Saturday, May 07, 2005

SARI BERITA UTAMA

(Hasnor nak mai datang rumah, so terpaksa la tulis Sari Berita Utama dulu... hehe)

Assalamualaikum....
AlhamdulilLah, syukur dapat jugak nak share citer dalam blog ni untuk tatapan cikwanda + cikmaya. Sesape yang lain tu pun dijemput la... tapi. oleh kerana cik el berjanji nak cerita sensasi dalam blog, so kena 'afdhol'kan depa dua la! hehe.

EXAM BERLANGSUNG
Hari ni, peperiksaan Orthopaedic. AlhamdulilLah sangat2, soalan2 yang keluar boleh nak dijawab. Ada juga yang tak boleh dijawab. Tapi, rasanya yang dah dijawab tu pun dah macam di luar sangkaan...
1. 12 yo male history of swelling of lower end of femur for 5 yrs. Gradually progressive in size and painless until 3 months ago. Patient noticed valgus deformity of the knee for 3 years. 1 year ago, another sweeling in the upper end of the tibia.
2. Acute OM
3. CTEV
4. Tennis elbow, Rickets, Gout, CTS, Osteoporosis
5. Meniscus tear
6. Supracondylar frcture humerus, POP, Nonunion
7. Thomas splint, Frcture neck femur, Paraplegic patient, BRACHIAL PLEXUS!!!, ulnar paradox, Colle's

Haaa... senang tak??? Yang geram tu ha... brachial plexus duk kuar. Ingat median ke ulnar nerve ke... adeh. Cacat je lukisan. Soalan 1st, next time will give my answer... ;) Sebab Doktor Ensem Kak Wan cakap 1 answer jer, tapi cik el tak puas hati sebab ada sudden onset of pain. So, cik el harap dapat lah sikit markah kat situ... :)

3 hari lepas, pekse Medicine. Tak bawak kertas dia plak... Tapi ingat lah long questions dia... Kak Ila dah try jawab dah hari tu... :D So, korang nye turn lak... ;p

1. Middle aged male came with hemetemesis and melena. He's a known IVDU for a few years. Suddenly he developed jaundice, pain over the right hypochondrium and ascites.
2. A known Rheumatic Heart Dz middle aged lady cam with fever, anorexia, loss of weight. He developed breathlessness 3 weeks ago and increase her diuretic dose herself. Yesterday, she losses her speech suddenly while watching tv.
3. 62 year old male had small writing, and not clear, clumsy in walking, cannot speak clearly... Apa ntah lagi, tak ingat. :p
4. Polymerase chain reaction
5. Uses of Alpha interferon
Yang lain2 tak ingat la.. tapi normal questions la... Tapi harap2 pemeriksa lembut hati nak bagi markah. Takut jugak sebenarnya... :(

So, next exam will be next Monday, THE SURGERYYYYY!!!! (kecut peyut!)

Allah takkan sia2kan hamba-hambaNya... Ar Rahmaan, Ar Raheem... :) Syukur Ya Allah... Alhamdulillah.... :)

USRAH
Malam semalam, ada usrah dengan Ustaz. Bawak askar2 ramai dari UKM, UPM. Budak2 2nd year cuti, anak2 murid Ustaz gak. Ustaz bawak Kelas Tafsir + Buku Bidayatul Hidayah tulisan terjemahan Imam Al Ghazali. Memang best! Tapi lambat sikit la...

Anyways, semalam ada anjing masuk rumah kitorang kat bahagian car park... Ambil perhatian eh kak wan... Bukan Car Park Kolej! hehe. Abang sepupu Kak Wan dengan 2 orang adik lagi tolong samakkan porch kitorang. Haa... baru jumpa perkataan... PORCH! hehe. Patut lah kak wan ingat car park kolej. hehe. Oleh kerana tak tahu anjing tu dah melepak kat mana, so kena lah samak semuanya... Busuk giler!!!! Lepas dah basuh dengan air tanah, baru lah hilang bau dia... Ntah mana datang anjing. Besaq plak tu! Abang spupu kak wan duk wat kira matematik. Oleh kerana menyusahkan kalau nak guna 6 kali isi air dalam baldi, so, dia guna hos, kira 20 saat untuk 1 baldi. Pastu, 20 saat kali 6, dapat 120 saat. So, dia jirus dengan air guna hos selama 2 minit. hehe. Tak terpikir plaks, tapi harap2nya Allah dapat terima, dan lantai porch dah suci... Amiiin.

