Monday, August 29, 2005

THE HEART IS SINGING

Assalamualaikum,

Actually taking the oppurtunity to say something in the blog. Sambil dengaq lagu dari blog kak wan.. and just now was browsing some of the blogs. Hmm... missing the old time? :) Well, LA TAHZAAN! Ntah, tetiba rasa syahdu plak. Pesal ntah. Hari Jumaat lepas, memang dah terasa dah. Sebab malam sebelum tu, UmmMujahid sent me a msg saying that she needs a hug. Missing all of us. Hmm... Tak pesal2, the next day, it was my turn to feel that way. Subhanallah.

Anyways, syukur, Alhamdulillah, I met budak2 ALUMNI HIRA' last Saturday masa pergi wedding kat Shah Alam. Tak kenal pun dengan tuan rumah tapi makcik2 and budak2 Hira' ada kat sana masa tu. Dapatlah melepaskan rindu. Met sister M... heard that she's married. So, went to see her and asked whether it was true. She said it was true. She regreted that she didn't get the chance to invite me. :) Isk, takpelah! Anyways, she said that it was mainly arranged by both parents however the guy proposed to her. So bila balik rumah, tengok semua dah ready. :) Short time, tak sempat nak jemput kawan2. :) Subhanallah!

Baru2 ni jugak dengar pasal my sister and brother getting married. Dari awal perkenalan sampailah tiba masa nak meminang, bertunang dan urusan2 seterusnya dipermudahkan Allah. Hmm... terkedu juga. Kenapa dengar cerita2 macam ni. Senang je citer orang. Bestnya! Senangnya... :) Alhamdulillah. I'm so happy for both couples... ;)

Anyways, maybe it is a sign? :l Tak tahu la. Apa2pun, read ANIS September 2005. Tak tahu la apesal, start baca dari belakang. :) Macam baca buku tulisan jawi/arab. So, start dengan baca cerpen.

Wangian Kasih m/s 83
"Aku bangga bila mengetahui yang dia seorang gadis yang amat memelihara kehormatan. Sehingga belum pernah mengenali seorang lelaki pun sebelum aku!"
Aku bukan perempuan sepertinya.... Maafkan aku. Ampunkan diriku sekiranya aku telah banyak mengguriskan hati2 hambaMu. Tapi, taqdir Allah telah menentukan perjalanan aku di sini. Aku redha. Aku pasrah. Aku bertaubat.

After that, belek2, baca Semaian Kasih tulisan Kak Anis.

Izinkan Saya Sujud Syukur m/s 32
"Hati saya amat tersentuh dengan transaksi luar biasa pada tengah hari itu. Dia tidak menjual kalimah Allah itu, tetapi dia menghadiahkan kalimah2 Allah itu dengan harapan dapat sedikit sedekah daripada saya untuk meringankan bebannya."

"Sebagai menghargai semangat dan keazaman WA yang luarbiasa itu, saya menghulurkan sedikit sedekah mengikut kemampuan saya kepadanya. Wajah WA serta merta ceria dan dia terus buat sujud syukur."
Walaupun aku bukan perempuan terpilih seperti cerita di atas, tapi, aku seharusnya bersyukur dengan nikmat kejayaan yang telah ku perolehi baru2 ini. Tamatnya jihad peperiksaan MBBS. Nikmat kebahagiaan... dalam hati. :)

Alhamdulillah, 2 kisah ni memang dok ingat la and memang nak share dlm blog ni. :) Ape2pun, setiap yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya... :)

Lastly, about my jihad for 6 months....
Bak kata Dr. Mai untuk adik2 di Melaka,
"Siapa kenal elhuda? Dulu dia belajar kat kolej. Kawan2 dia semua pass, kecuali dia. Dia kena repeat papers selama 6 bulan. Kejayaan yang dia perolehi di akhir perjuangannya, dia kata rasa biasa aje. Tapi yang menjadi pengalaman yang takkan dilupakan ialah bagaimana dia dapat harungi liku2 selama 6 bulan untuk meraih kejayaan di akhir 6 bulan. Allah anugerahkan dia sesuatu yang orang lain tak dapat. Allah bagi dia sesuatu yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit."
I don't have anythingelse to say bcoz what she said was mainly true...

Akhir kalam, Renung Sejenak : Hilangnya Kekuatan Hati
"Kalau keimanan menjadi teras hidup kita, maka misi membawa hati pulang ke akhirat itu menjadi lancar, proaktif dan sukses. Namun kalau kemaksiatan dan kederhakaan menjadi ketagihan kita, maka perjalanan hati menuju Allah dan akhirat menjadi lemah, lesu, lagi tidak bermaya. Ini pengalaman kita semua, hamba2 yang masih tidak konsisten." ANIS Sept 2005

Syukur padaMu Ya Allah! Thank you ANIS! :)

LAST TRIP CUTI-CUTI MALAYSIA

Assalamualaikum

Alhamdulillah... Hari ni diberi peluang untuk update dlm blog. Hmmm.. Back to the old story?? Oklah.

PERLIS-ALOR SETAR-PENANG
Pagi Sabtu bertolak dari KL, 2 kereta. Perdana memuatkan Ayah, Mak, Atok, Nenek n Ajin. Honda pula, Abangalong, Kak Mali, Esan n Me. Apis tak boleh balik sebab ada kelas ganti hari cuti Jerebu hari tu. Ikram pulak busy. :)

Anyways, on the way to Perlis, dekat 4-5 stops becoz Abangalong sakit perut. Malam sebelum tu, isterinya tak sempat nak masak. Jadi, beli kat pasar. Abang kite ni dah mula boleh nak makan food isteri dia masak aje. Orang lain masak, dia pun sakit perut. hehe. Since dia tak berapa sihat, so, Esan drove the car. Sampai kat Tapah, exchange driver again with me. So, I drove quite a mile.. tak ingat la berapa jauh. Tapi, tidoq lah 3 - 3 orang!!! :) Nasib baik tak ngantuk.

Then stop isi petrol and went to kedai makan. Cendol pulut sedap!!! Apa ntah nama tempat tu. :)

Finally, Alhamdulillah, arrived at Muksu's place around 4:30pm like that la. Tak solat lagi. Nak solat, baring jap. Finally I slept... :) Dengan Ayah sekali. Ayah bawak kete sorang2 from KL-Perlis. Italic

Malam... We went to a wedding. Anak kawan Ayah Mak time kat Mesir. Cantik! Style hotel tapi, buat kat rumah. Very nice! Siap ada LCD show. Gambar time kat Mesir. Nile river. :)

Then... me and kakak had a special chit-chat. ;) till late night. Bila lagi nak jumpa kan kakak! ;)

The next day, went to Padang Besar. As usual, I dunno what to buy. Pesai pa ntah. Berjimat plak. :) Beli tudung 1 and then beli gelang batu2 kristal tu. Beli untuk Mak sebab Mak tak dapat ikut.

After lunch, bertolak ke Alor Setar. Beli baju and barang umrah kat Pekan Rabu. Then, pi Star Parade beli baju2 kurung murah FOR ME ONLY kat kedai2 situ. Mak cakap nanti dah keje kena bayar Mak balik. ;) hehe. Sian budak2 laki yang ikut, depa tak beli apa pun. :)

Then, nak dekat Maghrib, bertolak ke Penang. Kak Wan dah lama menunggu. We stayed overnite at her kondo. Siap bagi kunci coz she had to leave early to work.

Malam tu sempat la chit chat dengan kak wan jugak! Tapi tak leh citer lebih2. :)

Dalam pukul 8 bertolak ke rumah besan Mak Ayah, keluarga Kak Mali. Mak Kak Mali masak laksa penang! Sedapp woooo... Penangan orang Penang! Memang best betoi! :) Sempat siap lunch, makan nasi with sambal udang. :)

Finally, we left to Kuala Selangor at 10:30pm. Went to fetch Apis. Atok, Nenek, Kak Mali n Abangalong naik kereta lagi satu and went ronda2 to Penang.

Alhamdulillah... Syukur, cuti kali ni cuti2 Malaysia dapat complete. Dapat pergi Muar Johor(time habis exam), Kelantan, Besut Terengganu, Melaka, Perlis, Alor Setar, Penang. :) Didn't take much pictures. Sebab nak simpan duit kut. hehe. :) Alhamdulillah.

Friday, August 19, 2005

KEMBALI KE KAMPUNG HALAMAN - MELAKA!

Assalamualaikum,

HOTEL EMPEROR
Alhamdulillah, baru balik dari Melaka. Mak kerja workshop kat Emperor Hotel. Sorry to say, the hotel is so old!!! Nenek cakap, "Ni hotel tahun alip ni!" hehe. Bila masuk2 hotel pun ada bau macam bau lama. hehe. Naik lif dia, lagi lah! Macam naik keretapi! Bergoyang macam dalam train hari tu! Lawok lah! Dah lah tingkat 19. Tawakkal biaq lah tak jatuh. Masa tunggu lif, ada gak yang citer, sekali tu dia naik, lif tak bergerak sebab overload. Siap dah tekan loceng semua. hehe. Alhamdulillah, tak kena macam tu. Kalau tak mesti panic semacam! :)

JALAN-JALAN MELAKA
Dulu2, pagi2 Ahad, breakfast kat kedai mamak roti canai. Memang sedap ah! Suruh Mak n Nenek makan kat situ. Mak kata SEDAPPPP!! Sebab kuah dia masam2 sikit. :) Pastu, sementara Mak kerja, me and Nenek pi jalan2. Mula2, pi amik gambar passport sebab nak hantar borang BMD/MOH kat kolej. Since MOH baru nak pindah tempat dari KL ke Putrajaya, so, that's why la depa suruh hantaq ke Kolej. After that, went ronda2 kat Ocean. Ada la beli barang2 sikit. Nenek suruh beli sebab nanti dah keje, susah nak shopping. :) Pastu beli fud kat depan Ocean tu.

The next day, pagi2, dah pi Pos Ofis sebab hantar surat iklan jawatan kosong kat Raiyan. Since surat tu sampai lambat kat Mak, so, Mak pun tak check bila date line dia. I went thro the surat, 20 Ogos ni dah kena submit. So, kenala pos laju. Raiyan cakap dia dah terima. Tapi tu lah, kena hantar hari ni la sebab esok dah 20 Ogos. Hope Allah mudahkan urusan Raiyan. Then, I renewed my car license. Lesen mati bulan 9 ni. Sementara duk ingat, I did la. Dah naik RM1/year. Dulu RM30. La ni RM31.

Pastu, went to Kolej and settlekan borang. Kebetulan pergi situ, dapat Provisional Pass Certificate. Kena photostate the Cert. So, kira rezeki la pi Melaka. So, dah fotostat kena cop diakui sah. So, mak mintak tolong dengan kawan dia. Went to Hosp Melaka and get it sign. Alhamdulillah. Berpusing2 jugak la kat Melaka. Then, me and Nenek lunch kat TESCO. Makan kat fud court. Kena guna kad nak beli fud. Nenek duk bising la pelik semacam kedai ni pakai2 kad pulak. hehe.

Alhamdulillah, dah hantar borang BMD. Pasni kena hantar borang untuk robe graduation and also MMMC.

Petang, Mak ajak pergi Mahkota Parade. So, Mak beli handbag dengan kasut. Kita pun dapat lah sandal baru and also baju kurung. :) Boleh la nak pakai time interview nanti... Smart2, sopan2!! :)

MEDAN IKAN BAKAR UMBAI
Best pi Umbai! Mula2, tak nak pi. Tapi last2, Mak ajak pi la sebab kita kena bawak kete. Pi makan kat Kedai Parameswara. Kedai kat hujung, betul2 menghadap laut. Dulu kitorang tak pernah pi kat situ sebab selalu pi kat kedai no 1. Rupa2nya kedai yang last tu memang sedap sangat2! Lenkali kak wan maya, kita pi situ nak? Haa.. apa kata 9hb nanti kite dinner kat situ? :)

PASSPORT RENEWAL
Alhamdulillah, pagi tadi pi Pusat Bandar Damansara renew passport. Actually semalam dah pi Jab Imigresen Negara kat Putrajaya. Dah parking semua. Actually Mak suruh pi Jab Pendaftaran Negara. So, kita pun pi lah. Sampai situ tanya orang, dia kata kena pi bangunan seberang jalan. Jalan dia mak ai... beh kurang 4+4 lanes!! Punya luas nak berjalan. hehe. Pastu, sampai situ, nampak signboard, Jab. Audit Negara n Jab Perdagangan n Komoditi. Tanya orang lagi, dia kata kat bangunan belakang. Aduhaiii... Puas jalan2 kat Putrajaya semalam. hehe. Naik tingkat satu, tetiba dia kata kena pi Damansara. Mak aiii! Puas jalan2 jelah kita semalam! hehe.

Anyways, Alhamdulillah, pagi tadi, pi PBD, dah park kereta, pi la Jab Imigresen. Pastu, nampak la ada macam ver attractive advertisement cakap pasal renew passport. Pastu, masuk dalam tu nasib ada orang. Dia org Imigresen. Dia yang ajar cemana nak buat. So, mula2, bagi passport yang ada cip. Pastu Mykad. Pastu, gambar sekeping n RM300. It was so quick! Memang syok la. :) Macam ATM machine je. :) So, will get my passport monday insyaAllah. :) BiizniLlah, sampai la ke satu destinasi... ;)

PI UTAGHA ESOK!!!
InsyaAllah, esok nak pi Perlis dengan Nenek Atok. Ada kenduri kawin. Kitorang tido rumah Kakak la. :D Pastu Ahad plan nak pi Penang, rumah keluarga kak ipar. Since segan nak tido rumah depa, so, cakap kat kak wan nak tido kat kondo dia! :) Yeye! Dapat gak jumpa kak wan! :)


Wokes... Ingat nak tulis something else, tapi last2, tulis citer2 lak! ;) Lenkali la... InsyaAllah.

Sunday, August 14, 2005

UJIAN

Assalamualaikum....

Di dalam perjalanan ke rumah dari Jeram selepas menghantar Apis ke sekolah, aku berdoa... Doa di kala musafir, makbul. Tak ku sangka, air mataku sudah bergenang. Cepat-cepat aku kesat. Mata kabur, tak nampak jalan. Ikut highway PLUS dalam hujan, sekitar pukul 7:00 petang. Sorang2. Namun, tetapku teruskan berdoa. Pabila aku habis berdoa, aku pasang radio ikim.fm. Dengar pula suara orang mengaji,

Aliff Laaam Miimmm.

Ahasibannaasu an yutrakuu an yaquluu aamannaa wahum la yuftanuun.


Wa laqad fatannaallazina min qablihim falaya'lamannalLahullaziina sodaquu walaya'lamannal kaazibiin.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

SubhanaLlah... Aku bersyukur. Alhamdulillah. Allah Maha Mendengar...

Semuga doaku dimakbulkan olehNya... Ameen.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Allah masih sayang....


Luqman Al-Hakim berpesan:

"Sekiranya engkau memandang segala-galanya datang dari Allah yang menimpakan ujian, menyebabkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti damailah hatimu....
Kerana, takkan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia....
Bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu, retaknya hatimu...
Tetapi, mungkin itulah yang Dia mahu, kerana Dia tahu,
hati yang sebegitulah lebih mudah dan lunak, untuk dekat dan akrab dengan-Nya...."

Cinta Pertama
Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galanya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtera

Saturday, August 13, 2005

DEMAM

Kaffarah dosa???

Pening dengan issue logs, the database yang nak kena insert dalam teleprimaray healthcare website???(keje mak)

A sign???

Allahumma inna nas'aluka badanan hayyinan layyinan bitho'atik
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami badan yang ringan untuk menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.

Allahumma inna nas'aluka 'aafiyah min kulli baliyyah
Ya Allah, kurniakanlah kami selamat dari segala mara bahaya dan petaka.

Friday, August 12, 2005

JALAN-JALAN HARI JUMAAT

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah lama tak update blog ni. :) Baru balik dari East Coast... Biasalah my holidays will always be full. hehe. Anyways...

EAST COAST
5 Ogos 2005, Jumaat
3-5:30pm - Briefing by Malaysian Medical Council & Ministry of Health, Swiss Garden Hotel
Banyak lah jugak yang diceritakan dalam briefing tersebut. Pasal doktor kena tarik lesen la. Pasal doktor buat hal. Takut juga dibuatnya. No questions at all. Apa2pun, I was so glad to meet my old frenz there. :) Tapi tak sempat nak say Hi to all. Ada sorang junior tu tegur. Tak sangka both of us made it... Alhamdulillah. Actually, she was crying after the exam. Tapi, we passed. Yelah dapat soalan CNS (Central Nervous System) yang berkaitan dengan Epilepsy, Stroke. :) Tapi, both of us were hugging each other that friday. :)

Later, asked Boon Ping, Kamalesh n Previn to send me to Kl Sentral. Pi East Coast naik KTM.

8:02pm - KL Sentral ke Wakaf Baru
Dah lama tak naik keretapi. Tapi, seingat kita la, macam naik ketapi masa kat India dulu, hehe. Masa tu naik dari Bangalore ke Madras. :) Ingat tak kak wan? maya? :D Pergi ni dengan my aunty, abangalong n my only kakak ipar.. ;) Hmmm... komen pasal ketapi, well, dapat seat je. Lampu pasang the whole night. Memang susah nak tidur la. Baper kali terjaga sebab ketapi tu rupanya banyak kali jugak dia stop. :) Naik pening kepala. hehe. Abangalong plak cakap bisinggg! hehe.

