Sunday, November 13, 2005

UD'UUNI ASTAJIBLAKUM


Tiada siapa dapat menyangka...
Bermula dengan kejatuhan ketika berada di alam pembelajaran...
Namun... akhirnya memperolehi MBBS...
Dapat menjejakkan diri ke Mekah dan Madinah...
Dan bekerja sebagai houseman di GHKL...
And finally.... "...."
:)

"Janganlah berputus asa untuk sentiasa memohon doa dariNya...." :)

Saturday, November 05, 2005

SALAM EIDUL FITR

Assalamualaikum...
Tak tau nak story apa. My life sekarang asyik oncall jelah. :) So decided to put some pics while I was in Mecca before I started work! My bro asked me... "Tak letak lagi gambar dalam blog?" Dia jawab sendiri.. "Oh ye, awak balik je, awak terus start keje." hehe. Semangat waja keje... Alhamdulillah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kena marah, rasa tak pandai, timid and feel that there are a lot of things I have to learn...are just part of my life now... Alhamdulillah makes me doa n zikir always while doing my work... :) Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi tammim bikhairi Ya Kareem... Ameen...

Ok ok.. here are the pics... When you see them, make sure you niat in your heart to go there. I was told to do the same b4 I went there, seeing pics of Mecca n Madinah in the keychain n calendar... each time I saw the picture, I niat, "Ya Allah, sampaikanlah aku ke sana satu hari nanti." Alhamdulillah... it came true. :) Niat yang baik, insyaAllah hasanah akhirnya.. :) Doa selalu.. jangan jemu. Allah Maha Mendengar... Maha Mengetahui... :)

Last but not least, Mubarak to my adik2, The Chosen Couple Of Allah... going to have a new member in the family!!! :) Semuga Allah permudahkan segalanya buat antum! Take care..

Masjidil Nabawi, Madinah
"A very peaceful daerah..."


Masjid Quba', Madinah


Masjid Biir Ali, Madinah
(That's my Mak n Nenek! Mak tu.. bukan kita tu!hehe)


Depan Babul Umrah, Masjidil Haram, Mekah
(Zehrat Hotel was in front of the Door... Alhamdulillah)


Masjid Ja'ranah, Mekah


"Assalamualaikum from Jeddah!"
(Adik2 ni orang Malaysia tapi menetap di Jeddah)


Masjidil Haram, Mekah
(I really miss Mekah... The memories still lingering in the mind...)

Semuga mendapat peluang sekali lagi, banyak kali lagi untuk ke ziarah Madinah dan Mekah dan melaksanakan ibadah2 khususnya umrah dengan lebih khusyu'. Ameen.
I miss Mekah!!!:)

"al Arusa"
:)

Tuesday, November 01, 2005

RAMADHAN BERAKHIR.... SEDIHNYA....

Assalamualaikum...

Di kesempatan ini, nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri pada semua yang sudi mai datang kat rumah comel kita ni.. :) Dah lama tak update sebab banyak bende nak citer tapi takde chance nak story2 lagi... Oncall every other day... meaning, hari ni oncall, esok free then oncall balik. Oncall ni penat juga kadang2 tu kalau kes banyak and banyak keje kena buat. Setakat ni, ada 4 orang HO n 3 wards. Harap2 HO baru akan masuk tak lama lagi...

Kisah di Mekah, tergendala dah lama dah. :) Tapi pengalaman kat sana, memang best! Dapat ziarah Madinah n Mekah.. Dua tempat Nabi yang Allah istimewakan untuk kita semua. Siapa yang belum dapat peluang ke sana, sentiasalah berdoa untuk ke sana... dan harapnya dapat chance time Ramadhan. :) Memang rezeki Allah nak bagi, my 1st visit ke sana time Ramadhan. :) Seronok memang seronok. Tak buat apa selain daripada berulang alik ke Masjidil Haram. Berbuka puasa bersama2 dengan jemaah di dalam Masjidil Haram... hanya dengan beberapa biji tamar n air zam2. Alhamdulillah, Mak praktikkan bila balik ke Malaysia. :)

Bertambah seronok bila dapat berjumpa dengan Dr. Masyitah. Orang Malaysia tapi bekerja di sana. :) 1st time jumpa dia, the next day, dia bawa pergi umrah. It was my 2nd umrah... Terasa lebih bermakna bila buat the 2nd umrah dengan dia. Memang puas air mata mengalir bila tawaf n sai'e... Syukur dapat solat di Multazam. :) Dr. Masyitah bawak pi umrah, malam Jumaat.. It was really meaningful... Bak kata Mak, "Hari mulia, Bulan mulia, Tempat mulia.. Doa maqbul..." Just b4 doing that umrah, buka puasa dengan orang Arab from Iran, tak sangka tetiba dia cakap.. "Anti min Malaysia... Doa qabul, insyaAllah!" Memang la time tu air mata dah genang... :) Bila tawaf, dah memang tak leh nak tahan! :)

Banyak lagi pengalaman nak story... Time kat Madinah... memang terasa tenang. Lain la dengan Mekah! :) Pengalaman yang tak boleh nak lupa.. 1st Ramadhan, kami pi Solat Subuh jemaah di Masjid. Bila nak balik, tengok kami bertiga tak berkasut. :) Tu la hadiah Ramadhan kami yang pertama! :)

Okes la.. terpaksa berhenti setakat ini dulu. Nak buka posa... Mak masak coz Makcik dah balik Indon beraya tadi.. :) Selamat berbuka.. n malam ni malam 29, selamat mencari Lailatul Qadr.. malam yang lebih baik dari 1000 bulan.. :)

Wassalam.
Ilal liqa' wa Ma'assalamah!

Wednesday, October 19, 2005

MISSING MECCA... WORKING WORLD

Assalamualaikum
Alhamdulillah... syukur kepada Allah, diberi kesempatan untuk type sket kat sini... Just came back from work in HKL, Surgery dept. I'm put in Vascular Team... Synonym with me la... My vascular tak lepas2... amik darah asyik tak dapat... paling sedih hari ni la... macam2 jadi hari ni yang menyebabkan low motivation la... Tapi, ada hikmahnya insyaAllah. Dapat balik awal.. balik rumah!!! yeye! hehe. Alhamdulillah....

Bila dah keadaan macam ni, memang ingat Allah selalu. Doa selalu. Muga Allah berikan petunjuk n cara mcm mana nak amik blood dgn betul n berjaya! Doakan ye sesape yang melawat kat sini.. Biar saya jadi doktor yang cepat pick up sket! coz tagging habis dah ahad ni. Next week dah start oncall. If I don't learn faster, i'll be having difficult time next week... Doakan banyak2 ye! Biaq pandai sikit 2 tangan Allah beri ni.. Ameen!

Hmmm... bila dah susah2 camni... memang ingat sangat2 la kat Mekah n Madinah! Tak sabar nak pergi sana sekali lagi... But just imagine la.. We had ujian Ramadhan b4 going and coming back to Msia. Masa nak pergi, dah delay dari 28/9/05 ke 2/10/05. Pastu, 2/10/05, flight patut pukul 9:45, delay 1:45. Tak habis kat situ je citernya, last2, dah masuk waiting area, delay lagi at 3pm!!! When we arrive Jeddah, sent jemaah to WEFADA hotel. Then, we went to Al Fayroz Hotel... Pastu byk la ujian2 Ramadhan di bumi Allah... Memang kena pikir positif je..

Time nak balik pun flight delay.... Rabbi yassir wala tu'assir...

Oklah... Citer kat Mekah tak sempat nak story. But it was so good to be there! Memang seronok... Dapat pi Madinah, Mekah, ziarah2... and of courselah Jabal Rahmah. hehe. Balik dari sana, pakai inai Mekah. Semua kat wad tanya, "Dah kawin ke?" hehe. Pelik gak la sebab inai yang duk pakai ni terhitam.. tapi barakah Mekah, depa kata cantik! hmmm... Anyways, ada sorang HO ckp, "Belum nak kawin lagi, tapi tak lama lagi tu nak kawin la." Ameen. Ameen. Doa Ramadhan oooo... dah la orang yang x berapa rapat lagi doakan. :) Ameen... ;)

Kak Wan... Maya... ada Fong sekali kat situ. Best la! :) Dia bagi support mcm dulu gak la. Tak gi Gym dah, dah kurus mamat tu. Like dulu2, semua HO n nurses duk suka kat kehenseman n baikhatinya dia. :)

Anyways.. setakat itu dulu cerita kami. Mau bersihkan diri n titon. Esok kena bertolak awal...

Take care. Doakan tau... Doa utk org lain, dapat ke dia dulu. ;) Wokes. Huggies

Friday, September 30, 2005

AKHIRNYA... HASRAT BERTEMU DENGANNYA DI RUMAH NYA AKAN TERCAPAI...

Assalamualaikum...

:) Yup... Still here. Tak jadi pi umrah Rabu lepas... Tapi ada hikmah terbesar di sebalik kejadian tak dapat pergi pada hari tersebut. Alhamdulillah... things happen for gud reasons! :) Allah knows best!

Tapi, insyaAllah kami akan ke sana Ahad ni... Flight cancel Rabu lepas sebab Saudi Airline. Ahad ni insyaAllah naik MAS pagi! :) Alhamdulillah... 3 hari lepas tu, makcik pakcik geng sebelah Ayah pulak ke sana. Ada rezeki, dapatlah jumpa depa kat sana... :)

Seminggu yang lepas banyak hal yang berlaku.... tapi tak sempat la nak stori mori mlm ni... kena jahit karung untuk kasut. hehe. Kelakar gak la pack barang dengan Mak... tapi best! :)

Oklah... Sekadar itu sahaja dulu. InsyaAllah more stories after I come back...
Minta maaf banyak2 pada sesiapa yang tersampai ke blog ni. Especially those kawan2 rapat yang tau pasal blog ni.... Maaf banyak2... zahir n batin. Tak sempat nak call setiap sorang sebab duk sibuk menjahit n pack barang! Maaf ye!!! Doakan kita selamat berangkat ke Madinah, Mekah n diberi kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah di sana di bulan RAMADHANNNN!!! :)

Alhamdulillah..
Hugs to sisters... Doa for all insyaAllah... Muahs!