Tuesday, September 06, 2005

TWO AGENDAS SETTLED! ALHAMDULILLAH!!!

Assalamualaikum,

Just arrived from Teluk Intan... Tak nak lunch dulu, nak singgah kat my blog comel ni sat. hehe. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

My 2 agendas I niat b4 going to Teluk Intan has been settled. Tak sangka dengan begitu pantas sekali masa berlalu. Akhirnya, tamatlah sudah kecut perut nak bagi talk kat depan budak2 SEMESTI (Sekolah Menengah Sains Teluk Intan). Syukur Alhamdulillah!!

MUSAFIR BERSAMA NICKNACKS
Semalam, janji dengan nicknacks nak jumpa dekat restoran Jejantas Sg Buloh. Pukul 1:30pm bertolak dari KL ikut highway sebab tak familiar dengan jalan belakang. Kena lah tol RM$17.90! :) Dalam permusafiran, nicknacks banyak cakap. hehe. Nasib baik ada yang teman berbual. Kalau tak ngantuk juga bawak kereta sorang2. Tapi kesiyan jugak tengok dia. Tak dapat nak tidur dalam kereta. :)

Sampai kat pekan Bidor, tersalah masuk jalan traffic light. Lawak seyy!!! Fail bawak kete! hehe. Tengah duk lampu merah, tetiba je, ada kereta nak masuk jalan kita sedap2 hati je parking kat situ. hehe. Ada jugak terlepas simpang sebab signboard Teluk Intan tetiba dah hilang. Memang bak kata nicknacks, "Kita gamble je pergi ni." Nasib la ada adik sorang yg teramatlah berani ni. :)

MAKAN DI MASTAN GANI DENGAN PENGANTIN BARU
Alhamdulillah, sampai di pekan Teluk Intan dalam pukul 3:20pm, kami berhenti di masjid dekat dengan Majlis Daerah. Tunggu adik2 junior nicknacks kat Masjid tu sat, Nani, Maherah n Paie. Nicknacks 5th year Med kat Ireland. Nani n Maherah 1st year n 2nd year kat Ireland. Paie 4th year kat UPM... Anyways, we went to kedai makan Mastan Gani sebab pengantin baru jemput kami makan sekali. Kedai Rojak n Mee Rebus Paling Best kat Perak! Cuba jangan tak cuba!!! Sedappp Gilerrrr!!! Yang pelik mintak sirap, dapat sirap cincau! Memang kat Teluk Intan je, sirap dia memang lagu tu. hehe. Jangan marah org Teluk Intan! ;) Terima kasih la sebab bawak makan kat situ. Kata nak suruh Kak el belanja. Apesal ntah pengantin bayar dia punya sendiri..... ;)

RUMAH PERSINGGAHAN
After makan, pengantin baru beransur dulu. Kami pun beransur tak lama lepas tu. Paie balik ke Kuala Selangor petang semalam. Ajak dia balik sekali hari ni, dia kata dah beli tiket bas. :) K lah... Nice meeting you! Me, nicknacks, Nani n Maherah pergi rumah Nani. Bersiap sedia untuk talk malam ni. hehe

SHOWTIME!!! SEMINAR KERJAYA
Patut sampai SEMESTI 8:30pm, last2, sampai nak dekat pukul 9pm. Nummer bagi talk pasal engineering. Canggih lagi bersemangat waja la Nummer pong pang pong pang kat depan! hehe. Best wooo dengar dia bagi talk kat depan. Memang budak pandai cakap! Eh silap, bakal jadi bapak orang panggil budak lak. hehe. Apa2pun, dalam pukul 9:45pm, Nummer stop. Pengerusi majlis ajak nicknacks pulak bagi talk kat depan. Kita teman nicknacks lah kat depan sekali.

Power jugak talk nicknacks. Tapi, budak2 lelaki SEMESTI ni macam "special" sket la. hehe. Apa2pun lepas 20 minit cakap kat depan, nicknacks mintak kita pulak bagi talk.

"Ehem! Ehem! Bismillahirrahmanirrahim. Nama akak Nour El Huda! N-O-U-R space E-L space H-U-D-A!" hehe. Buat style lama. Introduce nama sendiri, pastu spell it out. I think the students gave full attention to me... I think! hehe. But it went so fast, rasanya dalam 15 minit la. Yang memang lawak tahap gaban bila pikir2 malam semalam sampai tak boleh tidor... I gave the talk in English! Mak aiiiiiii!!! Ntah mana tersimpan perkataan2 English tu selama ni. Rasa macam aura time kat US dulu tunjuk belang! Lawak seyyyy!!! Pong pang pong pang kat depan dalam English! Ish... buat malu je. Macam tak gheti cakap melayu. hehe. Orang Ireland macam nicknacks pun cakap dalam BM! Iskkk... Maafla adik2... Kak el tersemangat sampai ntah macam mana, terkuar2 cakap English kat SEMESTI. hehe.

Apa2pun, malam tadi, tak boleh tidor sebab muhasabah balik masa bagi talk. Rasanya macam dah riak la pulak.... sebab macam dah cakap "I'm a doctor now!" Astaghfirullahal'azeem. Tak terniat pun nak riak2 kat depan. Sebab rasanya kalau bgtau kita fail, patutnya lagi rendah diri la kan? Ntah la. Tak terniat nak riak tapi, pernah terbaca kisah Saidina Ali r.a time dia terpaksa berhadapan dengan satu kaum yang tak sehaluan dengan dia la.. Dia meninggikan diri dia. Dia cakap dia adalah antara orang yang pertama masuk Islam. Dia menantu kepada Rasulullah. Dalam kisah tu, kesimpulannya, sometimes, we can tinggikan diri kita untuk yakinkan orang. I did the same to yakinkan adik2 that "If I can do it, you also can!" :)

WALLAHUA'LAM. May Allah forgives my sins.... Ameen.

CERITA TENTANG HIKMAH
:) Maafkan Kak el adik2 SEMESTI sebab tak sempat nak bermesra dengan adik2 selepas bagi talk. Sebenarnya, tujuan Kak el pergi Teluk Intan ada 2 agenda yang terpaksa diselesaikan. Satu, talk untuk Seminar Kerjaya. Satu lagi.... talk with my dearest sister!! :)

I took the chance to really have a heart to heart talk with my dear sister. :) I tried my best to say things and finally, we had a great time talking with each other. At first, memang rasa janggal and I was so scared that I might hurt her feelings in anyways. But, as I told her.... "Apa yang Kak el rasa, bagitau ni.... semuanya insyaAllah, ilham dari Allah." Memang tak boleh tidur ntah berapa malam nak settle kan 2 BIG AGENDAS... Tak pasal2, insomnia + Irritable Bowel Syndrome. But, "Innamal a'maalu binniyah." :) I really dunno how to tell people what we shared. Memang rasa nak share dengan semua orang. Tapi, cukup la dengan kata2:
"Setiap yang berlaku ada hikmahNya."
"Things happen for reasons! Search for it!" :)

I felt so grateful to Allah for meeting us each other somehow.... out of the blues! And my dear sister reminded me that,
"Selama ni kita cakap tentang sabar, tapi, itu hanya pada teori. Tapi sebenarnya praktikalnya tu lah yang menetukan samada kita faham erti sabar atau tidak." :)

Jazakillahu khayran kathiraa my dear sister!

DR. RAVI DI HOSPITAL TELUK INTAN
Malam semalam memang tak boleh nak tidur. My impulses in the grey matter of the brain making synapses through the night! hehe. But anyways, pagi tadi Alhamdulillah dapat tidur.

Before leaving Teluk Intan, went to meet Dr. Ravi!!! hehe. Best sangat dapat jumpa my ex grupmate yang dah jadi doktor! :) Apesal ntah nampak muda je.... Sebab uban dia dah sikit. Time blaja je dulu uban banyak! hehe. K la... c u on Friday! Tak sempat jumpa Dr. Durga n Dr. Gyathri. Durga balik Taiping sebab mak sakit. Gyathri kat Labor Room...

SELAMAT SAMPAI CHERAS
Finally, at 11:20am, we left Teluk Intan. Ikut jalan belakang. Banyak lori. Sekali 1-2 kereta/lori dipotong! Memang kena berani ah bawak kat jalan tu. Syukur la selamat sampai. Yang ikut dalam kereta, nicknacks n Maherah. Depa dua duk la pok pek pok pek pasal Ireland. Kita dengar jelah. Depa jadi radio. hehe. Tapi kita concentrate bawa kereta. Tak borak sama sebab topik perbualan depa macam kita tak faham sikit. hehe. Apa2pun, best gak dengar macam2 cerita dari diorang pasal Ireland. Jazakumullahu khayran kathiraa sebab jadi radio Kak el! hehe


Finally, reached home 2:30pm. K... nak pi rumah Nenek kat PD pulak! Esok ada kenduri du'a selamat kat surau. :) Khamis pi Melaka or balik KL. Then off to Melaka on Friday for rehearsal n Saturday... KONVOOOO!!!! hehe.. Oklah... Bye bye blog comel! ;)

No comments: