Friday, November 25, 2011

SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS

Assalamualaikum,

Tak dinafikan aku terasa pedas akibat termakan cili.
Tapi hanya kerana aku sedar siapa diri aku.
Aku hanya seorang insan yang lemah.
Yang banyak kelemahan dan terlalu banyak kesilapan.
Namun, tidak bermakna aku yang bersalah.
Dia yang telah mengambil keputusan sebegitu.
Aku hanya akur dan menurut.
Buat masa kini.
Semuanya bukan kehendak atau keinginanku semata.
Aku tak mahu menuduh orang lain bersalah.
Kerana setiap kesalahan atau dosa yang kita nampak orang lain lakukan,
sebenarnya menggambarkan kita yang sebenarnya tidak sedar diri.
KepadaNya aku berserah dan berdoa.
Syukur Alhamdulillah, Dia berkata-kata denganku melalui wahyuNya yang telah disampaikanNya kepada Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu....
Astaghfirullah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

Surah An Nisaa', 4:110-112
"Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana) yang menimpa dirinya sendiri. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan sesiapa yang melakukan sesuatu kesalahan atau sesuatu dosa, kemudian ia menuduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata."

Salam Maal Hijrah 1433H!!!

0 comments: