Friday, December 07, 2007

Friday, November 09, 2007

BARU JE NAK UPDATE

Assalamualaikum...

Dari hari tu lagi plan nak update, tapi tak sempat2. Yelah, bila baby Huzaifah bangun je, ummi dia tak leh nak buat apa la.. Ni pun, baru je nak update, dia dah bangun! Kacau steam betul anak ummi ni!!! :D

Anyways, macam2 citer sebenarnya nak story mory kat blog ni.. Yelah, dah lama sangat tak mengupdate citer Huzaifah... and citer2 sensasi kat Hospital Machang ni! :D

HUZAIFAH

His favorite word is Aaaaaappppaaaahhhhh! Aaaaapppaahhh!

When he thinks he's cute, he'll give a big smile...

When he wants to sleep, he'll suck his thumb and hold his "napkin bucuk"!

His face now.... chubby cheeks, ramos hair

He has sensational looks from his kacukan eyes (from Ayah n Ummi, besar kat tengah, sepet kut tepi)

Things yet to learn: Meniarap n start weaning food... hehe.

When he breastfeed, his eyes will go terbalik ke atas... hehe

hmmm... huzaifah dah nangis la... bye

Tuesday, October 23, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Dari Huzaifah...
more pictures at fotopages

Sunday, September 30, 2007

CUTI NUZUL QUR'AN

Assalamualaikum...


Apa khabar semua? Dah lama blog ni tak berupdate.. hehe. Sori la kat makcik2 pakcik2 yang nak tahu perkembangan Huzaifah sekarang ni... :)

HUZAIFAH

Alhamdulillah, Huzaifah dah 3 bulan 2 minggu.

Besar panjang dah si kenit teme'ot ni (nickname Nenek panggil).

Pandai nangis, kuat minum susu and hisap ibu jari kanan dan kiri.

Kalau di agah, suka senyum. Tak kena cara diagah, kena marah lah kita.

Tak suka meniarap. Tapi dah boleh meniarap sikit2. Kena tolong tolak buntut dia.

Paras rupa banyak ikut Ayahnya... :)

DR NEHAR

Cerita Ummi plak, hari tu banyak idea nak citer, tapi la ni, tak nak kuar la plak. :) Alhamdulillah, bulan puasa ni dapat puasa... Cuma awal2 puasa hari tu demam. So, ponteng satu hari sebab makan ubat. Badan tak larat sangat. Ingatkan Denggi, tapi cek darah 356 000 platelet! Hemoglobin pun 14!! hehe. Ntah bila nak derma darah ni... :) Still menyusu Huzaifah sekarang ni.. Dah nampak dah kesannya... Berat Ummi dah turun! Jadi kurus boleh nak pakai baju2 kurung yang ada. Hari tu siap tempah baju sebab berat badan naik, baju nak pakai pergi kerja pun tak muat dah! hehe...

Syukur sebab suami yang menggalakkan susu badan. Dia sanggup berkorban tenaga supaya Ummi susu badan. Banyak kebaikannya, InsyaAllah... Semuga Allah memberi nikmat kesihatan pada suami yang banyak berkorban dan memberi galakan... Ameen.

Sebut pasal kerja pulak, awal2 Ramadhan hari tu tak ramai pesakit2 dalam wad, tapi bila dah tengah2 Ramadhan ni, ramai jugak. Kebanyakannya masuk wad sebab sakit gastrik dan kencing manis... Yelah, bazaar Ramadhan jual kuih2 manis... :) Ada juga pesakit, makcik2 tua yang memang suka masuk wad.. :) Jadi layanan mesra diberi sebagai ubat penawar jiwa... WALLAHUA'LAM

InsyaAllah, minggu depan kami 3 sekeluarga akan ke rumah Nenek/Tok Ayah di Cheras. Huzaifah 1st time nak naik AirAsia ni.. Hopefully takde apa2 masalah... Raya kami di Kelantan kali ini sebab suami terpaksa Oncall Hari Raya Kedua. 1st day Raya beraya sekejap di Pasir Pekan kemudian, kena standby di Hospital sebab passive oncall. Jadi, bak kata adikku, Moksu Ajin... "Tahun ni kita balik raya kat kampung mana? Machang ke Manchester?" hehe. Nenek/Tok Ayah yang kena balik kampung kami bukan kami yang balik kampung... :)

Apa2pun, hopefully oncall Raya ni tak sibuk mana... Ameen.


BERITA SEMASA

Nurin Jazlin: Al Fatihah...
Manusia terlalu kejam bertopengkan syaitan...

Peristiwa Batu Buruk: Fasobrun jameel...
Sakit hati tengok TV!!!

4 budak 5 tahun lemas: Al-Fatihah..
Pusat Kesihatan disalahkan???

Joget lambak ..........: Astaghfirullahal 'azim.
Syaitan dah dikurung di bulan puasa ini!!!

Macam2 dapat tengok kat TV sekarang ni... disebabkan terpaksa layan Huzaifah waktu lepas berbuka puasa, pasangla TV tengok berita... Hmmm....

Oklah... Lastly... Ni lah gambar senyum manis Huzaifah... hehe. Susah betul nak senyum depan kamera... :p





Wednesday, August 15, 2007

FIRST DAY AT WORK

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, today went to work at the Hospital Machang for the first time. Straight to the female ward since I'll be in charge of that ward for the time being... Since I'm breastfeeding Huzaifah, I asked my sister to call me whenever Huzaifah wants his milk... Alhamdulillah, the ward and my house is 3 minutes walk...
Alhamdulillah, Allah made it easy for us... :)

Hmmm, dah lama tak pegang pen, keras tangan nak menulis.... Otak pun jadi jammed sekejap bila tanya2, periksa patients.. :( Slowly, I'll pick up the skills again la, insyaAllah... The ward was full with patients, extended beds lagi... Aiyark!!! By 1pm baru habis keje dengan 3 kali ulang alik rumah... :D
Alhamdulillah, Allah helped me... :)

Huzaifah was feverish last night. Tak aktif langsung dia.. Ayah dia memang risau sangat tengok anak dia tak gerak kaki tangan seperti selalu... Memang bagi dia minum syrup panadol sokmo2 n mandikan Huzaifah kerap sikit...
Alhamdulillah, Allah helped Huzaifah... :)

"I'm 2 months old!!! Hero to get jabbed laaa"


P/s: Tengahari tadi, Abang ajak lunch di hospital sebab hari ni ada Klinik Pakar.. Alhamdulillah. Staffnurses yang jumpa kami cakap, "Muka bini doktor sama dengan doktor la..." kekeke... Where's the similarities??? And if that so, Huzaifah ikut muka saper??? hehe