Sunday, March 14, 2010

UNFORTUNATE?DISDFORTUNATE?VERY FORTUNATE?

Media Statements (KSN Office)


11/03/2010 - Landasan Kerjaya Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi Di Kementerian Kesihatan Malaysia

Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 9 Mac 2010 telah mengumumkan landasan kerjaya yang komprehensif untuk Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memberi ruang peningkatan kerjaya yang lebih menarik dalam tempoh yang lebih pendek.

2. Selaras dengan pengumuman Y.A.B. Perdana Menteri, seramai 8,521 Pegawai Perubatan Klinikal/Pentadbiran, 650 Pegawai Pergigian dan 527 Pegawai Farmasi akan mendapat faedah daripada landasan kerjaya tersebut. Pelaksanaan kenaikan pangkat bagi ketiga-tiga perkhidmatan untuk kenaikan pangkat daripada Gred 44 hingga ke Gred 54 sedang dilaksanakan sepenuhnya mulai 9 Mac 2010. Menerusi laluan kerjaya baru ini, kenaikan pangkat Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi sehingga Gred 54 di KKM adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan dan tidak lagi berasaskan kekosongan jawatan.

3. Sebagai permulaan, seramai 2,554 Pegawai Perubatan Gred UD44 telah menikmati faedah ini dengan dinaikkan pangkat ke Gred UD48 sehingga ke Gred UD54 berkuatkuasa mulai 9 Mac 2010. Pecahan pegawai yang terlibat adalah seperti berikut:

(i) Pegawai Perubatan (Pakar):
Daripada seramai 401 Pegawai Perubatan Pakar UD44 yang ditimbang, 12 dinaikkan pangkat ke UD48, 68 ke UD52 dan 321 ke UD54.

(ii) Pegawai Perubatan (Bukan Pakar) :
Daripada seramai 2,153 Pegawai Perubatan Bukan Pakar UD44 yang ditimbang, 1,751 akan dinaikkan pangkat ke UD48, 312 ke UD52 dan seramai 90 ke UD54.

4. Dalam hubungan ini, urusan kenaikan pangkat bagi semua Pegawai Perubatan di Gred UD44 ke Gred berkenaan yang layak akan dilaksanakan sebelum 31 Mac 2010. Urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perubatan di Gred UD48 dan UD52 serta semua Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi yang layak akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut landasan kerjaya yang diperkenalkan ini.

5. Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi Pegawai Perubatan yang terlibat boleh menyemak landasan kerjaya yang diumumkan ini dengan melayari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, www.moh.gov.my.

6. Keputusan kerajaan ini adalah sebagai pengiktirafan kepada sumbangan Pegawai perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan negara ini serta bagi meningkatkan motivasi pegawai agar terus menyumbangkan perkhidmatan yang berkualiti. Di samping itu, ia dapat mengekalkan minat pegawai untuk memberikan perkhidmatan dalam sektor awam untuk tempoh yang panjang.

7. Sehubungan itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi terlibat dan seterusnya berharap peluang kenaikan pangkat yang lebih baik akan mendorong pegawai untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi dan terus menyumbangkan bakti kepada masyarakat dan negara.




( TAN SRI SIDEK HASSAN )
Ketua Setiausaha Negara

11 Mac 2010

Tuesday, March 09, 2010

TRAVELOGKU

Assalamualaikum..
Tajuk apa nak bagi ek? hehe

Hmm.. Tadi singgah kat blog Najah/Raiyanz, lepas tu tetiba datang plak ilham nak tulis pasal Rezeki, Ujian, Doa...

Kadang-kadang kita terasa berat dengan ujian yang menimpa
Tapi kita lupa sebelum ini kita yang meminta-minta
Sentiasa berdoa dan berdoa..
Memohon, mengharap, merayu dan terus berdoa
Supaya mendapat apa yang dirasakan oleh kita
Terbaik untuk diri dan keluarga...

Apabila doa kita dimakbulkan akhirnya
Kita terlupa saat-saat kita menangis, merayu dariNya
Dia telah memberikan segalanya
Dia telah mendengarkan rayuan kita
Dan Dia telah makbulkan doa kita..

Tetapi kenapa kita masih tidak bersyukur kepadaNya?
Ujian yang diberikanNya terasa amat berat untuk kita memikulnya...
Bukankah orang mukmin itu akan diuji olehNya?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Allah telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. Surah Al-Ankabuut; ayat 2-3

Bersabar lah dan terus berdoa,
Dan memanjatkan syukur kepadaNya
Semuga kita akan diberkati dan dilimpahi kerahmatanNya
Di Akhirat mahupun di dunia..
Selamanya..
AMEEN
ALHAMDULILLAH...

Saturday, March 06, 2010

TANGKAP JIWANG

Assalamualaikum...

Asyik tak consistent je menulis blog sekarang ni. Ingatkan sekarang ni rajin la nak memblogging! Tapi ntah le..

LOST FRIENDS
Alhamdulillah for the past 1 week, I got to surf through the net and found few of my lost friends.. Actually they are not lost..
It's just that when I was working before, I didn't get the chance to keep in touch with them all and had lost myself instead of I"m loosing them.. hehe.(what a sentence!!)
Anyways, it's really amazing to get to know that some of them are taking phD, working as lecturers, being businessman/ladies and doing well with their business! Subhanallah..
Ada yang dilihat sentiasa pergi bercuti bersama keluarga.. Seronoknya ye?
What do they do for a living agaknya? hehe.
These were just few of my friends that I found last week..
Hope to search the others as well and keeping in touch with them all. InsyaAllah...
Ukhuwwah itu Indah!
Islam itu Indah!
:)

MISSAPPLE'S JIWANG
Berkenaan dengan tajuk di atas.. well, I saw this nice video from UmmiDamia's blog!...
A nice song for a husband, and a nice song for a wife...
Teringat zaman missapple dulu! hehe
Tu lah, teringin nak tukar blog missapple semula, what do you all say??
Tapi rasanya tak boleh dah jadi missapple sebab anak dah ada 2 orang! kihkih
I dunno how to paste the youtube video here.. so here's the link..



I have to keep on journaling as recommended by Prof Tahir..
Anything interesting and jot down for journaling...
Hmm..Apa yang interesting hari ni?

HABIB
Habib dah boleh jalan terhuyung hayang lagi tapi boleh la.. Alhamdulillah..
Dah tak ada rambut.. Ayah dia potong guna mata 3, so memang pendek rambut Habib macam Ayah dia jugak.. hehe. Rashes penuh atas kepala, dahi, dalam rambut... Letak calamine lotion baru ok sikit..
Pandai cakap MA-MA (suka tengok mulut dia, rapat bibir2)
Ga-Ga, Ya-Ya, Aaaaaaaaaaaa... Ka-Ka...
Kuat makan.. habuk biskut atas carpet suka kutip!! hehe

HUZAIFAH
Kesian sebenarnya dengan anak Ummi yang sulung ni.. Selalu kena marah dengan Ummi..
Bahasakan diri dia "Abang"
"Abang" selalu tolak, pijak, pukul, tepuk, tumbuk, letak kaki dekat "AdiK"
Ni lah syndrome jeles anak pertama dengan kedua...
Dah Ummi pun tak amik peduli dengan "Abang", mestilah jeles kan??
Tengah cari buku TIPS MENGAJAR ANAK!
Nak ajar potty trained pun tak ajar2 lagi...
Semuga missapple, boleh jadi MamaApples yang terbaik untuk anak-anaknya.. Ameen..

Oklah.. Plan nak bawak Huzaifah jalan2.. tak tau la jadi ke tak..
Malas sokmo sebab panas duduk kat Kuantan ni...
Tata..

Wednesday, March 03, 2010

ALLAH KNOWS BEST

Assalamualaikum...

I've been searching around the net on my research topic... and I've found websites which linked me to my old friend's article published in great journals! I was so happy to see her success, and a bit (jeles), but Allah knows best... If I come to think of it... ALHAMDULILLAH!

I've found another website about my junior presenting at scientific conferences all over the places... and now she's taking phD at oversea...

and many others...

Good for you all!
I'm proud to be your friends.. :)
I'm slowly crawling and learning to make small steps to be success in my field, insyaAllah...
Ameen.

So long...

Monday, March 01, 2010

MY STRENGTH


Huzaifah enjoying himself last Eidul Adha at Kg Raja, Besut