Sunday, February 17, 2008

UPDATES

Assalamualaikum...

Dah lama benor dah tak update rasanya... Tiba2, dengar lagu blog bluehikari, banyak pulak mencoret kat comments blog dia. hehe. Blog drnehar ni pulak, terbiar sepi... hehe...

HUZAIFAH
Cerita mula-mula, pasal Huzaifah... :) Alhamdulillah, sudah masuk 8 bulan dah Huzaifah. Dah pandai merajuk, merengek, meniarap, meniru, dan suka bila diagah oleh Ayahnya. Seronok tengok Huzaifah membesar. Huzaifah rapat, tak nak jauh dengan Ummi dia, tapi, suka sangat main dengan Ayah. Ayah pula selalu busy dengan kerja, so kadang2 jumpa, Huzaifah memang suka sangat la main dengan Ayah dia. hehe

Sekarang, Huzaifah masih lagi menyusu susu ibu. Tak ajar pun lagi susu botol. Alhamdulillah, susu masih ada. Syukur sangat Ya Allah! Abang yang mengharap sangat susukan anak lebih dari 1 tahun.. Abang bangga... sebab bukan mudah ibu yang bekerja, sebagai seorang doktor untuk menyusukan anaknya... Abang sanggup ganti oncall saya semata2 mahukan saya terus menyusukan Huzaifah... Subhanallah... Alhamdulillah... :)

KERJA PENAT DAN BORING
Tapi, lately, oncall kami berdua kadangkala sibuk. Jadi, sekiranya Abang terpaksa hantar kes ke Hospital Kota Bharu ataupun terlalu ramai kes di Kecemasan, Abang akan panggil untuk standby. Jadi, kena paksa Huzaifah minum susu awal2 supaya saya dapat pergi ke hospital dan tinggalkan Huzaifah dengan bibik di rumah.

Dah banyak kali juga terpaksa buat macam tu. Yelah, kerja sibuk di hospital tak kira masa.. :)

Minggu lepas, Selasa, Abang terpaksa pergi ke Hospital Pasir Puteh sebab kena cover doktor bius yang cuti bersalin. Sorang lagi doktor yang boleh diharap cuti MC sebab demam. Saya terpaksa cover wad bersalin, wad sakit puan, kecemasan dan wad perempuan. Pagi2 lagi, wad bersalin panggil, ada pesakit lambat meneran lebih dari 45 minit (Prolonged 2nd stage). Nak hantar pesakit ke Hospital Kota Bharu, kepala baby dah nampak, cuma sakit nak bersalin tak lama dan tak kuat. Staffnurse bagi Pitocin dan galakkan pesakit bersalin. Akhirnya, baby lahir juga selepas 20 minit. Tapi, baby tak nampak ok... Jadi saya panggil sorang lagi doktor, yang tengah round wad Paediatric untuk tolong saya. Baby lemas sebab lama sangat nak lahir, Birth asphyxia, jadi baby pun intubated (masuk wayar dalam mulut) dan dihantar ke Hospital Kota Bharu.

Pukul 12 baru saya round wad sakit puan. Tiba2, kecemasan panggil saya. tengok 2 pesakit dan admit ke wad. Kemudian saya sambung lagi round. Pukul 2 ptg baru saya habis round. Saya balik rumah, makan, minum dan bagi susu kat Huzaifah. Pukul 2:45pm, saya sambung habiskan round di wad perempuan. Kecemasan panggil lepas tu untuk tengok pesakit di situ. Saya tengok 4 pesakit dan masukkan wad/hantar ke Hospital Kota Bharu. Tepat pukul 5pm, saya habiskan kerja saya dan balik ke rumah...

Hari tu memang penat sangat... Huzaifah??? Merajuk dengan Ummi dia. Dia hulur tangan kat Bibik, tak nak duduk dengan Ummi lepas dapat susu dia.. :( Sedih juga bila tengok anak yang terpaksa ditinggal-tinggalkan selalu, tapi, Alhamdulillah, masih dapat nak susukan dia. So, dia tak boleh nak merajuk lama2. hehe

PILIHANRAYA
Dah dekat dah nak pilihanraya, teringat masa last pilihanraya mengundi untuk Seksyen 8, Shah Alam. Tahun ni, rasanya tak dapat nak balik ke Shah Alam untuk mengundi. Kelantan........

Huzaifah dah nangis, gotta go...