Monday, March 01, 2010

MY STRENGTH


Huzaifah enjoying himself last Eidul Adha at Kg Raja, Besut

Wednesday, February 24, 2010

30th BIRTHDAY GIFTS

Assalamualaikum..

Subhanallah..
It had been hectic for the past few days...

Last minute infos to attend an audit at Gombak
Travelling to KL until midnight with the kids, bibik and mother in law
The abdominal colic to attend the interview
A phD level of research topic suggested by my co-supervisor
and lastly...
My 5 years old spectacle accidentally broken
Happy 30th Birthday to me tomorrow.. (25 February 2010)
But I already got the gifts for it.. ;)

Astaghfirullahal 'Azim
Alhamdulillah...
Allahuakbar!

Friday, February 19, 2010

DOA IBADAH YANG PALING INDAH

Assalamualaikum...

Dalam dilema...

However, thank you to Baiti for sharing wonderful reminders, thoughts and feelings.. that can be shared with others...Subhanallah..Jazakillah khayr...

Semalam pergi usrah... cakap pasal doa...
Buku bertajuk Ibadah Sepenuh Hati dari Amru Khalid

DOA ITU ADALAH IBADAH YANG PALING INDAH...
Adakah di antara kita yang tiada masalah?
Adakah di antara kita yang tiada benda yang dimahukan?
Adakah di antara kita tiada cita-cita?
Adakah di antara kita yang tenang dan yakin akan terampun dosa dan masuk syurga?
Adakah di antara kita yang tidak memerlukan Allah?

Jawapan saya bagi soalan-soalan di atas adalah TIDAK..
Jadi kesimpulannya, tenangkan hati, khusyukkan diri untuk BERDOA...
Kerana DOA Ibadah yang paling indah... Memadam api kesedihan...
Itu antara yang sempat saya salin.. (hehe)

Kita dah biasa dengar Adab doa.. Syarat Doa.. (ke nak saya ulang balik?)

Cuma yang menarik pasal doa semalam dari usrah semalam.. ialah,

WAKTU MUSTAJAB DOA
Kalau seingat saya, masa umrah dulu, pulun mintak doa di Mekah.. atas bukiy Arafah, depan Kaabah, depan Multazam, Makam Ibrahim, di bawah pancur emas, di atas batu Marwa dan Safa...
Di Madinah... mintak doa di Raudhah, di dalam Masjid Madinah...
Sebabnya saya ingat dulu.. tempat2 tu mustajab doa... jadi minta lah doa sepenuh hati...

In front of Masjid Nabawi - Fotopages.com


Mak n Nenek by the Masjid Nabawi - Fotopages.com

(rindu nya kat arwah Nenek...)

Sebenarnya kita kat Malaysia ni pun boleh je nak doa di waktu2 yang mustajab... (jeng-jeng)
1. Hari Jumaat
2. Malam Jumaat
3. Hari hujan
4. Antara waktu azan dan iqamah
5. Antara waktu iqamah dan solat
6. Akhir sepertiga malam
7. Waktu sujud...
(ada lagi ke??)

Hmmm.. jadi apa tunggu lagi... carilah waktu2 mustajab doa dan DOALAH dan POHONLAH KEPADANYA.. ;)

Wallahua'lam

Thursday, February 18, 2010

HABIB 1 YEAR OLD






Hari ni Habib kena cucuk MMR.. Habib cukup 1 tahun 6/2/2010 baru ni.. Alhamdulillah. Berat sekarang 9.8kg, eksklusif susu badan dan makan nasi orang besar...

Abang Huzaifah pun berat maintain steady, 13kg. Nangis2 masa nak timbang berat, apa lah Abang! Makan ubat cacing sebab asyik sakit perut lepas makan nasi...

Lepas ni, insyaAllah Ummi Ayah akan cuba tak nak default TCA anak-anak sampai besar...

Ummi kemaruk nak cari buku Tarbiyatul Aulad.. saper ada boleh bagi pinjam tak???

tata

Sunday, February 14, 2010

Teratak 70

Assalamualaikum,

Cuti Raya Cina 4 HARIIII!!
Semua pakat balik kampung, TERATAK 70, nama diberi untuk rumah mertua di Kg Pasir Pekan. Adik2 ipar semuanya ada kat sini, kecuali Safwan di Mesir, dan kak ipar dan keluarga yang bercuti di Kedah...

Cerita anak-anak yang dah besar dan sedang membesar...

Habib duk bising kat belakang... YA YA YAYAAAA
Panggil ummi pun dengan nama AYAH
Nak susu pun YA YA YA YA
Nak tidur pun YA YA YA
Gigi kat depan, atas ada 2, bawah ada 1 batang
Gemuk, dah lama tak timbang
Minggu depan nak pergi cucuk!
Minggu lepas dah cukup umur 1 tahun SI HABIB GEMUK!
hehe

Huzaifah dah banyak cakap
TAK NAK KAWAN DENGAN AYAH
TAK NAK KAWAN DENGAN HABIB
CIK HAY... TOLONG BUATKAN SUSU
MUKSU PAH, JOM JALAN
CIK ANI.. CIK ANI.. CIK ANI (tunjuk kat dalam tingkap bas)
NENEK, NAK TRACTOR
NENEK, NANTI BELI AISKRIM
Huzaifah suka marah Bibik...
TAK NAK KAWAN DENGAN BIBIK
Bila Ayah brek kereta dekat traffic light, Huzaifah akan bunyikan brek... EEEEEHHHHHHEEEE
Huzaifah seeorang pemalu
Huzaifah seorang yang suka marah-marah

Oklah.. Sekian dulu dari Teratak 70.
Esok insyaAllah akan ke Kg Raja, Besut..
Then back to Kuantan...

Selamat Bercuti...