Diorang cuci sampai pukul 10:30pm. Lepas tu, kami bertiga makan malam. Then, cik el naik atas, study sikit2 untuk Ortho.... and tidoq kat bilik Wani. Takut tak terjaga untuk Subuh... :) Tapi lepas tu terlelap2 jugak baca Ortho... ;) Jazakillah khayr Wani!

TRIFLE BEST!! JGN JELES KAK WAN ;)
Minggu lepas, masa usrah, cik el buat TRIFLE... hehe. Tak tahu pakai entam aje buat. Mintak tolong dengan housemate. Dr. Mai pun komen, kitorang ni macam bukan budak Medic, masak2 semua... hehe. Dah ada dapur Dr Mai, biarlah sekali2 berasap... ;) Tapi jangan terlebih asap macam hari tu kan Wani??? hehehe. Syyyyyy

JANGAN PUTUS ASA DENGAN TUHAN
Hmmm... ni tajuk lama ni. Hmmm... rasanya pasal kitorang punya Wedneday Girls Out. Pi rumah Dr Mai and masing2 ada share2 pengalaman tentang tajuk kat atas... Sebenarnya diorang nak bagi semangat kat cik el yang nak pekse kali kedua ni....

Diorang citer yang kena yakin dengan Allah. Sorang masa viva. Takut sangat nak viva. Last2, dia cakap kat diri dia yang orang yang nak viva dia tu orang jugak... Allah jugak yang ciptakan... So, buat takut pada orang selain Allah??? Hmmm.. tu tahap yakin betul tu. :) Alhamdulillah la. Lagi sorang citer, time nak exam, ada program. So, dia pergi program. And dia yakin kalau dia tolong agama Allah, Allah akan tolong dia. It turned out, subject yang dia sit tu yang dapat markah paling bagus dari subjek2 yang lain... :) Syukur.... Sorang lagi pulak, 3 hari sebelum exam, sakit perut. 2 hari sebelum exam, demam. 1 hari sebelum exam, kawan dia demam teruk. Hari nak exam, semua yang dia baca time nak exam pagi tu, semua keluar.... Best kan? :) So, dia yang pesan.... JANGAN PUTUS ASA PADA ALLAH. KALAU ALLAH NAK BAGI, ALLAH AKAN BAGI DARI ARAH YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA... :)

WEDDING MAROON PAKBEAR + PERMAISURI NAJAH

Tak sabaq2 lah pulak nak suruh kiter bercerita pasal dia kawin. hehe. Dia sendiri tak citer ke??? ;) Orang Raja Sehari memang tak nampak apa yang kita nampak. Dia nampak Permaisuri Sehari dia jerrkkk!!! hehe

Cik el, Mas & Azi bertolak dari Kolej lepas kelas Medicine PBL Batch 7 (saje2 join) and batch 10 punye CCC. Yang lain semua balik. Kitorang je yang tinggal.. Senang je nak sampai ke kawasan Air Molek sebab dulu selalu pi time usrah kat Duyung. Banyak gak duk citer dengan 2 orang budak JPA scholar ni. Memang pepandai depa ni. Malu jerkkk ngan depa... ;) Tapi depa ok. Ramah bebenor...

Haa... Rumah Najah ni opposite dengan rumah A.Xakies. Kalau klinik + rumah A.Xakies sebelah kiri, dia sebelah kanan. Cik Maya tahu lah kut. Cik Wan tak tahu lah dia tahu ke dak... So, masuk je jalan kanan tu lepas trafik lite, kereta dah penuh. Dari jauh dah nampak ada rumah besar tengah2 bendang. So, Azi cakap maybe tu lah rumahnya. Dalam kad tulis Jalan Pedamar. Cuba cari Jalan Pedamar, tak nampak pun. So, ada pakcik2 RELA duk jadi polis trafik. Suruh Mas tanya Jalan Pedamar kat mana. Pakcik RELA cakap," Apa, tak pernah dengan pun." Aik... Sudah! Mana nak pi. Last2, pakcik tu tanya nak pergi rumah siapa, "Rumah Datuk Mo'min." Pakcik RELA senyum, "Ni lah rumahnya. Masuk parking kat sana. Eh... korang ni budak2 Manipal eh? Belajar perubatan?" Azi tanya, "Eh Kak el, muka2 kita ni nampak sangat ke muka budak Manipal? Macam mana dia tahu?" hehehehe... Dah sticker Manipal yang hijau tu kat cermin kete... mesti lah pakcik tu tahu. hehehe. So, lepas parking, Pakcik RELA tu bagi kitorang lintas. Ceh wah... rasa macam dapat special treatment lah plaks... hehe

Eheh... panjang plak citer kat situ.. K k. Lepas kami sampai rumah pengantin, kami masuk rumah terus. Dah tak ada yang menghalang.hehe. Depa dua segan nak naik, tapi Cik el rasa elok naik. Kamera dah berat dalam beg, tapi takde kodak. Apa punya style la... :p hehe. So, sampai2, tengok pelamin.... then, cari lah bilik pengantin. Maroon.... Lawa seyyy.... Najah nampak el terus tegur. Yang lagi dua orang duk tersipu2. hehe. Najah pakai maroon dari atas sampai bawah. Dia kata nak jalan pun susah. hehe. Pakai kebaya kut, tapi cutting dia macam lain sikit. Ntah, tak gheti sikit. Dah lah dia kurus, lagi lah memang nampak lawa sangat2.... Muka dah lah putih... plus plus dengan naik seri pengantin kut na??? :) hehe.

Then, Najah dapat call dari cik abang dia... e eh... Tak sabo2 lah plaks Pak bear ni! Sat gi jumpa la... ehehehe. Kitorang 3 dapat hadiah special dari Najah. Ada pot pourri + telur pindang. Sedap pulak makan telur pindang Najah. Hari tu telur pindang Ain, Puksu, tak termakan lah pulak. hehe. So, terima kasih banyak lah for the special hadiah. Najah kata ada hadiah lagi, ada CD... tapi dengan Pak Bear. Dia suruh mintak kejap lagi.... So, pastu kitorang pun makan la... Lauk memang best! Lauk orang kawin la. Takkan nak citer gak kut??? hehe

Yang el nak citer, el rasa wedding depa simple and meriah! Memang best! Walimah ajak orang makan. Memang orang tak benti2 datang makan la... Time Pak Bear datang takde pun kompang2... Tahu2 dia dah sampai. eheh. Memang lah Pak Bear buat surprise betul! hehe. Tapi Pak Bear, berseri2... Memang la pengantin naik seri.... ;) Then, depa terus makan... Takde bersanding2 pun. Tak tahu lah kut2 ada tapi kitorang tak sempat tengok. Nyanyi2 pun takde. :) Memang best, ntah. I dunno lah, tapi suka lah cara kawin macam tu. Ajak orang makan! ;) hehe. Apa2pun, kenduri kawin memang best pun! hehe

Pastu, kitorang nak bergerak la. Takkan nak mintak CD time diorang tengah makan. So, terus balik lepas tu. Lambai kat pengantin jelah... ;) Time nak kuar, ada nampak kereta polis banyak. Kereta Merc pun ada. Tak tahu lah menteri kabinet mana datang tapi Mas cakap orang yang duduk sebelah Najah tu somebody lah... :) Teruk toi, kami tak terperasan lah plaks....

Wokes... sekian lah cerita dari cik el....
Untuk Cik Wan + Cik Maya... Hugs and kisses..Muahhhhssss

p/s: Madam Sudha n Dr Padmaraj nak datang 16 ni buat kelas untuk 6th batch. Tapi, kita nak balik coz kena tolong Mak... :( Maybe tanya2 lah sesape yang pi kelas diorang nanti... okes... nak zzzzzzzzzzzzzzz

No comments: