Dalam dilema...
However, thank you to Baiti for sharing wonderful reminders, thoughts and feelings.. that can be shared with others...Subhanallah..Jazakillah khayr...
Semalam pergi usrah... cakap pasal doa...
Buku bertajuk Ibadah Sepenuh Hati dari Amru Khalid
DOA ITU ADALAH IBADAH YANG PALING INDAH...
Adakah di antara kita yang tiada masalah?
Adakah di antara kita yang tiada benda yang dimahukan?
Adakah di antara kita tiada cita-cita?
Adakah di antara kita yang tenang dan yakin akan terampun dosa dan masuk syurga?
Adakah di antara kita yang tidak memerlukan Allah?
Jawapan saya bagi soalan-soalan di atas adalah TIDAK..
Jadi kesimpulannya, tenangkan hati, khusyukkan diri untuk BERDOA...
Kerana DOA Ibadah yang paling indah... Memadam api kesedihan...
Itu antara yang sempat saya salin.. (hehe)
Kita dah biasa dengar Adab doa.. Syarat Doa.. (ke nak saya ulang balik?)
Cuma yang menarik pasal doa semalam dari usrah semalam.. ialah,
WAKTU MUSTAJAB DOA
Kalau seingat saya, masa umrah dulu, pulun mintak doa di Mekah.. atas bukiy Arafah, depan Kaabah, depan Multazam, Makam Ibrahim, di bawah pancur emas, di atas batu Marwa dan Safa...
Di Madinah... mintak doa di Raudhah, di dalam Masjid Madinah...
Sebabnya saya ingat dulu.. tempat2 tu mustajab doa... jadi minta lah doa sepenuh hati...

(rindu nya kat arwah Nenek...)
Sebenarnya kita kat Malaysia ni pun boleh je nak doa di waktu2 yang mustajab... (jeng-jeng)
1. Hari Jumaat
2. Malam Jumaat
3. Hari hujan
4. Antara waktu azan dan iqamah
5. Antara waktu iqamah dan solat
6. Akhir sepertiga malam
7. Waktu sujud...
(ada lagi ke??)
Hmmm.. jadi apa tunggu lagi... carilah waktu2 mustajab doa dan DOALAH dan POHONLAH KEPADANYA.. ;)
Wallahua'lam
Wallahua'lam

No comments:
Post a Comment