Friday, September 30, 2005

AKHIRNYA... HASRAT BERTEMU DENGANNYA DI RUMAH NYA AKAN TERCAPAI...

Assalamualaikum...

:) Yup... Still here. Tak jadi pi umrah Rabu lepas... Tapi ada hikmah terbesar di sebalik kejadian tak dapat pergi pada hari tersebut. Alhamdulillah... things happen for gud reasons! :) Allah knows best!

Tapi, insyaAllah kami akan ke sana Ahad ni... Flight cancel Rabu lepas sebab Saudi Airline. Ahad ni insyaAllah naik MAS pagi! :) Alhamdulillah... 3 hari lepas tu, makcik pakcik geng sebelah Ayah pulak ke sana. Ada rezeki, dapatlah jumpa depa kat sana... :)

Seminggu yang lepas banyak hal yang berlaku.... tapi tak sempat la nak stori mori mlm ni... kena jahit karung untuk kasut. hehe. Kelakar gak la pack barang dengan Mak... tapi best! :)

Oklah... Sekadar itu sahaja dulu. InsyaAllah more stories after I come back...
Minta maaf banyak2 pada sesiapa yang tersampai ke blog ni. Especially those kawan2 rapat yang tau pasal blog ni.... Maaf banyak2... zahir n batin. Tak sempat nak call setiap sorang sebab duk sibuk menjahit n pack barang! Maaf ye!!! Doakan kita selamat berangkat ke Madinah, Mekah n diberi kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah di sana di bulan RAMADHANNNN!!! :)

Alhamdulillah..
Hugs to sisters... Doa for all insyaAllah... Muahs!

Friday, September 23, 2005

JUMU'AH SA'EEDAH

Assalamualaikum,

Alhamdulillah... Syukur Ya Allah... Alhamdulillah... :)

Alhamdulillah 1
Pagi tadi sms kat doktor kat KK Putrajaya. Tanyakan result blood tests. Buat last Thursday, sekali dengan medical checkup untuk masuk kerja. (awal2 lagi dah buat!!! hehe.) Syukur sangat bila dapat sms dari doktor sana saying that, "Alhamdulillah, semuanya normal." SubhanaLlah!!! Alhamdulillah!!! Allahuakbar!!! Sujud syukur.... mengalir air mata kesyukuran... :)

Lebih kurang setahun lepas, posting di medical ward selama 1 bulan. Terpaksa menyiapkan log book, tulis medical cases in the book. I was looking for a respiratory case. Kebetulan, ada sorang kakak tu, had severe breathlessness and cough. I took history from her... She was married to a drug addict. She didn't know until her husband was admitted to the hospital. He had HIV+ve with Tuberculosis. Poor thing, she got infected from her husband. Her husband passed away 1 year ago. :( After taking history, I examined her without using gloves... She had HIV+ve and oppurtunistic infections, Pneumoconiosis Pneumonia and Oral Candidiasis. For 2-3 days, I went to do follow ups and she was getting worse. However, later I was changed to another posting... So, I didn't know what happened to her... Since then, I was worried.... but, syukur Alhamdulillah, I'm fine. :) InsyaAllah, after this, going to start work soon, will be extra careful.. :)

Alhamdulillah, bersyukur sangat dengan nikmat kesihatan yang diberikanNya... :)

Alhamdulillah 2
Petang semalam Mak fon bgtau ada tiket AIRASIA murah ke KB. 80% off=RM120. Mak tanya nak ikut ke tak... I already planned to go Kursus Kawin this weekend. So, I sms to her to ask Ayah. Then, she called again, and said Ayah ckp, "Ikutlah." So, I agreed to her. So... flying to KB tomorrow insyaAllah. 20 minutes difference from Mak's flight. Actually, Mak, Ayah n Ajin are going there this weekend coz we'll be celebrating Raya in KL not in Besut rumah Tok Ayah... coz Apis will be having his SPM on the 5th Raya.

:) It was all His plans... not mine...

Alhamdulillah 3
InsyaAllah, Mak, Atok, Nenek n I will be going Umrah next Wednesday on the 28th September 2005. :) Perasaan bercampur. Takut ada. Seronok ada. Tak sabar pun ada. :) Dah lama menanti saat untuk melaksanakan umrah... and Alhamdulillah, ada rezeki dapat ke sana. Mula2, takde connecting flight if we used ENRICH points. So, Mak used agency... :) Alhamdulillah....

InsyaAllah, akan ku sujud syukur di depan rumahMu... atas segala nikmat kesihatan, kejayaan, kasih sayang dan segalanya yang telah Kau berikan kepadaku selama ini.... atas segala ujian yang telah Kau timpakan ke atasku kerana terlalu banyak pengajaran yang telah ku belajar dari ujian2Mu..... InsyaAllah.... :)

p/s: Jumu'ah Sa'eedah wa barakah... 19 Sya'aban 1426

Wednesday, September 21, 2005

PENING

Hari ini, kepala semakin pening....
Alhamdulillah, terjumpa sesuatu...
Dari missapple.blogspot

--->DOA NABI TIKA DI TAIF

Ya ALlah,
kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku,
kurangnya kesanggupanku,
dan ketidakberdayaan diriku berhadapan dengan manusia.

Wahai Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Engkaulah pelindung bagi si lemah,
dan Engkau jualah pelindungku.
Kepada siapakah diriku hendak Engkau serahkan?

Jika Engkau tidak murka kepadaku,
maka semua itu tak kuhiraukan,
kerana sungguh besar nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku.

Aku berlindung pada sinar cahaya Wajah-Mu,
yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebajikan di dunia dan di akhirat,
dari murka-Mu yang hendak Engkau turunkan kepadaku.

Hanya Engkaulah yang berhak menegur dan mempersalahkan diriku sehingga Engkau berkenan.
Sungguh tiada daya dan kekuatan apa pun selain dari keizinan-Mu.

*Ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu.... Ku berserah segalanya kepadaMu...*

EMAILS...

Lots of thanks, lots of thanks for remembering and paasing on complements.
God bless you on your splendid success in your academic life as well as on your personal and social life.

Congratulations on your graduation. You were rewarded for your hard work. Thanks for the beautiful piece of artwork. All the best for your future undertakings and keep your good work going.

Thank you for the gift sent by you. Your thoughtfulness and remembering the teachers meant a lot to me. You have always been a good student and worked hard for your success so there is no need to be sorry for anything.Wish you all the best in your future endeavours.May God bless you.

Emails from my lecturers... They are making me wanting to become a teacher/lecturer lah... how lah? hehe

Sunday, September 18, 2005

THE WEEKENDS...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, last Jumaat, went to Shah Alam n met Didie and her new baby, Bastrisyia. hehe. The name really reminds me of Kak Wan! Orang dah amik nama tu laaa... Hang kena cari nama lain lah pulak. hehe. Sekejap je pi. Syarat jumpa. Sian kat Maya... teringin nak pi. Sori lah tak kabo nak pi jenguk Didie.. Tak tau hang nak pi sama. :) Yelah, orang cuti dengan orang keje, timing lain2 la... hehe. k k.. insyaAllah, next time ingat call hang dulu k? :)

Then, went to Masjid Negeri. Daftar untuk Kursus Kawin. :) Sekali dengan Faie... Alhamdulillah, la ni dah recruit 4 orang... So, sape2 nak join kursus kawin weekend ni, jom lah kita beramai2??? hehe

Pastu... Faie blanja kita makan kat KFC PKNS!!! Syoknyeeeeeeeee... Terima kasih la cik faie!

Waited for Auntie Non kat PKNS. Then, both of us went to Jeram and met Apis. In the middle of his SPM Trial... So, bergambar la dengan adik sorang ni dengan baju konvo kita... :D Esan gelakkan sebab angkut baju konvo semata2 ke Jeram. Sabo jelah! Tunggu la time dia nanti...

Alhamdulillah, reached home safely... Auntie Non stayed overnight at the house..

Sabtu, went to a wedding at Taman Duta. Siap ada shuttle van from the parked car to the house. hehe. The theme color is white. Very sweet lah! And the house is so beautifulll!!! Masuk2 je rumah, bau the fresh flowersss... Very nice ah! Mak said something there that she thought I didn't hear it... hehe. *syyyy, cannot tell lorr!*

After that, went to Aminah n Iznan's walimah kat Masjid Wilayah. Kejap je makan and took a picture of both of them coz kita pergi dengan Mak n Ayah. Iznan cakap gambar ni copyright. hehe. Semuga Allah memberkati antuma dunia akhirat. Ameen. :)



Everything happens for a reason...
If Allah brings it to you, Allah will make you go through.... (sms Rin)

Sahabat2 pengantin.. ;)

Petang Sabtu, lepas balik rumah, pergi melawat Kubur di Kg Batu. Bila lawat kubur, arwah pakcik dah sebak. Setiap kali ke kubur arwah pakcik mesti sebak... Maybe sebab rapat kut... :( Semuga semua ahli keluarga digolongkan di dalam golongan orang2 beriman. Ameen.

Malam, pergi ke rumah arwah Nyang di Kg Batu. Ada kenduri doa selamat sebelum Ramadhan. Semua sedara mara berkumpul. After makan, tolong kemas2, sampai 11:30pm. :) Sampai rumah 12 lebih. Penat gak! ;)

Ahad pagi, went to Kuliyyah of Architecture n Exterior Design (KAED) UIA with Esan. Tempat dia study. Wedding Aishah, kawan time matriks dulu. Dah lama tak jumpa... La ni kerja kat Sarawak coz husband dia pun keje kat sana. :) Semuga Allah memberkati antuma... Ameen.




After that, went to the Curve and outing with Auntie Non n my brothers kat Cozen Italiano Cafe... Thanks Cik Non! :)


That's all for now... Excited lak kali ni guna fotos attachment in the blogger... :)

"Allah bagi ujian, nak uji apa tindakan kita seterusnya...."

Friday, September 16, 2005

CERITA-CERITA

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ni Ayah tinggalkan lap top kat rumah. Boleh la nak stori mori... InsyaAllah.

CUTI RUMAH NENEK ATOK
Alhamdulillah, sebelum ke Melaka untuk konvo, singgah rumah Nenek Atok kat PD. Habiskan menjahit manik2 atas baju yang nak dipakai pada hari konvo nanti. Saja menghabiskan masa dengan menjahit. Dah lama tak jahit2 ni. Ingat time cuti nak belajar jahit, tak start2 pun lagi. Cuti pun dah nak habis. hehe

Yang best, the next day, Rabu, ada ceramah Isra' Mikraj di Surau Air Meleleh. Surau Nenek2. :D Syukur sebab dapat jugak dengar pengisian setelah sekian lama kat rumah menerap. Ustaz citer macam2. Lepas ceramah, solat Asar. Kemudian makan2. Nenek2 buat lawak time makan. Kita sorang je budak, nak tergelak pun ada tengok gelagat diorang. :)

Khamis, Alhamdulillah, siap juga menjahit segala manik. Petang berangkat ke Melaka.

RINDU RUMAH SEWA
Sampai Melaka dalam pukul 5:30pm. Pi JUSCO sebab dah lama tak bershopping. Lama gak la kat JUSCO sampai pukul 6:30. hehe. Bila sampai kat rumah sewa lama, tengok banyak kereta kat depan rumah. Tau lah ada usrah petang tu, tapi selalunya start lepas Maghrib. Rupa2nya by Maghrib dah habis dah usrah. Ruginya... Tu lah, syaitan Murrah kat JUSCO bergayut sat ni. hehe. Tapi takdelah beli yang bukan2 time shopping tu. :) Apa2pun, ada discussion on Comparative Religion. Siap panggil pakar dari MMU. Sempat la dengar sekejap. Then, Maghrib, buka puasa sama2.

Lepas Maghrib, ramai yang balik ke tempat masing2. Yang tinggal adik2 junior yang duduk kat hostel. So, stori2 la dengan diorang pasal "The Chosen Couple by Allah." They were excited to hear the story. After that, budak comel Lin start citer pasal kenalan dia yang dah prepare nak kawin semua, siap dah hantar kad, last2 tak jadi kawin. Memang la sedih dengar citer2 macam tu. Just praying that things like that won't happen to us and our close friends. Ameen.

Lepas semua balik, tinggal ex housemate. Sambung stori2 lagi. Jannah nak exam final the following week. Wani just finished exams. :) It was great to share stories with them. :)

Finally, time to sleep. Big day tomorrow...

REHEARSAL CONVO IN THE HOT SUN
Jumaat pagi, went to College and register, took the robes n the hat n the watever you call it around the neck. Then, went to Mahkota Parade and bought a pair of shoes. Nasib baik murah. :D After that, went back to the house and wrapped the gifts for the lecturers. Maya n Kak Wan called and asked to pick them up at the Gazebo College. After Solat Zuhur, we ready to the college for rehearsal...

We started quite late. Kesiyan tengok lecturers pening kepala nak handle 160 orang graduans. hehe. Yelah, semua orang excited jumpa each other. At the same time, kena susun barisan. But finally we managed to go inside the hall at 4 something. Since the line berterabut we had to do it one more time. Finally finished at 5pm. Then, Maya said "Lapar... Nak makan." hehe. So, went to the MMA meeting and makan kuih2. Ex Pres gave a very good speech. "Thanks to Manipal. We are inspired by you." *clap clap*

UMBAI - 3 MIZZKETEERS
Actually wantd to go to Umbai with Kak Wan's parents. Tapi akhirnya, only 3 of us went there. Kak Wan belanja.... Nak kata story much, takde la sangat. ;) Tapi, kita jelah yang duk pokpek. Yelah, kalau bagi chance kat Maya n Kak Wan cakap, mesti tak habis2 dengan patients diorang. hehe. Lawak jelah! ;)

Buktinya?? Time nak bayar cashier, Kak Wan nak cakap nombor meja makan kat cashier tu.... Dia sebut, "Katil 16". hehe. "Awat dek, ngantuk sangat ka?"hehe. Kak Wan ckp dia dah terbiasa sebut Katil 15, Katil 16 kat wad. Last2, time nak bayaq makan pun tersebut Katil instead of Meja. hehe

Anyways, dah lama tak makan 3 orang macam tu. It was great! Thanks Kak Wan! :)

CONVOCATION
Me, Ajin, Mak Ayah had breakfast kat mamak stall. Sedap capati dia. Borak2 dengan Mak pasal kawin tak jadi. Semangat duk citer pasal tu sebab rasanya banyak iktibar kita boleh dapat dari situ... :) Mak pun melayan je. Ayah la yang sedap makan capati, nasi lemak. hehe. Pukul 11am, bertolak ke kolej. Since we were the first few to arrive, we took studio pictures awal2. Then, met Pakbear n Dr Najah at the kolej. :) Thanks Pakbear n Makbear 4 the kitties on their wedding dress. ;) Reminds me of both of you always! :)

By 12:30, we gathered in the partitioned library. Then, susun barisan. I was busy taking pictures bcoz that day when I wanted to take pics, they said wait until convocation. So, puas la cari sorang2... :) Since all of us lost our close friends after the 1st attempt in the final exams, during the 6 months we become close friends. Until now, I still get sms from my close friends saying that we learned a lot during the long journey. :) I can't agree more. :) We feel the same way I guess... ;) *Feeling2 lah pulak!* hehe

Anyways, we bathed in our robes for nearly 2 hours. Finally, we marched into the hall... *smile smile smile* ;) Duduk dalam aircond sejuk lah sikit... Lepas dengar speech semua orang, tibalah masa nak naik stage. Oklah, nasib baik tak trip sebab I was so scared I would trip. 1st time pakai kasut tinggi. :D Ada mamat dari UTUSAN amik gambar. Dia cakap kalau nak gambar, minta kat ofis... Tak mintak pun lagi. Tengok dalam paper, tak tulis apa2pun pasal Convo kitorang. :p

When finally over, went outside the hall. Nenek n Mak gave me flowers heavy with water. They asked me to hold on to both flowers... Beratnya ya MasyaAllah! :) Thank you Mak n Nenek! :) Then, I was busy taking pictures with lecturers n frenz with the flowers. Dr Yoga said, flower on the right, flower on the left, the centre is also a flower! :) *malu* hehe.

Puas la amik gambar dengan semua lecturers... But I missed Dr MV, Dr Santosh n Dr Samaga. These 3 lecturers mean a lot to me, but I just couldn't find them. Hope they have received my letter. :0 hehe. I missed to take pictures with Kaklong Maya also... Sori lah Kak Long. Masa tu dalam robe panas sangat, couldn't think rightly... :)

By 5pm, I was sweating. Kak Wan n Maya returned their robes. I didn't coz Mak wants me to take pics at home with Nenek Atok. :) So, took off the robe and went to Solat Asar n Zuhur at the Surau. I was sweating wetly! :) Then, masa tu mak Kak Wan nampak baju. She said, "Macam baju pengantin?" hehe... Terima kasih Makcik. 3 hari nak menyiapkan baju pengantin ni. :D

SURPRISE AT HOME
Mak went back with Ayah's car. I went back with Ayah with KELISA. It was a long journey coz I talked so much in the car! hehe. Nasib baik Ayah tak ngantuk. :) By the time sampai rumah, tengok Abangalong n Kak Mali at home. Ikram n Esan were also there. Apis exam kat sekolah tak dapat balik. :) Kak Mali cooked Chicken Tikka. Sedapppppp!!!! :) Then, Ikram gave me chocs and Esan bought a cake... Thank you people!!! :) Love you guys! Will do the same insyaAllah when your turn comes... :)

KURSUS UMRAH
The next day, Nenek n Atok datang. Dapat la rasa ayam cucu menantu masak. :) Then, me, mak, Nenek Atok went to Shah Alam. Dengar kursus umrah dari ex mufti Selangor. Best sebab Dato' buat lawak. :)

BUSY AT HOME
Ingatkan duduk rumah saja minggu ni. So, bagi Esan guna KELISA. Last2, tak duduk rumah dari Isnin lepas. :) Kena tolong Atok selesaikan hal tanah. So, had to use HONDA which uses a lot of minyak!!!!Uwaaa... geram betul! Makan minyak betul si Honda ni! :p Nak KELISA balik! :) Isnin pi Pej Tanah. Selasa pi PD. Rabu duduk rumah. Khamis pi buat medical check up kat KK Putrajaya n went to Pej Tanah again n got sign from Pesuruhjaya Sumpah. Today.... going to Apis's place....

Finally, cerita dah over... :) I got a few tips from "The chosen couple of Allah." They said, "Doa banyak, solat hajat rajin2, recite YAASIN." When I did it the 1st time, cepatnye dapat tengok hikmahnya. :) Allah is Great! Alhamdulillah... Thanks for the tips!

Maaf salah silap... kalau terkasar bahasa atau tak berpaedah cerita2 ni. :) Hanya untuk tatapan yang berminat. hehe. Wassalam.

Tuesday, September 13, 2005

INTERVIEW SPA

No. Kad Pengenalan : ************
Nama Penuh : NOUR EL HUDA BINTI ABD RAHIM

Jawatan : 1604 PEGAWAI PERUBATAN


Tarikh Temuduga : 23/08/2005


Keputusan Temuduga :

Tahniah! Anda telah berjaya dan surat tawaran akan dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan.

Kementerian/Jabatan : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, BHG. SUMBER MANUSIA, ARAS 9 & 10, BLOK E7, PARCEL E, PUSAT PENT. K'JAAN PERSEKUTUAN, 62590 PURTAJAYA

Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

3rd CONVOCATION MELAKA MANIPAL MEDICAL COLLEGE















me, kak hazlina, kak zieah, maya n kak wan. :) gambar ni cantik giler! ;)




Assalamualaikum...
Alhamdulillah. We graduated. :)
Tak tau nak start stori daripada mana. But anyways, visit http://missapple.fotopages.com. Those were my real memories. :)

Anyways, semalam ngan hari ni macam rasa dah ok. La ni rasa macam tak ok... :( Air mata dah bergenang ah.... Rabbi yassir wala tu'assir... Rabbi tammim bikhayri Ya Kareem. Dr NEHAR tak nak jadi missapple dah! hehe. No cry2 NO! hehe.

InsyaAllah, after solat, ok sket kut... Ameen.

Rabbisyrahlana sudurona wa yassir umurona wahlul uqdatan minlisanina yafqahu qaulina....

Tuesday, September 06, 2005

TWO AGENDAS SETTLED! ALHAMDULILLAH!!!

Assalamualaikum,

Just arrived from Teluk Intan... Tak nak lunch dulu, nak singgah kat my blog comel ni sat. hehe. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

My 2 agendas I niat b4 going to Teluk Intan has been settled. Tak sangka dengan begitu pantas sekali masa berlalu. Akhirnya, tamatlah sudah kecut perut nak bagi talk kat depan budak2 SEMESTI (Sekolah Menengah Sains Teluk Intan). Syukur Alhamdulillah!!

MUSAFIR BERSAMA NICKNACKS
Semalam, janji dengan nicknacks nak jumpa dekat restoran Jejantas Sg Buloh. Pukul 1:30pm bertolak dari KL ikut highway sebab tak familiar dengan jalan belakang. Kena lah tol RM$17.90! :) Dalam permusafiran, nicknacks banyak cakap. hehe. Nasib baik ada yang teman berbual. Kalau tak ngantuk juga bawak kereta sorang2. Tapi kesiyan jugak tengok dia. Tak dapat nak tidur dalam kereta. :)

Sampai kat pekan Bidor, tersalah masuk jalan traffic light. Lawak seyy!!! Fail bawak kete! hehe. Tengah duk lampu merah, tetiba je, ada kereta nak masuk jalan kita sedap2 hati je parking kat situ. hehe. Ada jugak terlepas simpang sebab signboard Teluk Intan tetiba dah hilang. Memang bak kata nicknacks, "Kita gamble je pergi ni." Nasib la ada adik sorang yg teramatlah berani ni. :)

MAKAN DI MASTAN GANI DENGAN PENGANTIN BARU
Alhamdulillah, sampai di pekan Teluk Intan dalam pukul 3:20pm, kami berhenti di masjid dekat dengan Majlis Daerah. Tunggu adik2 junior nicknacks kat Masjid tu sat, Nani, Maherah n Paie. Nicknacks 5th year Med kat Ireland. Nani n Maherah 1st year n 2nd year kat Ireland. Paie 4th year kat UPM... Anyways, we went to kedai makan Mastan Gani sebab pengantin baru jemput kami makan sekali. Kedai Rojak n Mee Rebus Paling Best kat Perak! Cuba jangan tak cuba!!! Sedappp Gilerrrr!!! Yang pelik mintak sirap, dapat sirap cincau! Memang kat Teluk Intan je, sirap dia memang lagu tu. hehe. Jangan marah org Teluk Intan! ;) Terima kasih la sebab bawak makan kat situ. Kata nak suruh Kak el belanja. Apesal ntah pengantin bayar dia punya sendiri..... ;)

RUMAH PERSINGGAHAN
After makan, pengantin baru beransur dulu. Kami pun beransur tak lama lepas tu. Paie balik ke Kuala Selangor petang semalam. Ajak dia balik sekali hari ni, dia kata dah beli tiket bas. :) K lah... Nice meeting you! Me, nicknacks, Nani n Maherah pergi rumah Nani. Bersiap sedia untuk talk malam ni. hehe

SHOWTIME!!! SEMINAR KERJAYA
Patut sampai SEMESTI 8:30pm, last2, sampai nak dekat pukul 9pm. Nummer bagi talk pasal engineering. Canggih lagi bersemangat waja la Nummer pong pang pong pang kat depan! hehe. Best wooo dengar dia bagi talk kat depan. Memang budak pandai cakap! Eh silap, bakal jadi bapak orang panggil budak lak. hehe. Apa2pun, dalam pukul 9:45pm, Nummer stop. Pengerusi majlis ajak nicknacks pulak bagi talk kat depan. Kita teman nicknacks lah kat depan sekali.

Power jugak talk nicknacks. Tapi, budak2 lelaki SEMESTI ni macam "special" sket la. hehe. Apa2pun lepas 20 minit cakap kat depan, nicknacks mintak kita pulak bagi talk.

"Ehem! Ehem! Bismillahirrahmanirrahim. Nama akak Nour El Huda! N-O-U-R space E-L space H-U-D-A!" hehe. Buat style lama. Introduce nama sendiri, pastu spell it out. I think the students gave full attention to me... I think! hehe. But it went so fast, rasanya dalam 15 minit la. Yang memang lawak tahap gaban bila pikir2 malam semalam sampai tak boleh tidor... I gave the talk in English! Mak aiiiiiii!!! Ntah mana tersimpan perkataan2 English tu selama ni. Rasa macam aura time kat US dulu tunjuk belang! Lawak seyyyy!!! Pong pang pong pang kat depan dalam English! Ish... buat malu je. Macam tak gheti cakap melayu. hehe. Orang Ireland macam nicknacks pun cakap dalam BM! Iskkk... Maafla adik2... Kak el tersemangat sampai ntah macam mana, terkuar2 cakap English kat SEMESTI. hehe.

Apa2pun, malam tadi, tak boleh tidor sebab muhasabah balik masa bagi talk. Rasanya macam dah riak la pulak.... sebab macam dah cakap "I'm a doctor now!" Astaghfirullahal'azeem. Tak terniat pun nak riak2 kat depan. Sebab rasanya kalau bgtau kita fail, patutnya lagi rendah diri la kan? Ntah la. Tak terniat nak riak tapi, pernah terbaca kisah Saidina Ali r.a time dia terpaksa berhadapan dengan satu kaum yang tak sehaluan dengan dia la.. Dia meninggikan diri dia. Dia cakap dia adalah antara orang yang pertama masuk Islam. Dia menantu kepada Rasulullah. Dalam kisah tu, kesimpulannya, sometimes, we can tinggikan diri kita untuk yakinkan orang. I did the same to yakinkan adik2 that "If I can do it, you also can!" :)

WALLAHUA'LAM. May Allah forgives my sins.... Ameen.

CERITA TENTANG HIKMAH
:) Maafkan Kak el adik2 SEMESTI sebab tak sempat nak bermesra dengan adik2 selepas bagi talk. Sebenarnya, tujuan Kak el pergi Teluk Intan ada 2 agenda yang terpaksa diselesaikan. Satu, talk untuk Seminar Kerjaya. Satu lagi.... talk with my dearest sister!! :)

I took the chance to really have a heart to heart talk with my dear sister. :) I tried my best to say things and finally, we had a great time talking with each other. At first, memang rasa janggal and I was so scared that I might hurt her feelings in anyways. But, as I told her.... "Apa yang Kak el rasa, bagitau ni.... semuanya insyaAllah, ilham dari Allah." Memang tak boleh tidur ntah berapa malam nak settle kan 2 BIG AGENDAS... Tak pasal2, insomnia + Irritable Bowel Syndrome. But, "Innamal a'maalu binniyah." :) I really dunno how to tell people what we shared. Memang rasa nak share dengan semua orang. Tapi, cukup la dengan kata2:
"Setiap yang berlaku ada hikmahNya."
"Things happen for reasons! Search for it!" :)

I felt so grateful to Allah for meeting us each other somehow.... out of the blues! And my dear sister reminded me that,
"Selama ni kita cakap tentang sabar, tapi, itu hanya pada teori. Tapi sebenarnya praktikalnya tu lah yang menetukan samada kita faham erti sabar atau tidak." :)

Jazakillahu khayran kathiraa my dear sister!

DR. RAVI DI HOSPITAL TELUK INTAN
Malam semalam memang tak boleh nak tidur. My impulses in the grey matter of the brain making synapses through the night! hehe. But anyways, pagi tadi Alhamdulillah dapat tidur.

Before leaving Teluk Intan, went to meet Dr. Ravi!!! hehe. Best sangat dapat jumpa my ex grupmate yang dah jadi doktor! :) Apesal ntah nampak muda je.... Sebab uban dia dah sikit. Time blaja je dulu uban banyak! hehe. K la... c u on Friday! Tak sempat jumpa Dr. Durga n Dr. Gyathri. Durga balik Taiping sebab mak sakit. Gyathri kat Labor Room...

SELAMAT SAMPAI CHERAS
Finally, at 11:20am, we left Teluk Intan. Ikut jalan belakang. Banyak lori. Sekali 1-2 kereta/lori dipotong! Memang kena berani ah bawak kat jalan tu. Syukur la selamat sampai. Yang ikut dalam kereta, nicknacks n Maherah. Depa dua duk la pok pek pok pek pasal Ireland. Kita dengar jelah. Depa jadi radio. hehe. Tapi kita concentrate bawa kereta. Tak borak sama sebab topik perbualan depa macam kita tak faham sikit. hehe. Apa2pun, best gak dengar macam2 cerita dari diorang pasal Ireland. Jazakumullahu khayran kathiraa sebab jadi radio Kak el! hehe


Finally, reached home 2:30pm. K... nak pi rumah Nenek kat PD pulak! Esok ada kenduri du'a selamat kat surau. :) Khamis pi Melaka or balik KL. Then off to Melaka on Friday for rehearsal n Saturday... KONVOOOO!!!! hehe.. Oklah... Bye bye blog comel! ;)

Thursday, September 01, 2005

SINAR DI HUJUNG JALAN

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni dapat peluang menulis dalam blog lagi. :) Puas cari template baru untuk blog comel ni, tapi tak jumpa2 jugak yang berkenan di hati. :) Apa2pun, hati tersentuh bila membaca entry while surfing the net. Dulu, dengan twin suka la buat edisi siasat. Dari entries, kami membuat kesimpulan. Bukan mengumpat eh!!! Tapi sekadar analisa untuk bakal2 doktor. hehe. Since my twin dah bekerja, so kita ni menganalisa sorang2 la sebab kita duk cuti lagi ni. Takde geng. :)

Sebenarnya, tajuk SINAR di HUJUNG JALAN tu untuk kita, diri kita sendiri. Yelah, macam2 pancaroba yang terpaksa dilalui untuk mendapatkan kebahagiaan hati ni. My 2 Mizzketeers tu memang dah masak sangat la dengan kita ni. Nangis je memanjang! :) Tapi Alhamdulillah, la ni dah ok sket.... sebab dah termaktub dalam Surah An-Nasyrah:5-6

5. Verily, along with every hardship is relief
6. Verily, along with every hardship is relief.

Bila berada dalam sesuatu ujian tu memang susah nak fikirkan samada, Akan hadirkah Sinar di Hujung Jalan nanti??? :) I've went thro them. Bukan nak kata sekarang kita dah pandai tawakkal pada Allah. Tapi, bila di ingatkan insyaAllah, kembali padaNya.... Tawakkal padaNya..... Du'a padaNya.... Kadang kita mengaku kita ni hambaNya, tapi kadang2, kita tak lari dari kealpaan. Minta tolong pada manusia sedangkan yang mendatangkan kebaikan atau kesusahan adalah Allah, Tuhan Pencipta Semesta Alam! :) Lepas ni ngadu pada Allah dulu tau!!! (Ingatan ni untuk diri sendiri! :) )

Semalam, tetiba terfikir, suatu perkara yang pernah berlaku dulu. Memang rasa bende tu rasa terlalu berat hendak ditanggung! Yelah, ujian... memang la terasa kesakitannya. :) Bila sakit hati, tak tahu sakit dia kat mana. Nak buat dressing pun tak boleh walaupun hati sakit parah! ;) Nak makan ubat pun, takkan nak makan ubat psych kot??? :) So ubatnya??? Tenangkan hati dengan zikrullah.... :)

Sambung citer semalam... So, bila ingatkan balik apa yang telah berlaku... memang terdapat hikmah yang terbesar di sebalik ujian tersebut. Memang masa tu susah nak terima hakikat penderitaan hati. Tapi, semalam, Allah telah menyingkap hikmah di sebalik ujian tersebut! Allah Maha Mengetahui. :) Alhamdulillah. Walaupun derita yang terpaksa diharungi, tapi Alhamdulillah, natijahnya SubhanalLah.... mendapat manfaat dariNya. Teringat kata2 seorang sahabat, "Allah yang mendatangkan sesuatu kepada kita, walaupun terasa susah dan perit, tapi dengan kuasa Allah, Allah yang akan menyelesaikannya untuk kita." :) Allah telah memberikan yang terbaik melalui kejadian dulu..... :) Alhamdulillah. Aku bersyukur. :)

Buat sahabat2 yang sedang mengalami apa yang kita pernah lalui... kita d'uakan....

Semuga dia tabah menghadapi ujian2 yang terpaksa di lalui buat masa ini.
Semuga Allah memberi kekuatan ke dalam hatinya.
Semuga dia tidak putus asa dengan taqdir yang telah ditetapkan ke atasnya.
Semuga dia yakin, Allah tidak menguji seseorang kerana sia2.
Smeuga dia yakin, ada hikmah di sebalik ujian yang terpaksa dia lalui sorang2.
Semuga dia yakin, pasti ada Sinar di Hujung Jalan.

Ameen.

Wallahua'lam. Sekadar meluah rasa dalam blog comel ni! :) Bila dia nak tukar cat ntah la. hehe. Semalam pun dok baca buku La Tahzaan, Jangan Bersedih. Semangat pulak nak tulis dalam blog. :) Allah knows us best! Take care everybody! Jangan putus asa dengan Allah! :)

Semuga Allah mudahkan dan selamatkan persmusafiran....
Kisah & Hikmah
Ya Allah, Alangkah Bahagianya Calon Suamiku Itu...
Posted by: Admin on Monday, August 08, 2005 - 08:56 PM

Hudzaifah.org - Pada zaman Rasulullah SAW hiduplah seorang pemuda yang bernama Zahid yang berumur 35 tahun namun belum juga menikah. Dia tinggal di Suffah masjid Madinah. Ketika sedang memperkilat pedangnya tiba-tiba Rasulullah SAW datang dan mengucapkan salam. Zahid kaget dan menjawabnya agak gugup.

"Wahai saudaraku Zahid….selama ini engkau sendiri saja," Rasulullah SAW menyapa.

"Allah bersamaku ya Rasulullah," kata Zahid.

"Maksudku kenapa engkau selama ini engkau membujang saja, apakah engkau tidak ingin menikah…," kata Rasulullah SAW.

Zahid menjawab, "Ya Rasulullah, aku ini seorang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan wajahku jelek, siapa yang mau denganku ya Rasulullah?"

" Asal engkau mau, itu urusan yang mudah!" kata Rasulullah SAW.

Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan sekretarisnya untuk membuat surat yang isinya adalah melamar kepada wanita yang bernama Zulfah binti Said, anak seorang bangsawan Madinah yang terkenal kaya raya dan terkenal sangat cantik jelita. Akhirnya, surat itu dibawah ke rumah Zahid dan oleh Zahid dibawa kerumah Said. Karena di rumah Said sedang ada tamu, maka Zahid setelah memberikan salam kemudian memberikan surat tersebut dan diterima di depan rumah Said.

"Wahai saudaraku Said, aku membawa surat dari Rasul yang mulia diberikan untukmu saudaraku."

Said menjawab, "Adalah suatu kehormatan buatku."

Lalu surat itu dibuka dan dibacanya. Ketika membaca surat tersebut, Said agak terperanjat karena tradisi Arab perkawinan yang selama ini biasanya seorang bangsawan harus kawin dengan keturunan bangsawan dan yang kaya harus kawin dengan orang kaya, itulah yang dinamakan SEKUFU.

Akhirnya Said bertanya kepada Zahid, "Wahai saudaraku, betulkah surat ini dari Rasulullah?"

Zahid menjawab, "Apakah engkau pernah melihat aku berbohong…."

Dalam suasana yang seperti itu Zulfah datang dan berkata, "Wahai ayah, kenapa sedikit tegang terhadap tamu ini…. bukankah lebih disuruh masuk?"

"Wahai anakku, ini adalah seorang pemuda yang sedang melamar engkau supaya engkau menjadi istrinya," kata ayahnya.

Disaat itulah Zulfah melihat Zahid sambil menangis sejadi-jadinya dan berkata, "Wahai ayah, banyak pemuda yang tampan dan kaya raya semuanya menginginkan aku, aku tak mau ayah…..!" dan Zulfah merasa dirinya terhina.

Maka Said berkata kepada Zahid, "Wahai saudaraku, engkau tahu sendiri anakku tidak mau…bukan aku menghalanginya dan sampaikan kepada Rasulullah bahwa lamaranmu ditolak."

Mendengar nama Rasul disebut ayahnya, Zulfah berhenti menangis dan bertanya kepada ayahnya, "Wahai ayah, mengapa membawa-bawa nama rasul?"

Akhirnya Said berkata, "Ini yang melamarmu adalah perintah Rasulullah."

Maka Zulfah istighfar beberapa kali dan menyesal atas kelancangan perbuatannya itu dan berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah, kenapa sejak tadi ayah berkata bahwa yang melamar ini Rasulullah, kalau begitu segera aku harus dikawinkan dengan pemuda ini. Karena ingat firman Allah dalam Al-Qur’an surat 24 : 51. “Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan. Kami mendengar, dan kami patuh/taat”. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (QS. 24:51)"

Zahid pada hari itu merasa jiwanya melayang ke angkasa dan baru kali ini merasakan bahagia yang tiada tara dan segera pamit pulang. Sampai di masjid ia bersujud syukur. Rasul yang mulia tersenyum melihat gerak-gerik Zahid yang berbeda dari biasanya.

"Bagaimana Zahid?"

"Alhamdulillah diterima ya rasul," jawab Zahid.

"Sudah ada persiapan?"

Zahid menundukkan kepala sambil berkata, "Ya Rasul, kami tidak memiliki apa-apa."

Akhirnya Rasulullah menyuruhnya pergi ke Abu Bakar, Ustman, dan Abdurrahman bi Auf. Setelah mendapatkan uang yang cukup banyak, Zahid pergi ke pasar untuk membeli persiapan perkawinan. Dalam kondisi itulah Rasulullah SAW menyerukan umat Islam untuk menghadapi kaum kafir yang akan menghancurkan Islam.

Ketika Zahid sampai di masjid, dia melihat kaum Muslimin sudah siap-siap dengan perlengkapan senjata, Zahid bertanya, "Ada apa ini?"

Sahabat menjawab, "Wahai Zahid, hari ini orang kafir akan menghancurkan kita, maka apakah engkau tidak mengerti?".

Zahid istighfar beberapa kali sambil berkata, "Wah kalau begitu perlengkapan kawin ini akan aku jual dan akan kubelikan kuda yang terbagus."

Para sahabat menasehatinya, "Wahai Zahid, nanti malam kamu berbulan madu, tetapi engkau hendak berperang?"

Zahid menjawab dengan tegas, "Itu tidak mungkin!"

Lalu Zahid menyitir ayat sebagai berikut, “Jika bapak-bapak, anak-anak, suadara-saudara, istri-istri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya (dari) berjihad di jalan-Nya. Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” (QS. 9:24).

Akhirnya Zahid (Aswad) maju ke medan pertempuran dan mati syahid di jalan Allah.

Rasulullah berkata, "Hari ini Zahid sedang berbulan madu dengan bidadari yang lebih cantik daripada Zulfah."

Lalu Rasulullah membacakan Al-Qur’an surat 3 : 169-170 dan 2:154). “Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rizki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati”.(QS 3: 169-170).

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya.” (QS. 2:154).

Pada saat itulah para sahabat meneteskan air mata dan Zulfahpun berkata, "Ya Allah, alangkah bahagianya calon suamiku itu, jika aku tidak bisa mendampinginya di dunia izinkanlah aku mendampinginya di akhirat."


HIKMAH
Mudah-mudahan bermanfaat dan bisa menjadi renungan buat kita bahwa, "Untuk Allah di atas segalanya, and die as syuhada."
Jazakumullah.