Pakcik and makcik lagi sorang sampai rumah Tok Ayah petang Sabtu naik kereta... Kitorang tak naik sekali sebab Abangalong sekejap je kat Besut... :) Rasa macam Raya plak! :)

6 Ogos 2005, Sabtu
8:15am - KTM Wakaf Baru
Alhamdulillah sampai kat Wakaf Baru. Naik van selepas mencatatkan sejarah. :) Alhamdulillah.... Van tu ingatkan ok la... rupanya, dah takde kusyen. Sakit bum bum kitorang. hehe. Sampai kat rumah Tok Ayah kat Kg Raja, Besut beh kurang 1 jam 1/2. Sakit ooo... I used my sweater to duduk on the seats. hehe

7 Ogos 2005,Ahad
11:00am-7:00pm - Memborong
Abangalong n kak ipar balik KL hari Ahad sebab Isnin diorang keje. So, kitorang ronda2 Kota Bharu. Pergi Pasar Buluh Kubu, Pasar Siti Khadijah... memborong habis la. Me?? I didn't buy much. Ntah takde mood nak spend kut?? :) Simpan duit nak pi Umrah... :) Depa beli bakul, kain, baju kelawaq, keropok. hehe. Ntah, pesal ntah tak beli apa2 pun untuk diri sendiri. Just beli baju batik utk Ayah n souvenirs for the lecturers. Nak bagi time grad nanti insyaAllah. :)

Lepas solat jama' taakhir, hantar abangalong n kak ipar kat KTM Wakaf Baru.

10 Ogos 2005, Rabu
9:00am-7:30pm - Safe journey
My turn to go back KL. Balik sekali dengan my makcik 2 org n pakcik. Bawak kereta dari Besut, ikut Terengganu, Kuantan hi-way... Kat Besut/KB, takde jerebu pun. Sampai kat Kuala Terengganu, dah nampak dah jerebu... Teruknya... Hajar kat hosp KT suruh singgah tapi masa tu tak sempat nak singgah coz on the way, we stopped for lunch at my aunty's house kat Kemasik, Kemaman. Sedap betul makan. :) Pastu, sambung journey to KL... Alhamdulillah, selamat sampai.

Will this be my last holiday in Besut??? Pasni start keje, susah nak cuti lelama camni.. :)

INTERVIEW
Hmmm... sat ni baru call SPA. Oleh kerana SPA baru mengenalkan sistem barunya, Online Registration, cik Syidah cakap banyak problem MMMC ni. Ada yang silap isi la. Ada yang tak submit lagi la.. Hmm... so makin lambat lah proses temuduga. Since dah tak larat nak cek posbox setiap kali posmen datang, call jugak la. So, dia tanya no IC. Dia tanya samada pernah pergi temuduga ke sebelum ni. :) So, kite pun citer la pasal special case repeat papers. So, she understood and went thro something and said that I submitted the new online form 26th July, so won't be a problem. So, just have to wait the letter by next week... and the expected date for interview is.............................................................. 23-24 AUGUST!!! Uwaaaaaaaaaa... Time tu lah nak pi lepak2 dengan Kak wan! Actually nak pi Perlis 20hb. Then, kita ingat nak extend duk lama2 kat sana. So, la ni kena ubah plan la plaks... Tengok ah by next week, I tell u la kak wan... Maybe next week aku pi tempat hang... ok ke?

Kena pakai baju smart2... ;) Biar nampak cantik.... baru laku orang nak amik keje. :0

POSTING KERJA
Hmmm... InsyaALlah, setakat ni, depa kata maybe start keje bulan 10. Masalahnya sekarang tak tahu nak pilih nak posting hospital mana... :( Banyak komen dah dengar dari macam2 hospital, dari macam2 jenis orang. Tapi, rasanya I will go to GHKL. :) Kenapa? Selagi nama kita ada Binti Abd Rahim... then, tak ke mana la. :) Ikut kata mak ayah. Well, I would prefer to go to state hospital. And my state happen to be HKL la. Memang KL la apa2pun sebab pasni kawin tak tahu pindah mana. Sementara boleh tengok muka Mak Ayah bila balik kerja, I think it'll be a bless... :) InsyaAllah, after 1 year, HO kat tempat lain pulak. HKL punye sistem memang camtu. So, dapat lah jugak merasa tempat lain and also HKL. Apa yang semua orang duk cakap pasal HKL... busy busy busy. Ada yang cakap paper work yang banyak, tak banyak procedures. Hmmm.. Ntah la. I have not much choices.. ;) InsyaAllah, tawakkal and semuga pilihan Mak Ayah adalah terbaik untuk kita... Ameen. :)

Kecut perut tak habis2... IBS on the way.. hehe

JALAN-JALAN BLOGS
Actually, plan nak tukar blogskin ni, tapi last2, pi lawat2 tengok blog orang. Ada gak yang berkenan dah. Blog elzahra cantik. Blog kak ida pun sweet. Ntah last2, tak leh nak decide nak tukar skin yang mana satu. :) Apa2pun, nanti2 lah nak tukar jugak... hehe. Wajah baru la... ;) Eceh. La ni duk busy myself nak siapkan kerja Mak. She;s doing website for Primary Health Care. So, I'm uploading all the data to be the database in the PHC. Something like that la. InsyaAllah kena siapkan before September nak launch the website. Kalau sape2 berminat, jomlah ke Kepala Batas bape aribulan ntah. Ada PC fair, Job fair. Sape2 yang nak cari keje bleh lah pi sana... ;) Wokes...

MUBARAK
Buat adik-adik yang dalam proses nak bina Baitul Muslim... Mubarak kak el ucapkan!!!! :) Semuga dipermudahkan Allah segala urusan sebelum perkahwinan... hinggalah hari perkahwinan antuma dan... muga berbahagia di dunia hingga ke syurga... Ameen. Tiada apa yang boleh kak el hadiahkan kecuali doa seorang kakak seiring bersama antuma menuju gerbang perkahwinan. :) Selamat mendirikan Masjid!!! :) Allah knows best... :)

Hepi giler dapat tau semalam... Biasalah org lain kawin, kita hepi terlebih2 semacam... hehe

Pengantin Baru
Album : Di Hati
Munsyid : Dehearty
http://liriknasyid.com

Gembira bersama menanti hari,
Dua hati saling diikat berjanji,
Melayar bahtera mahligai impian,
Keluarga bahgia itulah harapan.

Berjanji setia menempuh bersama,
Susah dan senang ditempuhi jua,
Suami membimbing isteri dia membantu,
Barulah hidup kan kekal bahagia.

Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama,
Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama.

Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa ,
Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa.

Tuhanku berikan bahagia padanya sehingga ke akhirnya..............

Gembira bersama menanti hari,
Dua hati saling diikat berjanji,
Melayar bahtera mahligai impian,
Keluarga bahgia itulah harapan.

Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama,
Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama.

Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa,
Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa.

Hormat menghormati itulah seharusnya,
Bertolak ansur biarlah bersama,
Hormat menghormati itulah seharusnya,
Bertolak ansur biarlah bersama.

Maaf bermaafan saling menyanyangi,
Doa dipinta kasih diberi,
Maaf bermaafan saling menyanyangi,
Doa dipinta kasih diberi.

Bila dua hati terjalin bersama,
Selamat Pengantin Baru kami ucapkan,
Moga kekal bahgia bersama selamanya,
Anak yang soleh itulah harapan.

Rabbi yassirlakum ilal akhar.... ameen ;)

Thursday, August 11, 2005

AYAT SERIBU DINAR

*Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.*

* Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yg dikehendakiNya). *


At-Talaq:2-3

Rabbi yassir wala tu'assir... Rabbi tammim bikhairi Ya Kareem... Ameen.

La tahzan, innaLlaha ma'ana.

Tuesday, August 02, 2005

KAHWIN

Assalamualaikum...

Apesal ntah, teringin nak tulis pasal hal ni. :) I got this emel from the nailofar. :)


Pesan ikhwan buat akhwat

Ukhtifillah..
(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh
Akhwat di Dunia)

Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa
peduli?
Karena toh kau tak mengenalku dan memang tak
perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu
dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
karenanya kau tak membutuhkan persamaan.

Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
karena akan membuatku mengingatmu.
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap
dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,
sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku
yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan
mimpi tak berujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelebat
selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani
kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
karena sucimu kaupertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku
bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untuk
melihatku.
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena aku
seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah
burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor
dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau
termanipulasi.
Karena kau toh hanya manusia-hanya wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang
dengan sepenuh hati membawamu kehadapan
Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam
kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam
rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah
hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir
dalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati
ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak
ada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua
lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kau bangun dengan segala kekhusyu'an
tangis do'amu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar
pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada
keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih
Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan
menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.

---

Adapted from article : Wanita Suci
In Asih Retno

(dapat daripada Diana Bandung)

Actually, baru2 ni Mak Ayah dapat satu kad:

Assalamualaikum,
Kami sekian2 dengan dukacitanya memaklumkan perkahwinan anak kami pada tarikh sekian2 tidak dapat dilaksanakan atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Innalillahi wainna ilaihi raji'uun.

When I read it, rasa macam trauma/phobia nak kawin. Guess, some things should happen now, than later... Takut la. Sebenarnya kad2 kawin anak dia dah distribute habis dah kat tetamu. And bayangkan terpaksa hantar kad dukacita anak tak jadi kawin.... Sedih la. Tapi, Allah menentukan segalanya walaupun perancangan kita dah tip top... betui tak? That's why lah kena doa, tawakkal habis pada Allah... kan?

K.. that's all for now.

Mengharap padaNya takkan sekali pun kan kecewa...
Ujian yang diberikan bukan sengaja diberikan olehNya,
Untuk menyeksa jiwa, derita hati...
Tetapi adalah untuk mengakrabkan diri kita kepadaNya...
(au kama qoul from Lukman Al Hakim)

Reading novel by Abu Hassan Morad - Natasya, Julia, Cinta Madinah. Best2... :)

Monday, August 01, 2005

NOSTALGIA

Assalamualaikum...

I'm back... Sepatutnya nak updatekan portal web Mak, tapi lupa password plak. :) So, lepak2 lah kat blogging ni. Citer2 yang tergendala dulu nak diupdatekan la. Nanti takut lupa lak. Walaupun dah basi, tapi still nak citer gak! :)

WEDDING ABANGALONG
Rasanya acara nikah abangalong dah citer dah hari tu. So kali ni nak citer pasal yang kat dewan jelah. Ala takde apa sangat pun. Cuma, hari sebelum walimah tuh, Mak n sedara2 yang datang awal tolong susun2 bunga dalam pasu2 kecik sebab nak letak atas meja2 tetamu. Ramai gaks sedara and kawan2 Mak Ayah datang hari sebelum walimah tu.... sebab tak boleh nak pi dewan.
Anyways, hari kat dewan, semua family kitorang pakai hijau. Since Mak menyambut tetamu kat depan pintu, kita ni diarahkan layan tetamu yang datang kat meja2 lah time diorang tengah makan. Malu seyyy... tapi tepaksa buat2 tak malu la. Bila pergi dari satu meja ke satu meja tu memang terasa sangat macam "AKU PULAK JADI PENGANTIN." Yelah, selalunya pengantin buat perangai camtu. Tapi kita ni memang lah muka dah tebal seinchi + 2 inchi nak tahan malu. :)

Memang ramai lah yang tanya2 Bila nak kawin? Abang dah, adik bila lagi? Macam2 lagi la. So kita ni terpaksa la citer kita nak exam. Pasal kawin tu, insyaAllah, ada rezeki adalah. :) Cuma sorang makcik ni je yang el jawab... "Belum cukup solehah lagi lah makcik." Makcik tu pun gelak. Dia tanya, " Macam mana nak tahu dah cukup solehah ke belum?" hehe... I juz said, "Bila dah kawin tu insyaAllah la solehah lah tu." ;) Then, nasib baik ada ramai tetamu yang perlu dilayan, so cepat2 lari pergi meja lain sebelum ditanya soalan2 bonus lagi. :)

Apa2pun, at the end of the wedding, tetiba kita lak yang terasa sedih. Yelah, Alhamdulillah, syukur selamat dah wedding. Now, time for my exams plak. Takut sangat masa tu. Salam Tok Tok Ayah pun nangis. Memang terasa nak pi jihad sungguh! :)3 weeks I was at home helping Mak siap renovate rumah + persiapan untuk wedding.... Bila pikir2 balik ni, baru lah paham... kenapa my sedara semuanya duk cakap.... "LEGANYA HUDA DAH PASS!" hehe... :) Berkat doa semua orang... Alhamdulillah.... :)

Anyhow... I already list down what we are suppose to do for the next weddings, insyaAllah.. ;) Who's is it? Only Allah knows. :)

JOM LEPAK BERSAMA WARDINA SAFIYYAH n UNIC
Alhamdulillah, 3 days b4 the university exams started, ada program bersama JIM MELAKA. Since dia buat hari Ahad, so, I went to Pondok belajar Hadith kat Sg Udang, then, went to Mahkota Parade and joined Dr. Mai with the programme. Sabtu UNIC datang. Ahad, Wardina datang. So, sempat lah dengar Wardina citer2... pasal time dia dulu kawan dengan kawan2 yang minum arak, merokok, pergi disco. Dia ada boyfren dulu yang nak pegang2 tangan. Tapi dia kata dia tak suka. Masa tu memang dia rasa dia nak cari satu benda yang takde kat dia masa tu.... Time dia pi umrah, dia doa, nangis, mintak supaya Allah tunjukkan jalan untuk dia. Dia pegang kata2 mak dia.... "Selangkah kita berjalan dekat dengan Allah, 1000 langkah Allah dekat dengan kita." So, Alhamdulillah, lepas dia balik, dia pakai tudung... and akhirnya dapat suami dia yang sekarang. Boyfren yang dia ada dulu tu tak menjaga dia pun. Dia bersyukur, akhirnya dia jumpa dengan suami dia, dapat anak yang comel.. :) Memang dia rasa bahagia la... Kite tengok dia pun memang nampak bahagia. :)

Apa2pun, sempat lah amik gambar Wardina. Tapi tu pun mata dia tutup. Pakai amik je gambar. :) Petang tu, ada show dari Pakcik apa ntah. Dia tunjuk cemana binatang ada sifat keperibinatangannya.... Buaya tolong anak kura. Penguin jantan jaga anak/telur selama beberapa bulan... fuuuhhhh. Memang hebat ... sebab penguin betina/isteri bertelur je, yang mengeram telur, si penguin jantan/suami... :) SUBHANALLAH....

So, masa pakcik tu duk buat presentation, kite ngan Dr Mai, bagi batches and stickers kat orang2 yang lalu kat situ. Kebetulan lah plak, sebelah tempat JOM LEPAK tu cinemas... Haaa.... memang nampak sangat lah ramai yang beratur kat cinemas. Yang nak dengar majlis ilmu tu tak ramai.... Masa tu menebalkan muka lagi la... Duk jemput orang ramai datang. Free je... Siap dapat batch n stickers lagi. Ada lah jemput orang2 yang rambut punk. Takut seyyy.... Ada gaks yang termakan dengan jemputan kita ni. Tapi ada sorang pakcik tu, saja je. Dia kata, "Hish, takutkan orang je... awak ni jemput terkejutkan sayalah." Uwaaaaaaaaa.... sori lah pakcik! :( Ntah la. Macam2 remarks, tapi memang betullah nak buat keje amal ni bukannya senang. Tapi seronok sangat bila ada yang nak duduk dengar presentation pakcik tu. Ntah, I found it very interesting. :)

Sekian. Terima kasih. :)

A NOTE
Apa2pun, I really hope to have such programmes time cuti ni. Tapi tak tercari lagi. Ni nak buat resume nak interview dengan SPA. Takut la plaks nak interview, tapi insyaAllah Jumaat ni 5 Ogos lepas briefing dengan MOH n MMC, nak bertolak ke Wakaf Baru, Kelantan. And then pergi Besut rumah Tok Ayah... :)

Take note Kak Wan! InsyaAllah aku pi Perlis 19 Ogos. So, maybe pi Penang lepas2 tu la. 22/23 Ogos ke. Hang bagitau lah bila hang dapat cuti, nanti aku cuba kenakan dengan time aku... Hang bawak aku pi hospital k? ;) walaupun aku tahu hang mesti nak ajak aku pi tempat lain selain hospital. hehe... k c u insyaAllah!

p/s: "Orang2 soleh memang suka buat benda-benda pelik."(Pondok Baitul Qura') ;) I love this quote so much!

SUKA NASYID NI! :)

Nur Syahadah
Album : Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Tika terbuka hari
Cahaya yang cerah
Menerangi hatimu
Mulus terbias di wajah

Kau sambut dengan redha
Hadirnya hidayah
Nekad pendirian terungkai kalimah

c/o
Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih

Sejernih embun pagi
Sebersih dirimu
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya
Iringan doaku moga kau bahagia

Bridge
Akan ku bimbingmu
Sekadar yang ku termampu
Menyemai iman dan menuai takwa
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta
Cukuplah sekadar teman yang biasa

Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih

Bersatu Nur Syahadah di dalam syahdu…

Lagu : Naim_Fareast
Lirik : ITO Lara

Assalamualaikum.
Alhamdulillah semalam dah selamat kenduri kesyukuran. Jemput ramai gak orang, tapi tak ramai yang datang. Terima kasih Achik Ati, Maya, KakLong sebab sudi datang rumah meraikan kenduri sama2. Thanks to Pakcik Shaharom for the "hadiah."

InsyaAllah, akan meneruskan tulis dalam blog ni... Nantikan lah cerita2 tergendala yang belum sempat nak type in dalam ni. :) Kisah Wedding Abangalong + JOM LEPAK bersama UNIC + Wardina Safiyyah. :)

Busy watpe kat rumah? Baru dapatkan kerja dari Mak... Portal TPC/Teleprimary care kena update news. So, duk blaja dengan Ikram cemana nak update. Since duk rumah boring2, boleh gak buat keje ni. Tapi bukan senang la sebab kena belajar bahasa2 HTML. hehehe. Tapi best! ;) Nak belajar menjahit ntah biler...

K lah... Nasyid kat atas tu kite suka dengar. Tapi, x faham sebenarnya dia nasyid untuk muallaf ke? Ke adik ke? Makwe ke? Sebab masa mula2 dengar ingatkan dia maksudkan dengan 2 kalimah syahadah. :) WALLAHUA'LAM. Biasalah suka lagu, tapi lirik tak faham. hehe...

Wokes.. Maya, dun worilah. Nanti dah kawin kena pisah gaks! hehe. Takkan nak selamanya sesama je kut??? Kan Kak Wan? Hang tak nak ajak aku pi keje kat Penang ka?? hehehe.

Miss u both so much! Yang lelain sempat datang sini tu... thanks for coming by... take care. wslm