Solehah women SMILE in trouble, gather strength from DOA, and grow brave by ISTIGHFAR and SOLAT.
Thursday, March 18, 2010
TITANS
Just finished watching a good movie at TV2 (no Astro in my house)..
Anyways, the title of the movie was TITAN.
A story about the Blacks and Whites segregation in a high school football teams at Virginia (not sure which year). I've actually learned about this history when I was in Boston, US about 15 years ago. I had to write a summary on a book titled Martin Luther King's II. How they lived a difficult life back then...
Well, the movie was very nice, made me cry a little here and there.. hehe.
Huzaifah and Habib slept in front of the TV because Ummi's not yet in the room to sleep. hehe
RESEARCH PROPOSAL
Alhamdulillah, my meeting with my 3 SUPERVISORS was very good discussion and informative! Syukur Alhamdulillah, I was gifted with these 3 nice supervisors... Well, they can just supervise, but the Principal Manager is ME!!! (u-uh)
By end of next week, I have to make my RESEARCH PROPOSAL READY! InsyaAllah..
CLASS WITH THE DEAN
Another good thing happen in the evening when we met the Dean after our class for a small discussion regarding our research. Hmm, Abang has to change his research topic AGAIN! He and the other student were lucky to know it by today that they had to change the topic. InsyaAllah time is there. May Allah show you both the direction and the "ilham" of what's interesting to be researched on . Ameen...
That's all for now.
I have to start writing a JOURNAL Travelogku (tajuk yang tidak best! hehe)...
At least it will be a guide to the other master students later on, insyaAllah.
Hope I can do that!
Researach Proposal first! ahaks!
Assalamualaikum
Monday, March 15, 2010
RESEARCH PROPOSAL
I attended A Research Proposal presented by a foreign doctor, wearing purdah.. SubhanaLlah, I love her voice! Her intonation! It was a very good presentation. Just that her research was very complicated for us all to understand and a bit confusing! :)
Well, whatever it is, I'll be having my 1st test of "research proposal" with my 2 SUPERVISORS-Supervisor and 1st Co-supervisor, this Wednesday! Research proposal pun tak siap lagi, baru duk collect articles, reading here and there and everything jumble up and everywhere, all over the place! uwwwaaa...
Alhamdulillah.. All my supervisors are all concern about me!! :)
Syukur Alhamdulillah..
If I don't have this small meet up with my supervisor, I'll not be taking my research proposal seriously and doing things faster that it should be..
Thank you to my all my supervisors!!!
May Allah bless us all..
May Allah help me to do this research!
Ameen...
TAZKIRAH
Oleh: Dr Hafidzah Mustakim
DALAM satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: “Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga.”Saya membalas : “Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka."
Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu.”Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.
Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami.
Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira.
Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
(Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah. Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.)
Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah. Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: "Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.”
Sunday, March 14, 2010
UNFORTUNATE?DISDFORTUNATE?VERY FORTUNATE?
Media Statements (KSN Office)
Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 9 Mac 2010 telah mengumumkan landasan kerjaya yang komprehensif untuk Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memberi ruang peningkatan kerjaya yang lebih menarik dalam tempoh yang lebih pendek.
2. Selaras dengan pengumuman Y.A.B. Perdana Menteri, seramai 8,521 Pegawai Perubatan Klinikal/Pentadbiran, 650 Pegawai Pergigian dan 527 Pegawai Farmasi akan mendapat faedah daripada landasan kerjaya tersebut. Pelaksanaan kenaikan pangkat bagi ketiga-tiga perkhidmatan untuk kenaikan pangkat daripada Gred 44 hingga ke Gred 54 sedang dilaksanakan sepenuhnya mulai 9 Mac 2010. Menerusi laluan kerjaya baru ini, kenaikan pangkat Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi sehingga Gred 54 di KKM adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan dan tidak lagi berasaskan kekosongan jawatan.
3. Sebagai permulaan, seramai 2,554 Pegawai Perubatan Gred UD44 telah menikmati faedah ini dengan dinaikkan pangkat ke Gred UD48 sehingga ke Gred UD54 berkuatkuasa mulai 9 Mac 2010. Pecahan pegawai yang terlibat adalah seperti berikut:
(i) Pegawai Perubatan (Pakar):
Daripada seramai 401 Pegawai Perubatan Pakar UD44 yang ditimbang, 12 dinaikkan pangkat ke UD48, 68 ke UD52 dan 321 ke UD54.
(ii) Pegawai Perubatan (Bukan Pakar) :
Daripada seramai 2,153 Pegawai Perubatan Bukan Pakar UD44 yang ditimbang, 1,751 akan dinaikkan pangkat ke UD48, 312 ke UD52 dan seramai 90 ke UD54.
4. Dalam hubungan ini, urusan kenaikan pangkat bagi semua Pegawai Perubatan di Gred UD44 ke Gred berkenaan yang layak akan dilaksanakan sebelum 31 Mac 2010. Urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perubatan di Gred UD48 dan UD52 serta semua Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi yang layak akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut landasan kerjaya yang diperkenalkan ini.
5. Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi Pegawai Perubatan yang terlibat boleh menyemak landasan kerjaya yang diumumkan ini dengan melayari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, www.moh.gov.my.
6. Keputusan kerajaan ini adalah sebagai pengiktirafan kepada sumbangan Pegawai perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan negara ini serta bagi meningkatkan motivasi pegawai agar terus menyumbangkan perkhidmatan yang berkualiti. Di samping itu, ia dapat mengekalkan minat pegawai untuk memberikan perkhidmatan dalam sektor awam untuk tempoh yang panjang.
7. Sehubungan itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi terlibat dan seterusnya berharap peluang kenaikan pangkat yang lebih baik akan mendorong pegawai untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi dan terus menyumbangkan bakti kepada masyarakat dan negara.
( TAN SRI SIDEK HASSAN )
Ketua Setiausaha Negara
11 Mac 2010
Tuesday, March 09, 2010
TRAVELOGKU
Tajuk apa nak bagi ek? hehe
Hmm.. Tadi singgah kat blog Najah/Raiyanz, lepas tu tetiba datang plak ilham nak tulis pasal Rezeki, Ujian, Doa...
Kadang-kadang kita terasa berat dengan ujian yang menimpa
Tapi kita lupa sebelum ini kita yang meminta-minta
Sentiasa berdoa dan berdoa..
Memohon, mengharap, merayu dan terus berdoa
Supaya mendapat apa yang dirasakan oleh kita
Terbaik untuk diri dan keluarga...
Apabila doa kita dimakbulkan akhirnya
Kita terlupa saat-saat kita menangis, merayu dariNya
Dia telah memberikan segalanya
Dia telah mendengarkan rayuan kita
Dan Dia telah makbulkan doa kita..
Tetapi kenapa kita masih tidak bersyukur kepadaNya?
Ujian yang diberikanNya terasa amat berat untuk kita memikulnya...
Bukankah orang mukmin itu akan diuji olehNya?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Allah telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. Surah Al-Ankabuut; ayat 2-3
Bersabar lah dan terus berdoa,
Dan memanjatkan syukur kepadaNya
Semuga kita akan diberkati dan dilimpahi kerahmatanNya
Di Akhirat mahupun di dunia..
Selamanya..
AMEEN
ALHAMDULILLAH...