Saturday, December 31, 2011

BELUM SAMPAI MASANYA

Alhamdulillah, pagi tadi seusai daku menunaikan solat Dhuha, aku memanjatkan doa yang telah diajarkan di dalam mana2 buku Solat Sunat.

"Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu,kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu adalah keindahanMU, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah KekuasaanMu dan perlindungan itu adalah perlindunganMu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit,turunkanlah, jika rezekiku di dalam bumi, keluarkanlah, jika rezekiku sukar,mudahkanlah,jika ia dari sumber yang haram maka sucikanlah,dan jika ia masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, KeagunganMu, KeindahanMu, KekuatanMu, dan KekuasaanMu, limpah dan kurniakanlah kepada hamba-hambaMu." AMIIIINNNN

Tangga gaji kami T5. Tangga gaji mereka T9.

Gred gaji kami 1-3. Gred gaji mereka 1-5.

Aku stress, kata suamiku. Ye ke?

"If you want to talk to Allah, pray to Allah. If you want answers from Allah, read the Quran.

"Bismillahirrahmanirrahim....

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". Saba' 34:39

"Apa sahaja yang dibukakan Allah kepada manusia daripada sesuatu rahmat, maka tidak ada yang dapat menahan baginya; dan apa sahaja yang ditahan-Nya (Allah), maka tidak yang dapat melepaskan baginya sesudah itu. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana). Wahai manusia! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Ilah (Tuhan) selain Dia (Allah), maka bagaimanakah kamu dipalingkan?" Al Faathir 35: 2-3

SUBHANALLAH... ALHAMDULILLAH... ALLAHUAKBAR... ASTAGHFIRULLAH...

0 comments: