Solehah women SMILE in trouble, gather strength from DOA, and grow brave by ISTIGHFAR and SOLAT.
Friday, August 18, 2006
CUTI SAMA
Alhamdulillah, hari ni, dapat cuti sama dengan Hubby. :) Well, takde buat apa pun, tapi the thought of we cuti sama makes me happy... :)
Sat ni masak soto. Tak tau la sedap ke tak. Last buat masa kat Manipal dulu... Hubby duk citre dia makan soto kat ICU (he's doing Anaest rite now...). Terliur kita... So, saja la buat since hari ni cuti... Tak tau la apa rasa sebab Hubby belum balik Solat Jumaat lagi. Tunggu dia la...
Nak dekat 3 bulan kawin, tapi rasa macam baru kawin jugak.. hehe. Soalan famous orang suka tanya kat sini, "Cemana boleh kawin dengan Solah?" hehe. Soalan tu rasanya semua orang suka tanya... Lawak jugak...Tapi, senang jawab, "Dah jodoh." :) Tak penah pun kenal suami sebelum kawin dengan dia... jadi waktu ni kami ambil peluang ber"cinta" dulu la sebelum ada orang "ketiga"... hehe. :) Saje berseloroh... Rezeki orang ketiga dalam rumahtangga kami, kami nantikan. Ada rezeki, adalah insyaAllah... :)
Next weekend mak ayah nak datang KB... Bolehla ajak duk rumah baru kami... :)
BAITUL SOLAHUDA...
:)
Salam Jumu'ah!
Tuesday, August 15, 2006
REZEKINYA
Hmmm.... dah lama tak berjiwang kat sini... ;)
Well, esok kita oncall, the next day my husband pulak oncall... :(
Anyways, nak citer...
Kawan2 yang kawin 27 MEI 2006 dah mengandung... 4 orang semuanya!!!
Hmmm....
Masih takde rezeki nak dapat anak lagi... :)
"InsyaAllah, belum masanya." Itu lah sms yang diterima dari Mak.
Alhamdulillah, syukur dengan nikmat yang diberikanNya...
Baru je baik demam/selsema/suara macho..
Uhuk uhuk...
Rezeki Allah pelbagai cara...
Rezeki Allah pelbagai bentuk...
Rezeki Allah di mana-mana...
Dapat rumah sewa comel
Rumah teres baru warna peach
Berkenan sangaaat!
Hubby dapat pulak surat dari Pejabat Pengarah
Kelulusan Perumahan Quarters Pegawai Perubatan
Quarters baru jugak!
Subhanallah!
Rezeki Hubby!
:)
Semuga Allah mudahkan segala urusan kami....
Rezeki anak... Tawakkal...
Dia Maha Mengetahui...
Buat suamiku,
Terima kasih kerana sentiasa berada di sampingku...
Muga dirimu sentiasa bahagia...
Saturday, July 22, 2006
MEK KELATE
Menyahut seruan 2 mizzketeers... Update blog.. hehe.
Alhamdulillah.. Hari ni baru dapat bernafas sikit. Semalam oncall weekend "Hari Jumaat", my 2nd oncall. It was busy from morning until this morning... Tapi Alhamdulillah dapat tido 2 jam. Admission started dari pagi sampai ke petang. Dah la pulak, nak kena amik ABG babies kat NICU 6 hourly. Memang pack la keje kat neonate in HKB!!! Dah la nak amik darah babies... halus sangat veins diorang.. adeh! Dulu asyik tension, sian gak kat husband, tapi la ni dah ok la sket nak amik darah babies...
Anyways, Hidup kat KB, macam kat mana2 la jugak. Sama je. :) Teringat zaman kat Manipal. Bila boring2, masak2 resipi baru kat rumah ma... Best!!! hehe. Kuar jalan2 dengan suami tak pernah lagi sebabnya tak sempat. Bila kita oncall, dia free. Bila dia oncall, kita lak free. Gitu lah hidup suami isteri doktor. Tapi, yang syoknye, tiap2 hari wajib jumpa walaupun 1 minit. :) Pastu kat hospital, ramai yang dah kawin. Ada yang dah beranak 2-3 dah. So, diorang akan faham kalau tak makan sama, maknanya makan dengan suami la. :) Syukur, semua orang baik2 belaka kat sini.. Alhamdulillah...
InsyaAllah nak balik KL dalam minggu pertama next month. Baru request tak nak oncall hari tu, tapi tak sure la dapat ke tak. Harapnya dapat cuti la. Balik jumpa semua, and the twins!!! Mesti dah besar gedabak budak dua orang tu! Abang n Adik... Rindunyaaaaaaa.....
Tak tau dah apa nak citer..
Cepat2la kawin, bahagia.. Bercinta selepas kawin...bila berpisah satu minit pun terasa rindu...hehe...
"Abang, cepatlah balik..."
Friday, June 30, 2006
UPDATE
BYE HKL, WELCOME HKB
Salam Jumu'ah.. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menulis dalam blog di pagi Jumu'ah. Sebenarnya dah bercuti lama selama 2 minggu di rumah. UNPAID LEAVE. Yelah, atas idea suami, sebelum meninggalkan KL, slow2 la bagi masa pada family untuk tidak terasa sangat dengan pemergian kita ke tempat jauh... :) So finally, 2 weeks has ended. InsyaAllah, esok akan bertolak ke Kelantan dengan kereta. Ayah, Mak n Ajin yang akan hantar. Kebetulan Ayah ada hal kat sana. On the way back, maybe Tok n Makcik di Besut akan ikut sama.. masing2 nak tengok cucu sedara n cicit baru. ;)
TWINS
Lupa pulak nak khabar.. Alhamdulillah, kakak ipar dah selamat bersalin secara pembedahan pada 16/6/2006 melahirkan 2 org anak lelaki kembar seiras. :) Tapi buat masa ni tak seirasa sangat sebab sorang besar n sorang lagi kecik sikit. Mereka bertiga keluar dari wad selepas 8 hari. Alhamdulillah, setakat ini meraka berdua aktif dan kuat merengek. ;) hehe Tak berani nak komen banyak2 kat anak sedara, sat gi anak kita tak tahu perangai cemana.. ;)

MOHD AFDHOL + MOHD ARSHAD
DI SAMPING SUAMI
Tujuan nak kerja kat Kelantan tak lain tak bukan nak duduk dengan suami... Dah sebulan kawin, as the term used nowadays, "Weekend husband n wife." I really hate that term. :( Benci sangat2... I mean how did they came up with such a term. There's no such a thing like that. When we are married, we are husband n wife for the rest of our lives.. not only during the weekdays or the weekends... :( Actually yang cakap macam tu orang yang dah kawin, pelik jugak la. Maybe diorang tak pernah berpisah macam kita ni. Kalau pernah rasa... SubhanaLlah... Allah saja tempat mengadu... (tetiba emotional la pulak... hehe)
Apapun, insyaAllah, pasni duk sekali dengan suami... Yey! :) (ehem... control Huda! hehe)Alhamdulillah... Nanti kalau tersampai ke Kelantan, boleh la nak jumpa kitorang.. :)

Gambar semasa di Kelantan (fotopage dah update dah!)
Oklah... setakat ini dulu...
Missing him so much....
Monday, June 19, 2006
"BINI AKU"
Tatkala menulis blog ni, aku sudah bergelar seorang "bini"!!! :D
Apa khabar semua?? Lama tak update blog. Sori la. Busy dengan wedding and keje... Cuti lama sangat masa nak wedding, so had to do EOD oncall. It was crazy but I asked for long break from oncall. So, was EOD oncall in the Labor Room. Actually mintak tak nak duduk kat Labor Room. However, bila dah duduk kat situ, tak nak kuar dah. :)
Apa2pun, syukur ALhamdulillah, dah lepas ONG posting. Lepas ni akan meneruskan posting seterusnya di HKB. Yup.. insyaAllah, will follow my husband and work there... So, sape2 yang sampai di Kelantan, sila2 la berjumpa dengan kami kat sana.. ;)
Kecek Kelate la ambo pahni! ;)
My marriage??? ;) Best kawin! :) Seronoknya sebab sebelum ni kami tak sempat nak berkenalan, jadi selepas kawin bercinta macam nak rakkkk... ;) Tapi taklah sampai membuatkan orang rasa nak muntah! :) Pandai2la menjaga adab depan orang, ye tak? Alhamdulillah, syukur sangat dapat dia sebagai suami... Senyap2 hang cakap kak wan?? hmmm... Dia banyak cakap dari aku! hehe. Phrase yang dia suka cakap... "BINI AKU." hehe... Doakan kami semuga kami berbahagia sentiasa hingga ke syurga... Ameen.
To my frenz out there... I will always try to treasure our friendships. Thanks a lot for coming during my wedding... And for those who haven't gotten married but already have a candidate, kawin2 la cepat... and for those who haven't found anyone, trust and put your belief to Allah.. that one day you will meet someone to be your husband. InsyaALlah.... Just like me... :)
Alhamdulillah...
Ok people... Keep in touch. My pics at http://missapple.fotopages.com.
