Monday, August 01, 2005

NOSTALGIA

Assalamualaikum...

I'm back... Sepatutnya nak updatekan portal web Mak, tapi lupa password plak. :) So, lepak2 lah kat blogging ni. Citer2 yang tergendala dulu nak diupdatekan la. Nanti takut lupa lak. Walaupun dah basi, tapi still nak citer gak! :)

WEDDING ABANGALONG
Rasanya acara nikah abangalong dah citer dah hari tu. So kali ni nak citer pasal yang kat dewan jelah. Ala takde apa sangat pun. Cuma, hari sebelum walimah tuh, Mak n sedara2 yang datang awal tolong susun2 bunga dalam pasu2 kecik sebab nak letak atas meja2 tetamu. Ramai gaks sedara and kawan2 Mak Ayah datang hari sebelum walimah tu.... sebab tak boleh nak pi dewan.
Anyways, hari kat dewan, semua family kitorang pakai hijau. Since Mak menyambut tetamu kat depan pintu, kita ni diarahkan layan tetamu yang datang kat meja2 lah time diorang tengah makan. Malu seyyy... tapi tepaksa buat2 tak malu la. Bila pergi dari satu meja ke satu meja tu memang terasa sangat macam "AKU PULAK JADI PENGANTIN." Yelah, selalunya pengantin buat perangai camtu. Tapi kita ni memang lah muka dah tebal seinchi + 2 inchi nak tahan malu. :)

Memang ramai lah yang tanya2 Bila nak kawin? Abang dah, adik bila lagi? Macam2 lagi la. So kita ni terpaksa la citer kita nak exam. Pasal kawin tu, insyaAllah, ada rezeki adalah. :) Cuma sorang makcik ni je yang el jawab... "Belum cukup solehah lagi lah makcik." Makcik tu pun gelak. Dia tanya, " Macam mana nak tahu dah cukup solehah ke belum?" hehe... I juz said, "Bila dah kawin tu insyaAllah la solehah lah tu." ;) Then, nasib baik ada ramai tetamu yang perlu dilayan, so cepat2 lari pergi meja lain sebelum ditanya soalan2 bonus lagi. :)

Apa2pun, at the end of the wedding, tetiba kita lak yang terasa sedih. Yelah, Alhamdulillah, syukur selamat dah wedding. Now, time for my exams plak. Takut sangat masa tu. Salam Tok Tok Ayah pun nangis. Memang terasa nak pi jihad sungguh! :)3 weeks I was at home helping Mak siap renovate rumah + persiapan untuk wedding.... Bila pikir2 balik ni, baru lah paham... kenapa my sedara semuanya duk cakap.... "LEGANYA HUDA DAH PASS!" hehe... :) Berkat doa semua orang... Alhamdulillah.... :)

Anyhow... I already list down what we are suppose to do for the next weddings, insyaAllah.. ;) Who's is it? Only Allah knows. :)

JOM LEPAK BERSAMA WARDINA SAFIYYAH n UNIC
Alhamdulillah, 3 days b4 the university exams started, ada program bersama JIM MELAKA. Since dia buat hari Ahad, so, I went to Pondok belajar Hadith kat Sg Udang, then, went to Mahkota Parade and joined Dr. Mai with the programme. Sabtu UNIC datang. Ahad, Wardina datang. So, sempat lah dengar Wardina citer2... pasal time dia dulu kawan dengan kawan2 yang minum arak, merokok, pergi disco. Dia ada boyfren dulu yang nak pegang2 tangan. Tapi dia kata dia tak suka. Masa tu memang dia rasa dia nak cari satu benda yang takde kat dia masa tu.... Time dia pi umrah, dia doa, nangis, mintak supaya Allah tunjukkan jalan untuk dia. Dia pegang kata2 mak dia.... "Selangkah kita berjalan dekat dengan Allah, 1000 langkah Allah dekat dengan kita." So, Alhamdulillah, lepas dia balik, dia pakai tudung... and akhirnya dapat suami dia yang sekarang. Boyfren yang dia ada dulu tu tak menjaga dia pun. Dia bersyukur, akhirnya dia jumpa dengan suami dia, dapat anak yang comel.. :) Memang dia rasa bahagia la... Kite tengok dia pun memang nampak bahagia. :)

Apa2pun, sempat lah amik gambar Wardina. Tapi tu pun mata dia tutup. Pakai amik je gambar. :) Petang tu, ada show dari Pakcik apa ntah. Dia tunjuk cemana binatang ada sifat keperibinatangannya.... Buaya tolong anak kura. Penguin jantan jaga anak/telur selama beberapa bulan... fuuuhhhh. Memang hebat ... sebab penguin betina/isteri bertelur je, yang mengeram telur, si penguin jantan/suami... :) SUBHANALLAH....

So, masa pakcik tu duk buat presentation, kite ngan Dr Mai, bagi batches and stickers kat orang2 yang lalu kat situ. Kebetulan lah plak, sebelah tempat JOM LEPAK tu cinemas... Haaa.... memang nampak sangat lah ramai yang beratur kat cinemas. Yang nak dengar majlis ilmu tu tak ramai.... Masa tu menebalkan muka lagi la... Duk jemput orang ramai datang. Free je... Siap dapat batch n stickers lagi. Ada lah jemput orang2 yang rambut punk. Takut seyyy.... Ada gaks yang termakan dengan jemputan kita ni. Tapi ada sorang pakcik tu, saja je. Dia kata, "Hish, takutkan orang je... awak ni jemput terkejutkan sayalah." Uwaaaaaaaaa.... sori lah pakcik! :( Ntah la. Macam2 remarks, tapi memang betullah nak buat keje amal ni bukannya senang. Tapi seronok sangat bila ada yang nak duduk dengar presentation pakcik tu. Ntah, I found it very interesting. :)

Sekian. Terima kasih. :)

A NOTE
Apa2pun, I really hope to have such programmes time cuti ni. Tapi tak tercari lagi. Ni nak buat resume nak interview dengan SPA. Takut la plaks nak interview, tapi insyaAllah Jumaat ni 5 Ogos lepas briefing dengan MOH n MMC, nak bertolak ke Wakaf Baru, Kelantan. And then pergi Besut rumah Tok Ayah... :)

Take note Kak Wan! InsyaAllah aku pi Perlis 19 Ogos. So, maybe pi Penang lepas2 tu la. 22/23 Ogos ke. Hang bagitau lah bila hang dapat cuti, nanti aku cuba kenakan dengan time aku... Hang bawak aku pi hospital k? ;) walaupun aku tahu hang mesti nak ajak aku pi tempat lain selain hospital. hehe... k c u insyaAllah!

p/s: "Orang2 soleh memang suka buat benda-benda pelik."(Pondok Baitul Qura') ;) I love this quote so much!

No comments: