Assalamualaikum...
Di kesempatan ini, nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri pada semua yang sudi mai datang kat rumah comel kita ni.. :) Dah lama tak update sebab banyak bende nak citer tapi takde chance nak story2 lagi... Oncall every other day... meaning, hari ni oncall, esok free then oncall balik. Oncall ni penat juga kadang2 tu kalau kes banyak and banyak keje kena buat. Setakat ni, ada 4 orang HO n 3 wards. Harap2 HO baru akan masuk tak lama lagi...
Kisah di Mekah, tergendala dah lama dah. :) Tapi pengalaman kat sana, memang best! Dapat ziarah Madinah n Mekah.. Dua tempat Nabi yang Allah istimewakan untuk kita semua. Siapa yang belum dapat peluang ke sana, sentiasalah berdoa untuk ke sana... dan harapnya dapat chance time Ramadhan. :) Memang rezeki Allah nak bagi, my 1st visit ke sana time Ramadhan. :) Seronok memang seronok. Tak buat apa selain daripada berulang alik ke Masjidil Haram. Berbuka puasa bersama2 dengan jemaah di dalam Masjidil Haram... hanya dengan beberapa biji tamar n air zam2. Alhamdulillah, Mak praktikkan bila balik ke Malaysia. :)
Bertambah seronok bila dapat berjumpa dengan Dr. Masyitah. Orang Malaysia tapi bekerja di sana. :) 1st time jumpa dia, the next day, dia bawa pergi umrah. It was my 2nd umrah... Terasa lebih bermakna bila buat the 2nd umrah dengan dia. Memang puas air mata mengalir bila tawaf n sai'e... Syukur dapat solat di Multazam. :) Dr. Masyitah bawak pi umrah, malam Jumaat.. It was really meaningful... Bak kata Mak, "Hari mulia, Bulan mulia, Tempat mulia.. Doa maqbul..." Just b4 doing that umrah, buka puasa dengan orang Arab from Iran, tak sangka tetiba dia cakap.. "Anti min Malaysia... Doa qabul, insyaAllah!" Memang la time tu air mata dah genang... :) Bila tawaf, dah memang tak leh nak tahan! :)
Banyak lagi pengalaman nak story... Time kat Madinah... memang terasa tenang. Lain la dengan Mekah! :) Pengalaman yang tak boleh nak lupa.. 1st Ramadhan, kami pi Solat Subuh jemaah di Masjid. Bila nak balik, tengok kami bertiga tak berkasut. :) Tu la hadiah Ramadhan kami yang pertama! :)
Okes la.. terpaksa berhenti setakat ini dulu. Nak buka posa... Mak masak coz Makcik dah balik Indon beraya tadi.. :) Selamat berbuka.. n malam ni malam 29, selamat mencari Lailatul Qadr.. malam yang lebih baik dari 1000 bulan.. :)
Wassalam.
Ilal liqa' wa Ma'assalamah!
No comments:
Post a Comment