Friday, April 22, 2005

SALAM JUMU'AH SA'EEDAH

Assalamualaikum....

I.B.S
Sape blaja medic tau ah ape mende alah tu??? In long form: Irritable Bowel Syndrome. Today, went to the toilet twice. Same as yesterday and also the day before... Usually I get it few days before the exams. This is the worst experience ever!!! 2 weeks before the exams, "Dia datang dengan senyum kambingnya!!!" :(

Makan sikit je. Dah lapar makan... Patut lah Mak duk cakap hari tu...Kalau nak makan, makan aje selagi boleh makan. Betullah! La ni, lapar memang lapar, tapi nak makan, takut sat gi sakit perut nak pi toilet... Uwaaaa! Cemana nak wat ni??? Nak kata kecut perut exams, takde sangat pun. Tapi tak tahu la kalau subconsciously, I'm worrying about the exams ahead... May Allah guide me and shower me with peace of the heart... Amin.

I just hope I will get this over with soon... InsyaAllah....

STUDY
Last Wednesday study kat library. Hari tu study kat library best aje. Tapi last2, ngantuk tahap gaban, bak kata mizzwanda. :D Ntah, ngantuk sesangat2. Nasib baik ada budak2 yang study kat library datang tegur. hehe. Ok gak le... Depa mai borak2 japs.... Then, start ngantuk balik. Ape lah!!! :p Tapi takpela. Ada gak yang dibaca yang masuk gak ah kpala ni... :) Alhamdulillah...

WEDDINGS
InsyaAllah, next week ada 2 jemputan kawin dari dua anak DATUK! Terkejut jugak masa dapat 2 kad kawin ni sebab tak tahu yang depa dua ni anak Datuk. Kita punya housemate pun anak Dato'! :D Tapi belum dapat kad kawin dia lagi ah! hehe. Scary gak dengan Datuk-Dato' ni... Cik Wan! Jangan ah doakan aku dengan anak Dato'! hehe. Takut seyyyy... Tapi maybe Allah nak tunjuk kut, yang anak Datuk-Dato ni orang biasa gak... Pangkat je lain...

Yang nak tergelak lagi, tiba2, Mak sms duk kata, "Ayah maybe gets promoted." Haaa Cik Wan, tak payah dapat anak Dato', ntah2 jadi anak Dato' Rahim! hehehe

To Dr Najah + Afzal Effendy (my future jiran sebelah rumah) and Kak Nur Tikah dan suami.... Semuga ikatan perkahwinan kalian membawa ketenangan, kebahagiaan dan kerahmatanNya yang berpanjangan hingga ke akhirat. InsyaAllah. Amin

SALAM MAULIDURRASUL
Semalam cuti Maulidurrasul tak buat apa. Muhammad, anak kakak housemate balik Gombak. Kesiyan dia demam selsema. Makcik el memang suka dukung ah Muhammad. Last2, Makcik el pun demam sekejap. (Reason ngantuk kat library hari tu sebab berjangkit demam dengan Muhammad la! :D ) Kalau ada kamera Maya, boleh gak nak amik gambar Muhammad yang comel! :D Anyways, Muhammad dah balik rumah dia... tapi Mama dia still ada induksi kat Melaka. Maybe by tomorrow habis.

Malam semalam, my other housemate (the most junior) and me sapu and mop lantai kat tingkat bawah sebab tak tahu lah apasal lantai tu berminyak semacam. Pukul 11 malam start, selesai pukul 12:30 pagi! :D Last2, pagi ni, cek2, lantai tu masih berminyak! Uwaaa... Ntah tak tahu lah cemana nak hilangkan kesan kotoran degil minyak kat lantai... Takkan nak guna Axion kut? :D

Anyways, I got a Work of Art from my junior. :D Thanks Wani! Semua art Wani, Kak el mesti tampal punya kat mana2 yang boleh nak tampal lah! :)

Last but not least, Salam Maulidurrasul. Dengar khutbah Jumaat tadi, Selawat banyak2 dalam bulan kelahiran Nabi kita ni... :)

USRAH + GATHERING CANCEL
Hari ni tak jadi usrah. Cadang nak buat cucur ikan bilis dengan roti telur. Nasib baik jugak tak jadi... Lantai berminyak tu nak buat macam mana. hehe. Kena paksa semua orang datang rumah pakai stokin sat gi! :D

Gathering dengan adik2 juniors maybe nak buat after exams. Kak wan ngan Maya kalau free, datang lah Melaka no??? :)

BUKU NAK KE TAK NAK - DR HM TUAH ISKANDAR Al-Haj
Best giler buku ni... Recommended!

"Allah tak jadikan manusia untuk kegagalan."

"Allahlah motivasi terunggul untuk manusia."
Niatkan semua benda yang nak dibuat kerana Allah. Dah lah dapat buat sesuatu benda tu, plus you get yourself free pahala as well!!! :) Kalau buat benda kerana Allah, mesti akan rasa best.... This is lebih kurang what I understood from the book la. :)

"Caci disambut dengan senyuman,
Penghinaan ditangkis dengan lemah lembut,
Kemarahan dibalas dengan diam,
Kejahatan dibalas dengan kebaikan."

Yang ni ada citer pasal monyet dengan kura2. Lain kali lah citer. :) InsyaAllah. Ada arus alpha, beta, delta dengan theta. ;)

Okes... setakat ini dulu. Khas untuk cik wan + cik maya. Ntah hangpa sempat ke baca? hehe

Assalamualaikum.

No comments: