la ni, tak nak kuar la plak. :) Alhamdulillah, bulan puasa ni dapat puasa... Cuma awal2 puasa hari tu demam. So, ponteng satu hari sebab makan ubat. Badan tak larat sangat. Ingatkan Denggi, tapi cek darah 356 000 platelet! Hemoglobin pun 14!! hehe. Ntah bila nak derma darah ni... :) Still menyusu Huzaifah sekarang ni.. Dah nampak dah kesannya... Berat Ummi dah turun! Jadi kurus boleh nak pakai baju2 kurung yang ada. Hari tu siap tempah baju sebab berat badan naik, baju nak pakai pergi kerja pun tak muat dah! hehe...

Syukur sebab suami yang menggalakkan susu badan. Dia sanggup berkorban tenaga supaya Ummi susu badan. Banyak kebaikannya, InsyaAllah... Semuga Allah memberi nikmat kesihatan pada suami yang banyak berkorban dan memberi galakan... Ameen.

Sebut pasal kerja pulak, awal2 Ramadhan hari tu tak ramai pesakit2 dalam wad, tapi bila dah tengah2 Ramadhan ni, ramai jugak. Kebanyakannya masuk wad sebab sakit gastrik dan kencing manis... Yelah, bazaar Ramadhan jual kuih2 manis... :) Ada juga pesakit, makcik2 tua yang memang suka masuk wad.. :) Jadi layanan mesra diberi sebagai ubat penawar jiwa... WALLAHUA'LAM

InsyaAllah, minggu depan kami 3 sekeluarga akan ke rumah Nenek/Tok Ayah di Cheras. Huzaifah 1st time nak naik AirAsia ni.. Hopefully takde apa2 masalah... Raya kami di Kelantan kali ini sebab suami terpaksa Oncall Hari Raya Kedua. 1st day Raya beraya sekejap di Pasir Pekan kemudian, kena standby di Hospital sebab passive oncall. Jadi, bak kata adikku, Moksu Ajin... "Tahun ni kita balik raya kat kampung mana? Machang ke Manchester?" hehe. Nenek/Tok Ayah yang kena balik kampung kami bukan kami yang balik kampung... :)

Apa2pun, hopefully oncall Raya ni tak sibuk mana... Ameen.


BERITA SEMASA

Nurin Jazlin: Al Fatihah...
Manusia terlalu kejam bertopengkan syaitan...

Peristiwa Batu Buruk: Fasobrun jameel...
Sakit hati tengok TV!!!

4 budak 5 tahun lemas: Al-Fatihah..
Pusat Kesihatan disalahkan???

Joget lambak ..........: Astaghfirullahal 'azim.
Syaitan dah dikurung di bulan puasa ini!!!

Macam2 dapat tengok kat TV sekarang ni... disebabkan terpaksa layan Huzaifah waktu lepas berbuka puasa, pasangla TV tengok berita... Hmmm....

Oklah... Lastly... Ni lah gambar senyum manis Huzaifah... hehe. Susah betul nak senyum depan kamera... :p