Thursday, June 16, 2005

MY FINAL JIHAD FOR MY FINAL M.B.B.S

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukrilLah, hari ni ada kesempatan nak menulis dalam blog ni KEJAAAAPPP!!! (",)

Tak sempat rasanya nak menghuraikan butir-butiran pengalaman yang telah dicekup semasa persiapan dan setelah berlangsungnya majlis perkahwinan abang sulungku pada 29 Mei 2005 (Hari Nikah) dan Walimahnya pada 5 Jun 2005. Terlalu banyak perkara yang tersingkap di sebalik pengalaman tersebut setelah dikaji semula. Mungkin adik perempuannya yang seorang ini hendak berkenduri selepas adik ketiga langkah bendul kakaknya. (",) Kini, barulah mengakui segala cerita-cerita yang dikongsi bersama Muksu Rin suatu ketika dulu....

Ku cari
Mana dia Al-Ghazali
Ku cari
mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci

..... Pakcik Kak Mali cakap: "Ada orang mencari-cari Al Ghazali, tak jumpa-jumpa. Akhirnya, untung Wan Mazlina dapat jumpa dulu dengan Al-Ghazali." :D

eceh... buat2 suspen lah pulak! hehe

Anyways, balik Melaka 1 hari selepas majlis kenduri sebelah kitorang. Balik dengan KAKAK. Sepupu dari Perlis. Demam masa KAKAK ada kat sini. Lebih kurang 4 hari, pagi-pagi memulakan hari dengan bersin yang tak henti-henti. ;( Hari terakhir KAKAK di Melaka, barulah bawak KAKAK jalan2 pi Melaka. Kak Wan... jangan jeles... Bawak KAKAK pi jalan2 kat Bandar Hilir. Siap masuk dalam Istana Kesultanan Melaka. Tapi nak naik beca, RM10. So, tangkap gambar ajelah... ;)

Prog JOM LEPAK di Mahkota Parade Sabtu n Ahad ni. UNIC + Wardina!!! JOM JOM LEPAK! :)

Lastly...
Pantun 2 kerat dari Ayah:

"Satu suka simpan Satu suka buang,
Wahai Huda kenalah pulon Agar Najjah hati senang."

Najjah - Berjaya

Doakan kejayaan kami...
InsyaAllah 23+24 Medicine. 27+28 Surgery. Osce + clinicals bermula 12 July.
WALLAHUA'LAM.
This is the real finalllll... for the final MBBS! Doakan... (Takut n kecut perut, the panic attack comes and goes...)
Wslm

No comments: